Setiap orang mempunyai rezekinya yang tersendiri. Namun, bagaimana rezeki yang diperolehi itu mampu membawa keberkahan dalam hidup kita?

Mensyukuri Nikmat

 

Salah satu kunci untuk mendapatkan rezeki yang berkah adalah dengan mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada kita.

 

Apa itu SYUKUR?

 

Dan bagaimana kita menunjukkan rasa syukur?

ir-sofian-akademi-jl-tunjuk-cara-bersyukur

Syukur adalah ucapan, perbuatan, sikap berterima kasih, atau pujian terhadap sesuatu perkara. Tapi, dari sudut agama, syukur ini adalah ucapan, sikap dan perbuatan berterima kasih kepada Allah s.w.t. atas nikmat dan kurnia yang diberikanNya kepada kita.

 

Sepertimana yang kita maklum, nikmat yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia sangat banyak dan dari pelbagai bentuk. Jika kita perhatikan, setiap detik yang kita lalui dalam hidup kita ini tidak pernah terlepas daripada nikmat Allah s.w.t.

 

Nikmatnya tersangat besar dan banyak sehingga manusia tidak akan mampu untuk menghitungnya. Betul ke betul?

 

Menurut Imam Al-Ghazali, syukur merupakan salah satu makam yang paling tinggi dari sabar dan rasa takut kepada Allah. Hal ini kerana kesyukuran itu merupakan makam yang paling mulia dan tinggi pangkatnya sebagaimana firman Allah:

 

“Dan bersyukurlah nikmat Allah, jika kamu memang hanya menyembah kepadaNya sahaja” (Surah Al-Nahl, ayat 114)

 

Oleh itu, kita haruslah bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Tetapi bagaimanakah cara untuk kita menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t.?

 

Ada tiga cara untuk menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah s.w.t.:

 

1. Bersyukur dengan hati

ir-sofian-akademi-jl-bersyukur-dengan-hati

Kita mengakui dan menyedari sepenuhnya bahawa segala nikmat yang diperolehi ini berasal dari Allah s.w.t. dan tiada seorang pun selain Allah yang dapat memberikan nikmat sebegitu.

 

2. Bersyukur dengan lidah

ir-sofian-akademi-jl-bersyukur-dengan-lidah

 

Kita mengucapkan secara jelas ungkapan rasa syukur dengan kalimah ‘Alhamdulillah’ iaitu segala puji bagi Allah s.w.t. Gunakan lidah kita untuk sentiasa bertahmid kepadaNya.

 

3. Bersyukur dengan amal perbuatan

ir-sofian-akademi-jl-bersyukur-dengan-perbuatan

 

Kita menggunakan anggota tubuh badan untuk hal-hal yang baik, positif, dan diredhai Allah s.w.t. dan memanfaatkan nikmat itu sesuai dengan ajaran agama Islam.

 

Apabila kita bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan, maka Allah akan tambahan lagi nikmat kepada kita seperti dalam firmannya:

 

ir-sofian-akademi-jl-surah-ibrahim-ayat-7-mensyukuri-nikmat

 

Nikmat Tuhanmu manakah lagi yang ingin kau dustakan?

 

 

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.