Duit untuk belanja barang sekolah anak-anak dah habis?

Sempena cuti sekolah ini, sudah tentu ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bercuti dan berjalan-jalan ke sana ke mari. Tidak kurang juga yang pulang ke kampung halaman dan menghabiskan masa bersama atok nenek dan sanak saudara.

ir-sofian-akademi-jl-berjalanbersama-keluarga-sempena-cuti-sekola

 

Seronok sangat bercuti dan berjalan-jalan sehingga anda terlupa untuk menyimpan duit untuk perbelanjaan peralatan sekolah anak-anak?

 

Duit anda dah banyak habis sempena cuti sekolah ini?

ir-sofian-akademi-jl-kehabisan-duit-akibat-bercuti

 

Barang keperluan sekolah anak tak beli lagi, gaji pula lambat lagi nak dapat?

 

Macam mana ni? Anak pula dah merengek-rengek nak beli barang sekolah sebab tak lama lagi sesi persekolahan akan dibuka.

 

Usah risau atau khuatir.

 

Manfaatkan Emas Anda

Saya ada tips bagi anda yang menyimpan emas. Tidak kiralah samada emas bar atau emas perhiasan seperti rantai leher, gelang tangan, atau cincin.

ir-sofian-akademi-jl-manfaatkan-emas-anda

 

Anda boleh gunakan peluang ini untuk memanfaatkan emas anda. Bagaimana caranya?

 

Pajakkan emas anda untuk dapatkan duit secara segera.

ir-sofian-akademi-jl-pajakkan-emas-anda

 

“Saya takutlah nak pajak. Sebab saya tak tahu macam mana caranya.”

 

Jangan risau.

 

Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana pengiraannya supaya anda faham dengan lebih jelas lagi dan lihat bagaimana emas anda ini membantu anda ketika anda sesak.

 

Inilah fungsinya apabila anda menyimpan emas yang sememangnya berharga. Ia mampu membantu anda ketika anda kebocoran wang.

 

Sebab utamanya? Ia mudah dicairkan kepada wang.

 

Katakanlah anda mempunyai 10g emas bar. Bawa emas tersebut ke Ar-Rahnu sebab upah simpannya lebih rendah.

ir-sofian-akademi-jl-calculator-tekun

Cara Pengiraan Pajak Emas Bar 999:

Ditangan anda: 10 gram emas bar

Nilai marhun: nilai yang diterima oleh Ar-Rahnu tersebut pada hari anda pajak. Katakanlah untuk emas 999 RM162.80 pada hari tersebut.

Peratus pinjaman: 70%

 

Jumlah gram emas X Nilai Marhun X Peratus Pinjaman

10g X RM162.80 X 70%

= RM1,130.00

 

Jadi anda akan menerima RM1130 untuk gadaian emas bar tadi. Tapi anda boleh saja tak nak pinjam sebanyak tu. Anda ambil sahaja pinjaman setakat RM1,000.00 sahaja sebab setakat nak beli barang keperluan sekolah anak-anak sahaja pun.

ir-sofian-akademi-jl-dapat-tunaikan-emas

 

Bukan beerti anda pajakkan emas anda sebab tak mampu sangat-sangat. Tapi sebabkan anda perlukan duit segera untuk beli barang keperluan sekolah anak-anak anda.

 

Nak tunggu gaji lambat lagi. Anak-anak nak masuk sekolah dah.

 

Gunakan sebaik mungkin duit yang anda dapat hasil pajakkan emas anda tadi, dan bayarlah bulan-bulan emas tu dan upah simpannya. Tak lama pun, selama 6 bulan sahaja. Lagipun upah simpan di Ar-Rahnu lebih rendah berbanding kedai pajak biasa.

 

Apabila anda sudah ada duit yang cukup, kalau anda nak tebus terus pun boleh.

 

Tadi emas bar, bagaimana pula kalau anda cuma ada rantai atau gelang?

 

Tak menjadi masalah pun. Pengiraannya sama sahaja seperti tadi. Cuma yang lainnya adalah nilai marhun yang pihak Ar-Rahnu terima.

 

Ini lah namanya manfaat emas. Emas bukan sekadar untuk perhiasan semata, atau simpanan semata. Emas ini fungsinya membantu anda ketika sesak seperti sekarang ni.

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.