Jepun adalah Penjajah!
#Kajian Kes 1
Siapa yang tak tahu Jepun ini dulu adalah penjajah?
Semua dari kita tahu bahawa bendera putih yang ada bulatan matahari ditengahnya ialah negara Jepun yang pernah menawan tanah Malaya satu ketika dahulu. Tentera mereka telah mendarat di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 dab berlaku peperangan yang sanga sengit antara Jepun dan tentera British.
Akhirnya, mereka mengaku kalah dari menjadi penjajah apabila 2 bandarnya telah musnahkan dalam serangan bom atom nuklear di Hiroshma dan Nagasaki pada tahun 1945 oleh Amerika .
#Kajian Kes 2
Pada abad ke - 18 iaitu pada penghujung tahun 1800 negara Jepun pernah diiktiraf sebagai trader no 1 dunia. Pada masa ni negara kita masih belum lagi mendapat kemerdekaan. Tanah Melayu masih dijajah oleh negara luar. Ada negeri yang dijajah oleh Belanda, ada juga yang dijajah oleh British.
Tapi, berlainan pula di negara Jepun. Negara mereka pada abad ke -18 ini sudah mula naik di mata dunia apabila mereka diiktiraf menjadi trader no 1 di dunia.
Munehisa Homma adalah seorang samurai Jepun yang hebat dan terlibat di dalam perdagangan beras Jepun sehingga ke peringkat dunia. Ilmu beliau di dalam perdagangan telah menjadikan negara Jepun negara yang berwibawa.
Namun, selepas ilmu perdagangan tersebut dipelajari oleh Steve Nison dan ia dikenali sebagai Candlestick chart, nama Steve Nison mula meningkat naik yang mana rata-rata semua orang mengenalinya dan menggunakan ilmu Candlestick Chart beliau.
Tak ada siapa kenal En Munehisa Homma. Semua hanya mengenali Steve Nison sebagai pencetus revolusi chart alaf baru walaupun asal pencetus kepada ilmu trading ini adalah warga Jepun.
#Kajian Kes 3
Siapa yang tak pernah mengenali kereta berjenama Honda & Toyota? Saya rasa semua orang pun tahu kereta jenama Honda dan Toyota yang merupakan jenama dari Jepun. Antara salah satu kereta berjenama yang tinggi maintainance nya. Namun, ia sangat berkualiti. Malah, ramai anak muda yang masih belajar atau baru bekerja sudah memakai kereta jenama ini.
Kereta jenama Honda telah diterbitkan pada 9 tahun sebelum Malaysia mendapat kemerdekaan dan pada tahun 1959 iaitu 2 tahun selepas negara kita merdeka, mereka telah menempa nama sebagai pengeluar motosikal terbesar dunia.
Sekarang, anda pergi je ke mana sahaja di dunia ini. Pasti jenama-jenama ini tetap menjadi hidangan santapan mata di jalan raya. Teknologi dari Jepun yang cukup 'power' menjadikan jenama mereka ini terkenal di persada dunia.
Banyak lagi sebenarnya kejayaan dan contoh yang boleh kita teladani dari negara Jepun. Dahulu, semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau juga cuba mengambil contoh dari negara Jepun dengan mengeluarkan 'Dasar Pandang Ke Timur'.
Kerana apa? Anda sendiri juga pasti inginkan sesuatu barang atau teknologi dari Jepun kan? Anak-anak muda dengan jam Gshock nya. Suri rumah dengan perkakas dan perlatan dari Jepun seperti Panasonic dan banyak lagi.
Apakah yang membuatkan Jepun sebagai sebuah negara yang istimewa? Sedangkan negara mereka hanya kecil sahaja.
Mengapa Jepun menjajah?
Haa.. kenapa Jepun ni boleh menjajah banyak negara? Selain Tanah Melayu, Jepun juga pernah menjajah Indonesia, China, Taiwan, New Guinea, Korea, Burma dan beberapa wilayah seperti Sakhalin, Manchuria, serta Kepulauan Salomon.
Apakah yang ada pada Jepun sehingga mereka begitu hebat untuk menjajah?
1) Mereka mempunyai tamadun yang lebih awal
Jepun mempunyai tamadun yang lebih awal daripada negara lain. Tamadun Jepun berkembang dengan lebih cepat dengan keadaan negaranya yang kaya dengan sumber dan hasil bumi, terutamanya arang batu.
Kalau nak ikutkan dari peninggalan sejarah barang Jepun, sejak 5000SM lagi sudah ada alat-alatan tinggalan zaman tersebut yang penuh dengan kehalusan seni dan corak yang luar biasa. Nampaknya dari zaman orang pakai baju dari kulit binatang pun Jepun dah maju dulu.
2) Mereka mempunyai perancangan
Orang-orang Jepun juga mempunyai perancangan dalam setiap apa yang mereka lakukan. Untuk mendapatkan rakyat yang bijak, kerajaan Jepun telah memberikan pendidikan sekolah rendah dan menengah rendah selama 9 tahun secara percuma kepada rakyatnya. Bermula umur 6 tahun hingga 15 tahun mereka diwajibkan bersekolah untuk mendapatkan pendidikan.
Pendidikan di Jepun juga menitikberatkan pengetahuan politik dan kebebasan agama dalam usaha melahirkan rakyat yang baik. Sebab itu dari keci lagi mereka telah diajar untuk mengemas, membersihkan kelas, saling tolong menolong antara satu sama lain, menjaga kebersihan diri dan tempat belajar.
Mungkin juga kerana mereka tahu dan sedar bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Untuk itu, bagi mendapatkan rakyat yang baik mereka mendidiknya bermula dari seawal usia lagi.
3) Mereka mempunyai ilmu pengetahuan
Soal pendidikan sangat penting bagi negara Jepun kerana ilmu pengetahuan yang bakal membawa Jepun dan generasi seterusnya maju kehadapan.
Jika pada zaman pembentukan Jepun iaitu dalam tahun 621M, Jepun telah menghantar pelajar-pelajarnya ke luar negara seperti China, Korea dan lain-lain tempat untuk menimba ilmu pengetahun daripada negara mereka.
Maka, pelajar-pelajar Jepun ini lah yang pulang dan membawa balik ilmu sains dan kesusasteraan, mengeluarkan idea-idea tentang sistem politik dan pentadbiran, kebudayaan dan pelajara. Pada masa ini juga berlaku pengaliran masuk idea-idea, pemikiran dan nilai-nilai moral agama Buddha dan Konfucius ke negara Jepun.
Selain itu, bagi sistem pendidikan di Jepun, waktu persekolahan di Jepun lebih panjang dibandingkan dengan sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Sekolah-sekolah ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, dan pada hari Sabtu, pelajar-pelajar di Jepun tetap menghadiri kelas selama setengah hari.
Mungkin disebabkan waktu pembelajaran mereka lebih panjang, maka pelajar-pelajar Jepun lebih cerdik dan bijak daripada pelajar di Amerika Syarikat.
.
.
Cuba anda lihat video di bawah ini. Lihat bagaimana pendidikan dan terapan nilai budaya dan adab mereka sedari dari kecil.
Apa yang penting adalah JEPUN mempunyai minda yang terbuka untuk maju. Tapi, orang yang tidak terbuka mindanya ini, mereka lah yang akan di JAJAH!
Anda boleh dapatkan posting asal di Facebook fanpage saya.