‘Self-Sabotage’ boleh rosakkan trading anda?
Apakah itu Self-Sabotage?
Selalu kita dengar perkataan sabotaj ini adalah seseorang yang cuba untuk merosakkan perancangan orang lain. Tapi kali ni diri anda sendiri yang mensabotajnya? Pelik!
Macam mana ia boleh terjadi? Takkanlah diri kita sendiri nak rosakkan diri kita pula? Anda sendiri pun setuju kan?
Kalau macam tu, apa yang kita sabotaj diri kita ni dalam trading ni?
Sekiranya anda bertanyakan kepada semua trader yang profesional tentang apakah perkara yang paling penting sekali untuk berjaya dalam trading, sudah tentu mereka semua akan menyatakan bahawa mind set yang baik merupakan salah satu perkara yang penting untuk berjaya dalam trading.
Wow! Mind Set.
Bukankah mind set ini adalah psikologi dalam minda kita? Tapi kenapa sampai merosakkan trading?
Saya boleh simpulkan ianya begini.
Sekiranya anda tahu semua ilmu tentang teknik dan indikator, anda juga tahu tentang macam mana nak menguruskan risiko dan anda sudah khatam tentang dunia pasaran. Tapi, kesemua ilmu yang anda khatam ni belum tentu membolehkan anda menjadi seorang trader yang berjaya.
Sebab apa?
Sebabnya jika anda sendiri tidak mampu untuk mengawal emosi anda, tidak guna ilmu yang anda ada ni. Anda tidak akan gunakannya pun. Selagi mana emosi mengawal minda anda, selagi itu ia akan mengatasi ilmu-ilmu anda tu.
Tak percaya?
Hal ini kerana kesemua trader mempunyai kelemahan dalam psikologi mereka sendiri. Masalah self-sabotage ini tidak akan pernah selesai selagi mana anda sendiri tidak mempraktikkan tabiat dan mind set yang baik secara konsisten.
Apakah dia elemen-elemen yang wujud bagi self-sabotage ini?
1. Tidak mengikuti perancangan yang anda buat
Ini salah satu self-sabotage yang trader banyak lakukan. Mereka sedar bahawa mereka tidak sepatutnya trade pada ketika itu. Tetapi, mereka tetap berdegil dan masuk posisi walaupun mereka sedar mereka akan menyesal suatu hari nanti.
Sepertimana anda merancang untuk trade dengan lot saiz yang kecil, tiba-tiba anda trade untuk lot saiz yang besar semasa pasaran tengah volatile. Sedangkan anda sendiri tahu kesannya. Bukankah anda telah mensabotaj trading anda sendiri?
2. Tidak menguji sistem yang anda gunakan
Apabila anda tidak menguji sistem anda terlebih dahulu hanya disebabkan perasaan malas, ini juga merupakan self-sabotage dari diri anda. Sekiranya anda trade dengan tidak menguji dahulu keberkesanan sistem anda, ia akan menjadi sebagai penghalang untuk anda membuat duit. Umpana anda meletakkan trading anda dalam keadaan bahaya.
Bukankah lebih bagus sekiranya anda menguji sistem anda terlebih dahulu? Sekurang-kurangnya anda tahu di manakah kekurangan pada sistem yang anda gunakan dan anda masih boleh perbaiki.
3. Tidak mengkaji result anda yang lepas
Sekali lagi, apabila anda tidak mengkaji atau menganalisis hasil result anda, anda telah mensabotaj diri anda sendiri. Ini merupakan self-sabotage yang anda sendiri tidak perasan.
Sekiranya anda ingin meningkatkan kualiti trading anda, anda haruslah membuat analisis terhadap result anda yang lepas. Bermula dari situ, anda boleh lihat di manakah kesilapan yang anda lakukan dan perbaiki ia kembali. Bukankah anda ingin menjadi trader berjaya?
Trader yang berjaya mestilah mempunyai mind set yang positif dan usaha yang jitu ke arah itu. Sekiranya anda hanya punyai impian tetapi minda anda sendiri telah menolak harapan bagi impian tersebut, bagaimanakah anda ingin mencapainya?
4. Menjadikan trading sebagai alat melepaskan stress
Bagaimana anda menjadikan trading ini sebagai alat melepaskan stress? Iaitu apabila anda dengan mudah menekan posisi buy atau sell tanpa melihat trend atau menganalisisnya terlebih dahulu.
Bukankah anda tahu dengan melakukan begitu, anda hanya menyebabkan trading anda musnah begitu saja. Malah, anda juga menjadikan diri anda seperti berjudi dengan trading.
Ia seakan perokok yang ketagih merokok apabila menghadapi stress sehingga ia menjadi suatu kebiasaan. Sedangkan dia tahu bahaya merokok.
Sekiranya emosi anda lebih banyak mengawal dari akal fikiran yang waras, bukankah anda hanya meletakkan diri anda sendiri juga dalam bahaya? Inilah self-sabotage yang paling dahsyat kerana ia boleh memusnahkan hidup anda dalam sekelip mata.
Walaupun self-sabotage ini memang wujud dalam diri setiap trader, namun anda mampu untuk mengubahnya dengan sentiasa berfikiran positif, memiliki mind set yang baik dan konsisten dengan kedua-dua ini.
Daripada fikiran positif ini yang akan menolak diri anda untuk membuat yang terbaik dan lebih baik dalam trading anda. Bukan sahaja trading, bahkan yang terbaik untuk kehidupan anda.
Percayalah.. Masih belum terlambat untuk anda berubah.
Terima kasih ir…
Mmg kebenaran…
Insyaallah ir…
Terbaik cikgu ir sofian…
Nasihat yg menjentik jiwa sy…
In shaa Allah sy akan follow…
Apa yg cikgu ir sofian hntr sy akan hadam 1per 1…