5.7% Dividen KWSP
Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun mengisytiharkan kadar dividen yang bakal diagihkan pada ahli KWSP bagi tahun 2016 dengan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM37.08 billion.
Walaupun kadar dividen yang diisytiharkan lebih rendah daripada tahun 2015, namun ia satu pencapaian yang baik bagi KWSP yang berdepan dengan keadaan pasaran yang sukar kini.
Bagi saya, ia juga merupakan satu usaha yang baik dari KWSP yang cuba untuk berdiiri teguh di saat ekonomi dunia dalam keadaaan sukar dan tidak stabil.
Bagi yang pernah membaca posting saya sebelum ini atau pernah menghadiri seminar saya, saya pernah maklumkan sebelum ni bahawa kita sekarang sedang berhadapan dengan bahang krisis ekonomi dunia. Anda sendiri boleh lihat keadaan ekonomi negara kita yang turut terkesan dengan bahang krisis ini. Semua negara juga turut terkesan.
Anda boleh lihat graf pergerakan kadar dividen KWSP bagi setiap tahun dalam gambar di bawah ini.
Jika anda lihat pada tahun 2008 iaitu ketika mana krisis ekonomi dunia berlaku, kadar dividen yang dikeluarkan KWSP adalah rendah berbanding tahun sebelumnya dengan kadar 4.50% sahaja.
Adakah krisis ekonomi yang akan datang ini turut memberikan kesan seperti sebelum ini?
# KWSP Pelabur Utama Dalam Bursa Saham
Sekiranya krisis ekonomi dunia berlaku, sudah tentu ia turut memberi kesan kepada pasaran saham dunia. Sepertimana sebelum ini apabila berlaku isu Brexit dan Trump diangkat menjadi Presiden US, ia telah memberikan kesan kepada pasaran saham.
KWSP yang juga merupakan pelabur utama dalam bursa saham turut terkesan dengan peristiwa-peritiwa ini sehingga kadar dividen mereka juga turut berkurang.
Bagi pendapat saya, saya tidak melarang sekiranya anda ingin melabur di dalam bursa saham. Tetapi anda sendiri boleh lihat dan fikirkan dengan waras. Apakah yang bakal terjadi kepada pelabur saham sekiranya krisis ekonomi dunia melanda?
Bagi KWSP, mereka telah mempunyai strategi-strategi yang diaturkan untuk menghadapi pasaran dunia yang semakin sukar ini. Tetapi bagi anda yang masih baru dalam dunia pasaran saham? Adakah anda juga menyediakan strategi untuk menghadapi krisis ini?
Lebih-lebih lagi putaran krisis ekonomi kali ini dijangkakan akan lebih teruk berbanding krisis yang pernah berlaku sebelum-sebelum ini. Berkemungkinan besar impak yang kita bakal terima juga adalah besar. Oleh sebab itu juga kita telah mula menerima bahang krisis ini sejak dari tahun lepas lagi.
Namun, bermula tahun ini, keputusan KWSP akan dipecahkan kepada Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi pengumuman keputusan suku tahun dan tahunan. Adakah kedua-dua simpanan KWSP ini akan mampu bertahan bagi menghadapi kesukaran pasaran saat krisis ini?
Jom kita lihat sedutan video dari berita RTM mengenai pengisytiharan kadar dividen KWSP di bawah ini.