Kunci Kejayaan?
Apakah Kunci Utama?
Di manakah terletaknya kunci kejayaan anda?
Untuk menjadi orang yang berjaya, anda haruslah sentiasa mempunyai energy di dalam diri. Ini lah kunci utama untuk anda berjaya.
Tapi, Energy yang bagaimana?
Energy yang mampu membakar semangat anda untuk mencapai kejayaan. Jika anda tiada energy ini, bermakna anda tiada sesuatu yang membakar semangat anda untuk berjaya.
Ramai orang yang ingin menjadi jutawan. Ramai orang yang ingin jadi kaya. Malah ramai juga yang ingin berjaya dalam hidup.
Tapi, ramai di antara mereka tidak berjaya mencapainya sebab mereka tidak ada energy dalam diri. Energy ini bukan lah sesuatu yang anda inginkan atau sesuatu yang anda impikan. Tapi, ia adalah sesuatu yang MESTI anda ada dalam diri.
“Tingkatkan energy dalam diri anda untuk melakukan anjakan paradigm. Pintu kejayaan menanti anda.”
Energy Bagaikan Api
Energy ini adalah satu tenaga yang bagaikan api yang mampu membakar segala sampah-sampah negatif seperti pemikiran-pemikiran negatif dan pengaruh-pengaruh negatif yang bersarang dalam diri anda dan menjadi batu penghalang anda untuk berjaya.
Kenapa saya katakan energy ini bagaikan api?
Kerana ia harus kuat seperti api. Ia harus sentiasa marak seperti api. Baru lah semangat anda akan sentiasa membara untuk terus berjaya.
Tahukah anda bahawa kejayaan itu tidak akan datang secara tiba-tiba? Ia tidak akan bergolek di depan mata anda. Tapi, anda perlu curahkan segala masa dan usaha untuk mencapainya.
Jika anda tidak mempunyai energy yang kuat dan membara, mungkin anda bakal kecundang di tengah jalan. Dan berputus asa.
Kerana sebagai manusia, hati kita ini ada pasang surutnya. Ada waktu kita bersemangat. Ada waktu kita penat. Maka, hanya mereka yang mempunyai energy yang kuat sahaja akan menolak perasaan penat lelah mereka dan cubau untuk bersemangat kembali.
Oleh sebab itu, hanya mereka yang terus menerus mempunyai energy dalam diri sahaja yang boleh mencapai kejayaan yang mereka idamkan.
“Hanya mereka yang berusaha, berusaha dan berusaha sahaja yang tahu menggunakan energy dalam diri mereka”
Lihat Contoh Mudah
Saya nak bagi contoh mudah aje.
Kalau anda pergi bermain dekat kawasan kolam renang, tetapi anda ni tidak tahu berenang. Apabila anda terjatuh ke dalam kolam renang, perkara pertama yang anda fikirkan adalah untuk terus hidup.
Mesti anda akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan udara. Anda struggle untuk naikkan diri anda ke permukaan air dan mendapatkan udara.
Betul ke betul?
Oleh sebab itu, jika anda mempunyai energy yang sama seperti mana anda ingin teruskan hidup semasa struggle di dalam air, pintu kejayaan pasti terbuka luas untuk anda.