ir-sofian-akademi-jl-azam-tahun-baru

Sempena masuk tahun baru ni, sahabat semua dah ada azam ke?

 

So, apa azam tahun baru ni? Takkan lah tahap kerja masih di takuk lama lagi?

 

Apa kata sahabat semua upgrade azam kerja anda?

 

Jadi lebih agresif, produktif, dan efisyen.

 

Saya nak kongsi dengan sahabat semua tips kerja lebih produktif. Nak ke nak?

 

Tips Cara Lebih Produktif di Tempat Kerja:

 

1. Hias meja kerja

 

Ubah suai sikit suasana meja kerja. Jangan nampak macam sama je dengan tahun lepas. Tak syoklah nak kerja, suasana baru tak ada.

ir-sofian-akademi-jl-hias-meja-kerja-mengikut-citarasa-peribadi

 

2. Senaraikan tugasan kerja yang ingin dilakukan

 

Nak mulakan kerja, kena ada senarai ‘To-Do-List’. So, buat awal-awal sebelum mula kerja. Malam ke, hari minggu ke. Asalkan buat. Nak buat senarai kerja sehari ke, seminggu ke, terpulang.

ir-sofian-akademi-jl-senaraikan-tugasan-kerja-yang-ingin-dilakukan

 

3. Hilangkan gangguan kerja

 

Simpan fon dalam beg atau silent kan saja. Kalau tak, mesti anda asyik buka mesej, layan. Macam mana nak jadi kerja kalau asyik memegang fon saja. Betul ke betul?

ir-sofian-akademi-jl-hilangkan-gangguan

 

4. Bahagikan tugasan kerja

 

Bahagikan sikit tugasan kerja pada orang bawahan anda. Sekurang-kurangnya boleh siap cepat dalam masa singkat.

ir-sofian-akademi-jl-bahagikan-tugasan-kerja

 

5. Terapi muzik

 

Dengar muzik sambil-sambil buat kerja tak salah pun. Sebab itu boleh jadi terapi bagi minda. Kalau tak percaya, cubalah.

ir-sofian-akademi-jl-terapi-muzik-di-tempat-kerja

 

6. Bina hubungan baik dengan rakan sekerja

 

Nak produktif, kenalah ada persekitaran yang harmoni. So, apa tunggu lagi? Pergi bina hubungan baik dengan rakan sekerja anda. Jangan buat hal sendiri, tak bertegur sapa.

ir-sofian-akademi-jl-bina-hubungan-baik-dengan-rakan-sekerja

 

7. Tidak menangguhkan tugasan kerja

 

Kalau ada kerja jangan ditangguh-tangguh. Settle kan cepat. Baru lah produktif.

ir-sofian-akademi-jl-tidak-menangguhkan-tugasan

 

8. Take a break

 

Bila kerja ni, tak boleh straight saja. Kena ada ‘take a break’ kejap. Baru lah otak dan minda boleh berfungsi dengan baik. Dan menghasilkan idea yang kreatif.

ir-sofian-akademi-jl-take-a-break

 

9. Berfikiran positif ketika menghadapi masalah

 

Kalau ada masalah kerja, jangan panik, jangan serabut, Fikir positif saja. In syaa allah, boleh selesai dengan baik.

ir-sofian-akademi-jl-berfikiran-positif-ketika-menghadapi-masalah-kerja

 

10. Berikan Reward pada diri

 

Dah penat-penat kerja, kenalah bagi reward  pada diri sendiri. Barulah badan lebih bersemangat nak kerja. Motivasikan diri anda.

ir-sofian-akademi-jl-berikan-reward-pada-diri

 

11. Bersyukur

 

Syukur dengan rezeki kerja yang anda dapat. Dengan rasa syukur tu lah anda akan ada semangat nak kerja Lillahi Taala.

ir-sofian-akademi-jl-bersyukur-dan-berdoa

 

12. Belajar dan tingkatkan mutu kerja

 

Tak salah untuk selalu belajar dan belajar. Selagi mampu, belajar lagi bidang kerja anda. Biar boleh multi tasking. Biar boleh buat banyak benda.

ir-sofian-akademi-jl-belajar-dan-tingkatkan-mutu-kerja

 

 

Macam mana? Membantu tak tips ni? Kalau membantu, komen lah sikit kat bawah ni.

 

Tapi, kalau anda nak tahu lebih lanjut lagi pasal tips ni,

boleh klik SINI!

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.