Semalam saya ada kongsikan kepada anda tentang kebodohan trader dalam trading yang perlu dielakkan supaya anda tidak menanggung kerugian yang teruk di dalam trading.

Hari ini, saya ingin berikan sambungan untuk bahagian 2 pula.

Anda boleh jadikan posting ini sebagai satu ilmu untuk anda perbaiki diri anda dan menjadi trader yang lebih baik dan berjaya.

Trader Bodoh & Gelojoh?

Bahagian 2:

6. Tidak ada kesabaran menunggu

Sekiranya anda jenis scalper trader, anda haruslah mempunyai kesabaran untuk menunggu semasa melihat pasaran. Sebabnya anda masuk posisi dan tutup posisi dalam masa satu dua jam sahaja.

Saya lihat, ada trader yang tak sabar-sabar nak tutup posisi. Dapat aje profit terus nak tutup. Sedangkan pada waktu itu market masih lagi dalam keadaan ada trend. Macam mana anda nak dapat profit lebih kalau anda tidak boleh sabar untuk tutup posisi? Sekiranya anda ingin tutup posisi, pastikan dah ada signal atau tanda-tanda market nak reverse, baru tutup.

Selain itu, jenis scalper trader ini juga kena duduk menghadap chart. Nak kena lihat bila masa sesuai untuk entry dan bila masa sesuai untuk exit. Sekiranya anda tidak ada kesabaran untuk duduk lama menghadap chart pasaran, macam mana anda ingin tahu waktu yang sesuai untuk entry dan exit?

Oleh sebab tidak sabarlah, ramai trader yang masuk posisi dan keluar posisi dalam keadaan yang merugikan. Tidak kena pada tempatnya.

7. Tidak withdraw keuntungan yang diperolehi

Ini lagi satu kebodohan yang dilakuakn oleh ramai trader, iaitu selepas mendapat keuntungan, mereka membiarkan sahaja keuntungan mereka di dalam akaun trading. Kebodohan mereka ini lah yang menyebabkan wang mereka habis hangus dalam sekelip mata.

Oleh sebab dunia trading ini sangat tinggi risikonya, sudah pasti akan ada naik turunnya. Jadi, sekiranya anda dapat keuntungan dari trading anda, keluarkan keuntungan tersebut dan nikmati ia. Jangan biarkan ia terlalu lama di dalam akaun trading anda.

Ya. Saya tahu ada jenis trader yang cuba untuk mencambahkan wang modal di dalam akaun trading mereka. Tetapi, sekiranya wang modal anda semakin besar, maka semakin tinggi risiko anda untuk mengawal kewangan anda.

Sepertimana banyak anda boleh mengaut keuntungan, seperti itu juga lah banyakkany anda boleh mengalami kerugian. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan lot siza yang besar.

8. Tidak ingin menutup posisi walaupun telah menanggung banyak kerugian

Sikap ini selalu dilakukan oleh trader yang berharap agar pergerakan pasaran mengikut target mereka. Walaupun pergerakan pasaran bergerak semakin jauh dari posisi, mereka tidak ingin juga menutup posisi kerana masih berharap pergerakan pasaran berpatah kembali membuat reversal.

Ini lah yang mengakibatkan kerugian yang ditanggung oleh trader semakin teruk dan akhirnya ada yang terpaksa di keluarkan oleh broker dari terus berada di dalam pasaran kerana wang mereka dagangkan telah pun habis. Lebih-lebih lagi bagi trader yang tidak meletakkan stop loss atau cut loss  posisi mereka.

Saya selalu berpesan kepada pelajar saya agar jangan sayang untuk tutup terus posisi dari terpaksa menanggung kerugian yang lebih teruk. Selalunya keadaan ini akan berlaku apabila pasaran bergerak tidak mengikut analisa yang dilakukan. Mungkin atas sebab terdapat faktor-faktor sekeliling seperti berita yang menyebabkan pasaran bergerak mengikut rentaknya yang tersendiri.

9. Trade ikut kawan, bukan ikut trend

Ini lagi satu perangai trader yang suka trade ikut kawan. Dengar aje kawan kata 'aku dah masuk posisi buy tadi', dia pun terus ikut masuk posisi. Sedangkan keadaan pergerakan trend pada waktu dia masuk dah nak habis. Kawan dia dah tutup posisi dengan profit, dia pula menanggung kerugian sebab trend dah habis.

Bukan tak ada orang jenis macam ni. Ada aje. Saya sendiri lihat ada jenis trader macam ni. Duduk sama-sama di kedai sambil cerita pasal pasaran. Dengar kawan masuk posisi, dia pun ikut masuk sedangkan dia dah terlepas signal. Sepatutnya trader ini kena tunggu signal yang seterusnya. Bukan main membuta tuli menekan posisi.

Bila dah rugi, nak salahkan siapa? Sedangkan diri sendiri yang tidak melihat signal dan trend.

 10. Tidak yakin dengan trend atau analisis yang dilakukan

Sekiranya anda sudah mempelajari ilmu trading dan ilmu teknikal analisis, hanya keyakinan sahaja yang membolehkan anda berjaya atau gagal. Kerana ada trader yang tidak yakin dengan posisi yang dilakukan.

Oleh sebab tidak yakin dan takut-takut, mereka segera menutup posisi sedangkan pada waktu tersebut pasaran bergerak mengikut trend dan analisis yang dilakukan.

Apabila melihat pasaran bergerak seperti yang dijangkakan, mereka masih lagi ragu-ragu untuk masuk posisi. Dan apabila mereka lihat pasaran bergerak semakin tinggi atau semakin rendah, baru mereka berasa yakin untuk masuk posisi. Ini satu kebodohan yang mereka lakukan. Sebab apa?

Sebab pada waktu mereka masuk posisi, trend pasaran telah sampai ke penghujung. Ini lah yang meneyebab kan mereka menanggung kerugian. Hanya kerana tidak yakin dengan trend dan analisa yang dilakukan.

Kesemua perkara yang saya sebut tadi adalah kebodohan trader dalam trading yang perlu anda elakkan. Kalau boleh, jangan sekali-kali bersikap sedemikian.

Kerana dunia trading ini sangat tinggi risiko nya. Sekiranya anda boleh mengelakkan diri dari bersikap demikian, secara tidak langsung anda juga telah mengurangkan risiko kerugian yang akan ditanggung.

Oleh itu, jangan pernah mengalah jika anda pernah tersungkur. Tapi, bangunlah kembali dan bersemangat semula untuk meneruskan perjuangan di dalam dunia trading ini.

Anda lah yang akan menentukan siapa diri anda pada masa hadapan.

 

Bagi sesiapa yang terlepas untuk baca posting bahagian 1, boleh klik SINI ya.

Anda boleh share posting ini untuk munafaat bersama.

Please follow and like us:
error

Dapatkan Ebook 'Knowledge Trading' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.