Setiap orang mempunyai rezekinya yang tersendiri. Namun, bagaimana rezeki yang diperolehi itu mampu membawa keberkahan dalam hidup kita?

 

Mencari Rezeki Dengan Jalan Yang Halal

 

Sudah semestinya sesuatu yang halal itu membawa berkah dalam kehidupan. Halal adalah salah satu daripada hukum Islam yang merujuk kepada sesuatu perkara atau perbuatan yang dizinkan dan dibolehkan oleh hukum Syarak.

 

Jika kita lihat, istilah halal ini sudah lama digunapakai di dalam masyarakat untuk menunjukkan sesuatu perkara atau perbuatan tersebut elok di sisi agama atau tidak. Bahkan, perihal halal ini juga mampu membawa kita ke syurga atau ke neraka.

 

Mengapa kita perlu mencari rezeki yang halal?

ir-sofian-akademi-jl-rezeki-yang-halal

 

Rezeki itu memang sangat luas dan boleh diperolehi dari pelbagai sudut dan bentuk. Namun, jika rezeki yang kita peroleh dengan cara yang tidak halal akan membuatkan kehidupan kita tidak diberkati.

 

Samada hati kita tidak tenang dan tenteram, kita selalu sahaja ditimpa malapetaka, dan berbagai macam ujian dan dugaan yang menimpa.

ir-sofian-akademi-jl-hati-tidak-tenteram

 

Namun, rezeki yang halal membuahkan berkah dalam kehidupan kita.  Bukan sahaja pada diri kita, bahkan orang disekeliling kita turut menerima tempiasnya.

 

Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

 “Wahai umat manusia, bertakwalah engkau kepada Allah, dan tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga ia benar-benar telah mengenyam seluruh rezekinya, walaupun terlambat datangnya. Maka bertakwalah kepada Allah, dan tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki. Tempuhlah jalan-jalan mencari rezeki yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

 

Begitu juga dalam hadis yang lain di mana Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Janganlah kamu merasa bahawa rezekimu datangnya terlambat, karena sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan meninggal, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya. Maka, tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, iaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram. (HR Abdur Razaq, Ibnu Hibban & al-Hakim)

ir-sofian-akademi-jl-doa-memohon-rezeki-yang-halal

 

Oleh itu, kita haruslah melakukan pekerjaan yang halal supaya rezeki yang masuk akan diberkati. Mudah-mudahan, Allah akan merahmati kehidupan kita dunia dan akhirat.

 

 

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.