Kita semua sudah sedia maklum bahawa pelaburan emas ini sememangnya satu pelaburan yang membawakan keuntungan kerana nilainya yang semakin meningkat setiap tahun dan ianya juga kalis inflasi.

Namun, di sebalik pelaburan ini, masih ada juga pelabur-pelabur yang mendapat kerugian daripadanya. Macam mana hal ini boleh terjadi?

Saya melihat, ramai pelabur emas di luar sana yang mengalami kerugian akibat kebodohan mereka sendiri dalam pelaburan emas.

Kita sepatutnya mempunyai ilmu sebelum melakukan sesuatu. Sekiranya anda ingin melabur dalam emas, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian. Jangan sekali-kali melakukan kebodohan ini sehingga menyebabkan pelaburan anda rugi.

Siapa yang nak buat pelaburan yang merugikan kan? Saya pun tak nak. Anda pun tak nak. Betul kan?

Oleh itu, saya nak kongsikan kepada anda apakah kebodohan dalam pelaburan emas yang perlu anda elakkan. Kalau anda buat juga kesilapan ini, nampak gayanya hangus aje lah wang pelaburan anda tu.

1. Beli emas tak dapat emas

Jangan anda beli emas tapi tak dapat emas di tangan. Kalau kita beli emas, sudah tentu lah kita dapat emas kan? Kalau tak dapat, maknanya?

Maknanya kita beli angin kosong aje lah. Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis syarikat pelaburan yang menyatakan akan menyimpankan emas anda untuk satu tempoh atau mereka menyatakan emas anda akan sampai lambat kerana pre-order.

Buat apa anda nak beli emas pre-order yang kononnya lebih murah sedangkan anda tidak dapat lagi emas tersebut depan mata?

2. Beli emas perhiasan

Sekiranya anda melabur dalam emas, pastikan anda tidak membeli emas perhiasan sebab emas perhiasan bukanlah emas yang sesuai untuk dibuat pelaburan.

Nak tahu kenapa saya cakap macam ni?

Sebabnya emas perhiasan mempunyai susut nilai yang sangat tinggi. Nak melabur kenalah pilih emas yang susut nilainya rendah, bukan tinggi. Kalau tingg hingga cecah 25%, mana nak dapat untungnya. Setuju kan?

 

3. Beli emas dalam program pelaburan cepat kaya

Saya dah pernah bagitahu dah sebelum ini pasal scammer. Program pelaburan cepat kaya ni adalah kategori scammer juga. Jadi, kalau boleh jauhkan diri dari sertai pelaburan seperti ini. Mana ada beli emas dapat untung bulan-bulan.

Kalau dijanjikan dengan dividen bulan-bulan yang menguntungkan dan tak masuk akal, fikir berpuluh-puluh kali dulu. Jangan sampai terjebak dan membinasakan diri.

4. Beli emas beserta yuran keahlian

Buat apa anda nak bayar yuran keahlian atau yuran pendaftaran semata-mata untuk beli emas murah? Anda dah bazirkan wang anda yang anda boleh gunakan untuk beli emas lagi banyak lagi.

5. Beli emas dalam bentuk akaun bank (paper gold)

Orang ramai selalu langgar pantang larang yang ini. Mereka sangkakan pelaburan emas jenis ini adalah bagus. Tapi, sebenarnya mereka dah langgar pantang larang yang pertama tadi iaitu beli emas tak dapat emas.

Walaupun banyak bank di Malaysia ini yang menawarkan akaun pelaburan emas, namun kesemuanya hanya memberikan kertas slip akaun sahaja, tiada emas yang disimpankan di dalam bank.

Sekiranya anda ingin menjual emas anda, anda hanya jual harga sahaja. Anda tidak dapat mengeluarkan emas fizikal anda sebab memang tiada emas secara fizikal yang pihak bank simpan.

Melainkan jika anda membeli emas di Ar-Rajhi Bank dan Kuwait Finance House Bank yang menawarkan pelaburan emas patuh shariah. Anda boleh keluarkan emas anda dan melihatnya.

6. Tertipu dengan emas murah yang palsu

Demi mendapatkan emas dengan harga yang murah, jangan sampai anda tertipu dengan emas palsu. Pastikan harga yang anda beli itu releven dan realistik dengan keadaan harga emas semasa.

Sekiranya harga emas tersebut terlalu jauh berbeza dengan harga emas semasa, sila buat ujikaji terhadap emas tersebut samada emas betul atau palsu. Jangan biarkan diri anda menanggung kerugian yang tidak sepatutnya berlaku.

7. Nak tunggu harga emas turun baru nak beli

Pantang larang ini adalah bagi pelabur emas yang baru nak menceburi bidang pelaburan emas. Kalau anda nak tunggu harga emas turun baru nak mula beli dan melabur, alamatnya lambat lah anda nak dapat keuntungan. Sebab apa?

Macam mana nak dapat keuntungan kalau pelaburan pun tak bermula lagi? Nak melabur kena bermula sekarang sebab harga emas akan tetap menaik, cuma sekejap-sekejap aje dia turun.

Nak tahu lebih lanjut?

Anda boleh dapatkan sambungan part 2 di SINI.

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.