Scammer?

Tertipu dgn Scammer?

Dengar cerita ramai orang kita yang tertipu dengan scammer ni sampai habis puluh ribu, ratus ribu. Apa cerita ni? Macam mana boleh kena tipu ni?

Adakah sebab perasaan ingin cepat kaya dalam diri orang-orang kita ni yang buatkan mereka mudah tertipu dengan skim macam ni? Kononnya pelaburan yang menguntungkan.

Macam ini lah. Saya nak kongsi ilmu scammer ni kepada anda di luar sana. Biar anda terdedah sedikit dengan apa yang scammer ini buat di balik tabir. Dan supaya anda boleh faham macam mana sindiket ini berjalan.

Cerita Di Sebalik Tabir Scammer

Menubuhkan Syarikat

Mula-mula scammer ini akan menubuhkan satu syarikat yang kononnya menjalankan satu perniagaan pelaburan. Syarikat ini menawarkan pelaburan kepada orang ramai untuk sama-sama mengaut keuntungan bersama mereka.

Bagi sesiapa yang nak masuk pelaburan ini, mereka harus  melabur sebanyak RM10,000. Keuntungan yang mereka akan dapat ialah mereka akan dapat keuntungan 2 kali ganda iaitu sebanyak RM20,000. Macam mana mereka dapat keuntungan?

Syarikat ini akan bank in kan hasil keuntungan pelaburan kepada mereka setiap bulan Rm1,000. Siapa yang tak seronok tiap bulan duit masuk Rm1,000?

“Jangan mudah tertipu dengan pelaburan

yang menjaminkan keuntungan tanpa risiko”

Membina Kepercayaan

Apa yang seronoknya adalah pihak scammer ini akan cuba untuk membina kepercayaan pelabur-pelabur ini dengan betul-betul konsisten membayar keuntungan RM1,000 kepada mereka setiap bulan.

Orang-orang kita ni pula mudah sangat teripu dan terpedaya. Siapa yang tak seronok dapat pulangan keuntungan setiap bulan? Tiap-tiap bula cek kat akaun dah masuk Rm1,000.

Bertambah seronok dan menguatkan kepercayaan mereka lagi apabila sudah 3 ke 4 bulan duit masuk dalam akaun mereka. Tapi?

Sedar ke tidak bahawa sebenarnya mereka ini belum lagi dapat keuntungan? Mereka cuma baru dapat balik sedikit demi sedikit duit modal yang dilaburkan.

“Dalam pelaburan, selagi duit modal belum diperolehi,

anda masih lagi belum mendapat keuntungan yang sebenar”

Mengajak Orang Ramai

Oleh kerana pelabur-pelabur ini sudah dapat keuntungan setiap bulan Rm1,000, mereka mulai percaya kepada syarikat scammer ini.

Pada waktu ini lah mereka akan mula panggil sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai untuk turut sama melabur dalam syarikat ini kerana syarikat ini boeh dipercayai.

Maka, ramailah orang kita akan beramai-ramai sertai pelaburan dalam syarikat scammer ini. Makin ramai yang masuk, makin banyaklah duit yang diperolehi oleh syarikat ini.

Apabila dah terlalu ramai yang masuk sehingga syarikat scammer ini memperoleh target yang diinginkan, pada waktu ini lah scammer ini akan mula lapse untuk bayar kepada pelabur dengan bangkitkan isu-isu tertentu.

Apakah yang scammer ini akan lakukan lagi??

 

Memberikan Alasan

Apabila ramai pertikaikan kenapa tidak dapat duit keuntungan dalam seperti yang dijanjikan, scammer ini akan berikan alasan seperti ada yang seleweng duit syarikat, pihak pelabur luar cuba larikan duit pelabur, dan bermacam-macam isu lain.

Bila dah bangkitkan isu, sudah tentu ramai pelabur kita akan mula marah dan menunjukkan perasaan tidak puas hati.

Untuk meredakan kemarahan mereka, pihak syarikat scammer ini akan berbincang dengan baik dan minta tempoh 3 bulan untuk selesaikan isu ini.

Mereka ini berjanji yang wang  pelabur akan didapatkan balik. Apabila dah lepas tempoh 3 bulan, pihak syarikat ini akan minta tempoh 3 bulan lagi.

 

Maka, di sini pihak pelabur akan mula putus asa apabila tiada respon dari syarikat scammer ini. Mereka terpaksa pasrah dengan duit yang mereka telah laburkan.

 

Manakala, syarikat scammer ini pula akan tutup syarikat mereka seperti syarikat mereka sudah bankrap. Padahal, mereka telah lari bersama dengan wang pelaburan yang berjuta-juta diperoleh dari pelabur-pelabur yang nak sangat cepat kaya ni.

 

ir sofian akademi jl scammer tutup bisnes

Maka?

 

Baru tersedarlah orang-orang kita ini bahawa mereka ini telah ditipu oleh syarikat scammer ini.

 

Namun, apa yang mampu mereka lakukan?

“Nasi sudah jadi bubur”

Menangislah mereka ini kerana wang mereka telah lesap begitu saja. Ada yang guna duit nak pergi haji, ada yang bergadai barang kemas atau tanah, ada yang berhutang, ada yang saling bergaduh kerana marahkan kawan atau sedara yang mengajak mereka masuk dalam pelaburan skim ini.

 

Tapi, apa yang mereka boleh lakukan? Wang mereka tetap sudah tiada.

 

Oleh itu, ambillah ia sebagai ikhtibar. Sebelum melakukan sesuatu, pastikan anda sudah buat kajian, soal selidik, dan mempunyai ilmu tentangnya.

 

Anda boleh share posting ini untuk munafaat beribu orang lain.

Dapatkan penerangan lanjut dari saya tentang isu scammer ini dalam LIVE video di sini.

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.