Apa itu Mental Block?
Mental Block adalah minda atau mindset yang menghalang diri daripada mencapai sesuatu kejayaan. Mental Block ini membawakan aura negatif kepada diri yang akhirnya menjadi penyekat kepada anjakan paradigma yang ingin dilakukan.
Apakah bentuk Aura Negatif ini?
Kebanyakannya aura negatif ini berbentuk perasaan dan sikap yang ada dalam diri seseorang. Berjaya atau gagal seseorang itu adalah bergantung kepada aura yang dibawa oleh diri mereka. Jika aura positif, maka berjaya lah. Jika aura negatif, maka mereka tidak lagi menemui kejayaan.
Aura negatif yang menjad Mental Block kejayaan seseorang adalah seperti di bawah ini:
1. Sikap ego
2. Berasa was-was
3. Takut gagal
4. Perasaan tidak yakin
5. Rasa tidak layak
6. Suka bertangguh dan tunggu dulu
7. Bagi banyak alasan
8. Berkawan dengan orang negatif
9. Tidak bersungguh-sungguh
10. Menyalahkan takdir
Boleh berjaya ke?
Bagaimana untuk berjaya jika anda mempunyai aura negatif ini?
Sekiranya anda sedar bahawa diri anda mempunyai salah satu atau lebih dari aura negatif ini, maka perkara yang boleh anda lakukan adalah cuba berubah sedikit demi sedikit.
Mulakan dengan cuba berfikiran positif dan berkawan dengan orang yang berfikiran positif. Kerana jika anda dikelilingi dengan aura positif, aura tersebut akan menarik anda untuk turut berpositif.
Segalanya terserah kepada anda samada ingin berubah atau tidak. Tiada kejayaan jika tiada permulaan.
Jika anda ingin tahu bagaimana aura negatif ini menjadi mental block kejayaan anda,
sila klik SINI!