Hari ini saya ingin menyambung kembali posting saya yang semalam berkenaan kebodohan dalam pelaburan emas yang anda perlu elakkan.

Bagi anda yang terlibat dalam pelaburan emas fizikal, dan anda yang ingin menceburkan diri dalam bidang pelaburan ini, anda perlu ambil tahu tentang ini.

Dan jangan sekali-kali melakukan kebodohan ini selepas anda mengetahuinya.

Apakah kesinambungannya??

8. Jual emas terlalu awal

Pelaburan emas bukanlah pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam jangka masa yang singkat. Ia memakan masa yang agak panjang. Lagi lama masa yang diperuntukkan, lagi banyak keuntungan yang diperolehi.

Kalau anda harapkan pelaburan emas fizikal ini berikan keuntungan dalam masa seminggu dua, anda silap. Sedangkan pelaburan dalam ASB pun makan masa satu tahun untuk anda dapat dividen.

9. Tidak reti guna sistem ar-rahnu

Orang lain pajakkan emas di ar-rahnu, anda pun nak ikut. Tapi, orang lain boleh dapatkan balik emasnya beserta emas baru. Anda pula tergadai emas di ar-rahnu. Sebab apa?

Sebab anda tidak tahu dan tak ada ilmu macam mana ingin gunakan sistem ar-rahnu dalam menjana emas anda.

10 Beli emas di kedai emas

Harga emas di kedai tidak sama dengan harga emas yang di jual oleh pengedar-pengedar emas. Harga emas di kedai lebih mahal kerana mereka telah memasukkan caj-caj tambahan di dalamnya seperti caj upah, sewa kedai, kos pengangkutan, gaji pekerja dan lain-lain kos.

Memang salah pilihan anda kalau anda beli emas untuk pelaburan di kedai. Anda harus pandai memilih alternatif bagi membeli emas dengan harga yang lebih kurang sama dengan harga emas semasa.

11. Beli emas dengan duit kecemasan

Jangan sekali-kali anda beli emas dengan duit kecemasan yang anda nak pakai dalam masa terdekat. Contohnya duit anda nak kahwin, duit anda nak buat kenduri dan lain-lain.

Seperti yang saya maklumkan tadi, emas ini bukan lah pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam masa yang singkat. Oleh itu, pastikan anda mempunyai simpanan lain untuk membeli emas.

12. Beli emas dengan duit pinjaman (loan)

Sekiranya anda ingin membuat pelaburan emas, saya nasihatkan agar anda tidak melabur dengan menggunakan duit pinjaman dari bank atau pihak lain.

Kalau boleh, biarlah pelaburan yang dilakukan adalah dari wang simpanan anda sendiri. Anda tidak terikat dengan mana-mana hutang.

Pelaburan yang dilakukan ini adalah untuk anda keluar dari kesempitan hidup, bukan menambahkan lagi bebanan hutang anda.

13. Membuka sarung plastik kekal

Sekiranya anda membeli emas yang mempunyai sarung kekal, pastikan anda tidak membuka sarung plastikya kerana ia boleh menyebabkan nilai susut emas tersebut turun seperti harga emas perhiasan.

Nak tengok, tengok aje. Jangan gatal-gatal tangan cabut.

14. Menjual emas di tempat yang salah

Tempat menjual emas anda semula juga adalah penting. Sekiranya anda tersalah pilih tempat, anda akan mengalami kerugian sedangkan anda boleh memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas ini.

Salah macam mana tu ye? Macam tempat tersebut mengambil harga emas dengan harga yang murah atau mengenakan spread yang tinggi. Anda yang rugi. Sebab itu sekiranya anda ingin menjual emas anda, anda perlu survey dahulu di mana kah tempat yang sesuai untuk anda menjual emas anda kembali.

.

.

Anda dah tahu kan apakah kebodohan yang anda perlu elakkan sebagai seorang pelabur emas?

Jadi, sekiranya anda ingin menjadi pelabur emas yang berjaya dan keluar dari zon kesempitan, jangan sekali-kali melakukan kesilapan ini dalam pelaburan emas anda.

Anda boleh SHARE posting ini kepada sahabat anda yang lain supaya kita sama-sama dapat memberikan munafaat pada yang lain.

Bagi anda yang terlepas part 1, anda boleh klik SINI untuk membacanya.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.