Rahsia Scammer TERBONGKAR !!!
Isu scammer ini adalah isu yang sudah lama wujud. Selagi mana ada lagi orang-orang yang inginkan cepat kaya, selagi itu jugalah akan adanya scammer yang cuba mengambil kesempatan ke atas keinginan mereka-mereka ni.
Saya nak tanya sikit,
Siapa kat sini yang pernah kena tipu dengan scammer?
Berapa banyak wang anda yang telah ditipu oleh scammer ni?
Berapa ratus ringgit kena tipu ?
Ataupun ratus ribu ringgit telah lesap??
PERSOALAN ……
Mengapa anda boleh ditipu oleh scammer ni?
Adakah sebab anda nak sangat cepat kaya?
Atau anda juga nak dapat duit banyak macam orang lain dapat?
Adakah mereka ini boleh menghidu bau duit anda ?
Bagimanakah mereka ini boleh ‘trap’ anda di dalam kancah perniagaan jahat mereka ?
….. teruskan membaca artikel ini …..
Modus Operandi Scammer
Anda nak tahu apa modus operandi yang digunakan oleh scammer untuk menipu anda?
Jom ikut saya.. sebentar lagi saya akan bongkarkan dan dedahkan apakah trick yang mereka ini gunakan sehingga ramai yang terpedaya dan melabur kepada skim mereka ini.
Trick utama yang digunakan oleh scammer ini adalah memainkan dengan emosi anda. Mereka pasti akan menawarkan pelaburan yang memberikan pulangan setiap bulan dan keuntungan dua kali ganda yang menyebabkan anda mula rambang mata.
Cuba bagitahu saya, siapa yang tak nak keuntungan berlipat kali ganda?
Semua orang nak keuntungan yang banyak. Lebih-lebih lagi dapat untung banyak dengan modal yang sedikit.
“Adakah anda tak nak untung 2 kali ganda?”
Pihak scammer ini akan menyatakan yang pelaburan mereka ini membawakan keuntungan.
Jika anda melabur RM1000, anda akan dapat keuntungan RM100 setiap bulan sehingga bulan ke 10. Cukup 10 bulan, anda diberi pilihan. Jika anda ingin berhenti anda akan dibayar dua kali ganda iaitu RM2000.
Tapi, jika anda ingin meneruskan pelaburan dengan tidak perlu menambah modal, anda akan peroleh RM4000 pada tahun hadapan iaitu 10 bulan kemudiannya lagi.
Apa macam……
Teruja tak bila ada yang tawar pelaburan sebegini?
Sudah tentu ramai yang teruja dan mula terpedaya dengan tawaran sebegini sebab anda sudah merasa duit keuntungan setiap bulan. Pada waktu ini jugalah anda mula uar-uarkan kepada rakan-rakan anda untuk turut serta dalam pelaburan ini.
Yang lagi syoknya, ada yang ingin teruskan pelaburan ini tetapi dengan menaikkan modal pelaburan kepada RM10,000. Hanya kerana ingin mengaut keuntungan RM20,000 10 bulan kemudian.
“Apa yang anda boleh buat apabila mata telah dikaburi oleh wang ringgit?”
Setelah ramai orang yang melabur dalam pelaburan scammer ini, akhirnya scammer ini pun membuat alasan seperti ada pihak yang menyeleweng wang syarikat, dan macam-macam lagi.
Akhirnya pelabur-pelabur kita ini lah yang tertipu.
Siapa yang tertipu? Orang-orang kita yang nak cepat kaya lah.
Selain itu, orang kita ni malas nak cek terlebih dahulu kesahihan pelaburan tersebut. Bila nasi dah jadi bubur, baru mereka nak semak dengan SSM, semak pelaburan wujud ke tidak, semak kat mana office mereka. Dan pada waktu itu baru mereka nak menyesal.
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”
Macam mana? Pernah kah ini berlaku pada anda? Atau pada sedara anda?
Adakah sistem ini akan berhenti ?
Cuba tonton video ini,
Penjelasa saya tentang TRICK SCAMMER yang saya dedahkan secara sistematik untuk anda mudah faham.
Secara tidak langsung,
ini akan membolehkan anda faham sistem yang telah menjahanamkan ramai orang ini !
Tekan atau click pada video di bawah ini untuk menonton:
NOW …
Sila jawab 5 soalan saya ini :
- Anda tonton sampai habis ke tak ? Kalau tak habis, sila tonton sampai tamat!
- Apa yang anda belajar dari video ini ?
- Adakah anda jelas cara permainan ‘game’ mereka ?
- Apakah informasi yang anda boleh sampaikan kepada orang lain sahabat dan saudara anda ?
- Adakah anda tahu kesilapan mereka yang ‘telah terkena’ scam ini ?
Apakata….
Anda share video ini kepada sahabat anda supaya biar semua orang cakna dengan trick scmmer ini.
Kita kalau boleh, tak nak lah orang kita asyik ditipu dan ditipu lagi.
Mungkin ini adalah sumbangan anda yang sedikit kepada sahabat semua yang telah atau bakal menjadi mangsa scammer seterusnya.
Semoga posting ini dapat memberi munafaat buat semua.
Untuk anda yang telah terkena scam,
Janganlah bersedih….
Keluarlah dari kesedihan anda dan bina hidup baru.
Ramai juga orang mengeluh tentang kesesakan hidup yang semakin mencengkam dek kerana kenaikan harga barang dan minyak yang seban hari semakin panas jadi buah mulut masyarakat.
Apakata anda lapangkan masa untuk belajar ilmu menambah pendapatan anda yang akan saya sampaikan selama 1 hari.
Anda cuba picit gambar saya ini :
Tekan gambar saya atas tu eh !
mungkin selepas ini...
anda akan bertukar dari kedukaan dan kemuraman anda
kepada senyuman yang meleret panjang.
Moga artikel ini akan dapat mengubah persepsi dan masa depan anda .
Salam sayang dari saya
#irsofian