Jana Emas Dengan Emas? Biar Betul?

Oleh sebab ramai yang nak tahu sambungan strategi 'TAHU' ni, saya up lah sambungannya.

Orang kata, jangan lokek bagi ilmu sebab lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita akan dapat balik. Betul ke betul?

“More you give, more you get”



Apakah Strategi Nak Jana Emas Dengan Emas?

3. Tahu Sistem Ar-Rahnu

Dalam menjana emas dengan emas, anda akan menggunakan platform Ar-Rahnu untuk membuat pusingan modal bagi pelaburan emas anda.

Oleh itu, anda akan gadaikan emas anda untuk dapatkan emas. Anda tidak perlu membuat pinjaman bank semata-mata untuk tambahkan modal pelaburan anda. Gunakan sahaja medium yang anda ada.

TAPI!

Sebelum anda meletakkan emas anda di Ar-Rahnu, sila buat kajian dahulu terhadap Ar-Rahnu tersebut. Adakah berbaloi dan memberi faedah lebih untuk anda?

Semak nilai marhunnya, semak upah simpannya, dan semak panjang tempoh pembayaran semula barang gadaian.

Daripada kajian anda ini, jika anda dapati ianya berbaloi dan tidak terlalu tinggi upah simpannya, anda boleh teruskan. Dengan mudah anda dapat cash untuk beli emas lagi.

“Keunikan logam emas ini adalah ianya mudah dicairkan

iaitu dengan senang ia dapat ditukarkan kepada Tunai”

 

4. Tahu Teknik Pembayaran Ar-Rahnu

Selepas emas anda digadaikan, anda kena tahu bagaimana cara untuk membayar semula emas gadaian anda tersebut.

Lukis dan aturkan strategi pembayaran balik emas anda dan dalam masa yang sama anda menjana emas.

Oleh sebab itu, anda harus mempunyai resit yang berlainan bagi setiap gadaian emas anda supaya mudah untuk anda mendapatkan semula emas anda satu persatu.

“… ia menggunakan teknik hierarki. Gadaikan emas dan beli emas lain

dengan hasil gadaian tersebut. Emas yang diperoleh digadaikan semula

untuk dapatkan tunai beli emas yang lain lagi.

Gunakan teknik ini sehingga tahap kemampuan anda.”

 

Kalau anda dapat hadamkan teknik dan strategi jana emas dengan emas ni, sudah tentu anda akan dapat peroleh kekayaan atas kekayaan. Cumanya, sebelum mencapai tahap tersebut anda kena lalui fasa penyelidikan.

 

Pelabur emas pun kena jadi ahli penyelidik. Ha ha

 

Buat kajian dan pantauan. Atur pelan dan strategi. Baru lah pelaburan yang dilakukan dapat mencapai target dan impian yang diimpikan.

 

Anda boleh lihat posting yang sebelum ini di SINI!

 

Jika anda ingin mendapatkan info mengenai sistem Ar-Rahnu,

anda boleh baca di SINI!

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.