Why Gold/Oz?

Ada yang bertanyakan kepada saya apakah maksud auns (Ounce /Oz) yang menjadi ukuran timbang berat bagi emas.

Mungkin di Malaysia orang jarang dengar pemalar jenis ini. Lagi-lagi dah terbiasa dengan ukuran timbang berat seperti kilogram dan gram aje.

Oleh itu, saya rasa terpanggil nak kongsikan pasal soalan ini kepada sahabat di luar sana. Mungkin ada juga yang tak tahu kenapa emas ni per auns. Betul ke betul?

Mana yang dah tahu tu, tak apa. Kita kongsi-kongsi ilmu ya.

“Sampaikanlah walau sepatah ayat”

Emas Per Troy Auns

Kalau anda nak tahu, 'auns' ini adalah pemalar bagi ukuran timbang berat emas yang digunapakai secara meluas dalam perdagangan antarabangsa.

Macam kat Malaysia, kita pakai kilo atau gram. Contohnya segram emas, sekilo emas. Tapi kat pasaran antarabangsa, dia orang pakai auns untuk berat emas. Dia orang tak pakai kilo-kilo ni.

Jadi, kita just follow apa yang seluruh dunia pakai.

Faham ke faham?

 

Pemalar auns ni juga adalah untuk menunjukkan perdagangan jenis komoditi.

 

Komoditi tu apa pula?

 

Komoditi ni adalah bahan-bahan yang belum diproses dan ia digunakan untuk menghasilkan produk-produk utama dalam kehidupan kita seperti biji-bijian, soya, kopi, koko, jagung, gandum, gula, kapas, minyak, gas, emas, perak, palladium, mineral dan banyak lagi.

 

Harga bagi kesemua komoditi ini adalah reflek dari harga antarabangsa yang menjadi rujukan utama bagi seluruh dunia. Jadi, macam harga emas, dia juga ikut kepada harga pasaran antarabangsa atau kita panggil harga semasa (spot price). Semua pekedai emas atau pengedar emas akan beli emas ikut harga semasa ni.

 

Tapi jangan persoalkan pula kenapa harga emas kat kedai mahal. Tak sama macam harga emas semasa.

 

Memanglah takkan sama sebab pekedai atau pengedar mestilah nak ambil sedikit keuntungan dari jualan mereka. Lebih-lebih lagi kedai emas yang masukkan kos upah, kos pengangkutan, kos pekerja, kos sewa kedai dan lain-lain lagi. Jadi memang takkan sama macam harga emas semasa.

“Spot Price adalah harga semasa yang seluruh dunia akan follow dalam urusan jual beli”

Ada juga yang tanyakan kepada saya, bezakah trade Forex dan Emas ni?

 

Anda rasa?

Forex vs Gold?

Sudah tentulah berbeza sebab Emas adalah Komoditi, bukan macam Forex yang melakukan pertukaran matawang.

Kan dah bagitahu tadi, emas ni jenis perdagangan komoditi. Jadi, perdagangan emas ni sama aje seperti perdagangan komoditi yang lain di mana ada pihak yang membeli emas dan ada pihak yang menjual emas.

Mungkin ada yang beranggapan Forex dan Emas ni adalah sama kerana masing-masing mempunyai chart.

 

Tapi sebenarnya bukan emas sahaja yang ada chart. Komoditi yang lain seperti minyak, gula, soya dan lain-lain juga mempunyai chart pasaran mereka.

 

Chart ni lah yang menunjukkan pergerakan harga bagi sesuatu perdagangan tersebut samada harga semasa naik atau turun. Pergerakan harga ni juga ikut kepada keadaan berita dunia.

 

Macam berita Donald Trump jadi presiden, berita Brexit, berita kes Turki dan lain-lain berita besar yang beri kesan kepada perdagangan pasaran dunia.

 

Jadi macam mana? Dah faham dah pasal emas per troy auns ni?

 

Haa?? Nak tahu macam mana kita nak kira harga emas ni ikut harga Malaysia?

“Jom belajar mengira tukarkan harga emas semasa kepada harga Malaysia”

Katakanlah harga emas semasa adalah $1215USD/Oz.

1 Oz = 31.1 gram

Harga currency Malaysia 1 USD = RM4.45.

Nak dapatkan harga emas segram : ($1215Usd/Oz) X (RM4.45) / 31.1 gram = RM173.85.

Jadi, emas segram kat Malaysia ikut harga semasa adalah RM173.85.

 

Faham ke faham?

 

Anda boleh kongsikan ilmu ini kepada orang lain juga supaya ia jadi ilmu bermunafaat buat semua.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.