Bagaimana Menjemput Rezeki?
Rezeki itu datang dari pelbagai sudut. Boleh jadi kita sihat itu rezeki. Kita kaya itu rezeki. Kita disayang orang itu rezeki. Kita tidak mempunyai masalah besar itu rezeki. Urusan kita dipermudahkan itu rezeki dan banyak lagi.
Sebagai umat Islam, kita sendiri tahu bahawa Allah s.w.t. lah yang memberikan rezeki kepada kita kerana Allah Maha Pemberi Rezeki. Jangan sekali-kali meletakkan diri kita adalah punca kita mendapat rezeki.
Dalam kehidupan kita ini, kita dah biasa dengan pemikiran bekerja baru rezeki masuk. Tapi tahukah anda semua bahawa jika kita lakukan amalan-amalan di bawah ini, rezeki kita akan masuk dan melimpah ruah?
Di bawah ini, saya senaraikan amalan-amalan mengikut Islam yang boleh kita lakukan bagi menjemput rezeki datang kepada kita. Supaya rezeki yang kita perolehi bukan sekadar melimpah ruah, bahkan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
1. Solat Di Awal Waktu
Tidak kira di mana jua. Seeloknya solat di masjid bagi lelaki.
2. Melakukan Solat Dhuha
Tidak susah pun. Sekadar 2 rakaat setiap waktu dhuha. Nak buat lebih pun tak apa.
3. Bangun Malam Mengerjakan Solat Tahajud
Bangun malam dan berqiam ni bagus. Allah suka mendengar orang yang bangun malam, mengerjakan solat, berdoa dan meminta kepadanya di sepertiga malam.
4. Bersedekah
Niat semasa sedekah itu yang paling penting. Kita sedekah untuk apa? Untuk sihat? Kaya? Boleh pergi umrah?Boleh beli rumah? Tetapkan niat dengan jelas.
5. Membaca Al-Quran
Al-Quran tu kan mukjizat teragung. Baca hari-hari.
6. Beristighfar Setiap Hari
Istighfar ni boleh menyucikan hati kita yang kotor.
7. Menjaga Wudhuk
Dengan berwudhuk mampu menyucikan diri kita.
Lakukan saja ketujuh-tujuh amalan di atas dengan YAKIN. Kemudian berdoa, berusaha dan bertawakal. Insyaallah. Allah akan berikan rezekiNya kepada diri kita. Allah akan perkenankan doa kita.
Untuk tahu lebih lanjut bagaimana tips ini membantu?
Klik SINI!