Assalamualaikum wmt wbkt.
Jika sebelum ini saya ada postkan tentang kebodohan pelabur emas dalam membuat pelaburan emas. Hari ini, saya ingin kongsikan pula kepada anda kebodohan trader dalam melakukan trading.
Trader Bodoh & Gelojoh?
Disebabkan kebodohan yang mereka lakukan ini lah yang mengakibatkan wang pelaburan mereka hangus. Oleh itu, saya berharap agar sahabat di luar sana fokus dan mengambil ibrah dengan kerugian yang telah dilalui oleh kebanyakan trader.
Apakah kebodohan yang sering dilakukan oleh trader?
1. Tidak ada ilmu trading
Sebelum menceburkan diri dalam bidang trading, anda sepatutnya belajar dan mendalami dulu ilmu dalam bidang trading. Bukannya trading dulu, dah rugi baru nak cari ilmu.
Sebab apa? Sebab ilmu itu penting. Dalam apa pun yang kita lakukan biar ada ilmu. Imu itu lah sebenarnya yang akan membantu anda mendapatkan jalan kehidupan yang lebih baik. Oleh sebab itu, jangan pernah berasa letih atau penat untuk menimba ilmu. Dan jangan pula berasa megah dan bongkak apabila sudah ada ilmu.
Anda sendiri boleh elakkan kebodohan ini. Cari guru yang pakar dalam bidang trading atau teknikal analisis ni, dan belajar. Belajar biar sampai habis. Jangan separuh-separuh jalan. Apabila sudah ada ilmu, amalkan ia supaya anda boleh lihat di mana salah dan silap anda.
2. Tidak ada perancangan trading
Saya selalu mengingatkan pelajar saya agar buat perancangan untuk mereka trading. Waktu bila nak trading, nak trading dengan lot size berapa, bila nak tutup posisi, berapa target profit, dan lain-lain yang berkaitan.
Perancangan ni sebenarnya penting untuk mengatur dan menyusun strategi dalam trading. Sebabnya, melalui perancangan ini lah anda boleh lihat dan target berapa profit yang anda ingin perolehi.
Anda sendiri boleh lihat perbezaan antara orang yang ada perancangan hidup dengan orang yang tidak ada perancangan hidup. Berbezakan? Siapa yang selalu berjaya? Anda sendiri boleh tahu. Oleh sebab itu, sekiranya anda ingin trade, pastikan anda mempunyai perancangan yang sesuai dengan keadaan diri anda dan market.
3. Tidak follow perancangan yang dibuat
Orang yang sudah ada perancangan untuk trading sangat bagus. Tapi, setakat ada sahaja tidak berguna jika anda tidak mengikutinya. Apa yang susah sangat bagi anda untuk mengikuti perancangan yang anda sendiri telah tetapkan?
Dalam hidup ini kena ada disiplin sebab disiplinlah yang membantu anda untuk berjaya. Kalau zaman kita sekolah dulu, kita kena ikut disiplin dalam sekolah. Baru lah boleh jadi pelajar contoh, tak kena berdiri semasa perhimpunan, tak kena rotan. Sebab apa? Sebab kita jadi pelajar yang berdisiplin.
Jadi, dalam dunia trading pun sama aje. Kena ada disiplin dan follow perancangan yang dibuat. Barulah anda boleh dapatkan apa yang anda impikan dan menjadi trader berjaya.
4. Tidak menguruskan kewangan dengan baik
Mengurus kewangan adalah perkara penting dalam tarding. Sekiranya anda tidak boleh mengurus kewangan anda dengan baik, anda tidak akan dapat menjadi trader yang berjaya.
Bagaimana cara untuk anda uruskan kewangan?
Anda harus tetapkan berapa modal yang ingin anda laburkan dalam trading. Kemudian, anda tetapkan berapa banyakkah keuntungan yang seusai untuk anda perolehi dengan modal yang and laburkan. Tetapkan berapa percent untuk anda profit bagi setiap kali anda entry dalam market.
5. Tidak mengurus emosi dengan bijaksana
Di dalam trading, seeloknya anda jangan biarkan emosi mengawal diri anda kerana emosi ini lah salah satu punca kejatuhan trader. Oleh itu, anda harus bijak megawal emosi.
Sekiranya anda mula rasakan diri anda beremosi samada emosi dengan pasaran atau emosi dengan benda lain, lebih baik anda jauhkan diri anda dari membuat sebarang entry.
Saya dah lihat, kebanyakan trader yang masuk posisi dalam keadaan emosi akhirnya kecundang. Sebab apa? Sebab mereka tidak dapat membuat keputusan dengan baik.
Bagaimana? Anda rasa cukup ke ilmu yang saya kongsikan ni?
Tak cukup? Anda boleh nantikan sambungan untuk Part 2 pada esok hari pula ya. Klik SINI.
Anda boleh share posting ini untuk sahabat yang lain pula.