Ajal Itu Pasti
Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal. Jadi, apakah persiapan anda untuk menghadapinya?
Bagaimana pula dengan orang yang anda tinggalkan? Adakah anda sudah menyediakan apa-apa persediaan untuk mereka?
Kebiasaan orang kita tak ambil peduli sangat soal ini. Walhal perkara ini sebenarnya penting. Kaya macam mana pun kita, atau berada macam mana pun kita, kalau kita tak buat persediaan yang betul dan tepat, orang yang kita tinggalkan akan hidup melarat.
Betul ke betul kata saya? Bukan satu dua kes seperti ini berlaku. Berlambak-lambak dah kes macam ni. Harta si mati terpaksa dibekukan kerana tiada penama atau pewaris yang diletakkan pada harta tersebut.
Oleh itu, saya nak sahabat saya semua ambil cakna benda ini. Isu ini penting. Biar kita buat persediaan awal supaya kelak tidak menyusahkan orang lain.
Ambil tips-tips ini, dan aplikasikan.
1. Melunaskan hutang-hutang
Hutang-hutang pinjaman atau sebagainya dilunaskan secepat mungkin. Jangan ditambah hutang yang baru.
Simpan duit tiap bulan. Duit simpanan tersebut boleh dijadikan sebagai tabungan untuk kegunaan akan datang.
Melabur dalam saham ASB. Tiap tahun dapat dividen besar.
4. Menyimpan emas mengawal risiko kewangan
Beli dan simpan emas. Tidak kira emas perhiasan atau emas bar. Asalkan ada menyimpan emas. Emas ni sangat berguna untuk masa depan.
5. Menyediakan medical card
Sediakan medical card untuk anak isteri. Sekurang-kurangnya anda ada persediaan jika berlaku sesuatu yang melibatkan kos perubatan.
Buat life takaful untuk menjaga segala aset-aset anda seperti rumah dan kereta. Jika anda tiada, anka isteri anda tidak perlu risau kerana mereka tak perlu bayar pinjaman yang anda buat terhadap aset anda.
Mengemaskini penama ni sangat penting. Ini yang kebanyakan orang kita terlepas pandang. Akhirnya, banyak kes harta si mati terpaksa dibekukan sebab tiada penama.
Buat wasiat secara bertulis supaya kelak tiada berlaku perebutan harta. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak angkat. anak susuan, anak luar nikah, isteri lebih dari satu orang, dan lain-lain lagi.
Jika anda nak tahu lebih lanjut info mengenai tips ini,
Sila klik SINI!