Gelombang Emas?

Sedarkah anda akan kedatangan semula 'wave gold'?

Apa?? Anda tidak tahu?

Rugi.. Rugi.. sekiranya anda tidak tahu akan keadatangan gelombang emas ni. Sebab inilah dia masa untuk anda rebut peluang menjadi kaya, dapatkan keuntungan berlipat ganda, tambahkan kekayaan dan buat persiapan menghadapi krisis ekonomi dan inflasi.

Anda ingin tahu dengan jelas macam mana wave gold ini boleh terjadi?

Sekiranya anda lihat pada pergerakan pasaran emas , anda akan dapati terdapatnya 3 fasa turun dan naik bagi emas seperti di bawah ini.

Anda akan dapati kitaran turun dan naik harga emas ini adalah dalam masa 5 tahun.

Fasa 1 : Emas Naik

Fasa 2: Emas Turun

Fasa 3: Emas Naik

Adakah anda sudah bersedia dengan kedatangan semula gelombang emas ini?

#Fenomena Gold Yang Baru

Sebenarnya kita sedang berada dalam satu fenomena yang baru. Jika sebelum ini, anda boleh lihat keadaan harga emas sentiasa menaik. Sejak dari tahun 1990 hinggalah ke puncak tahun 2011 yang merupakan harga emas paling tertinggi.

Namun, selepas dari itu, harga emas menunjukkan penurunan yang ketara. Adakah harga emas jatuh? Saya melihat pada waktu itu, ramai orang yang menjual kembali emas mereka kerana mereka sangka nilai emas telah jatuh dan hanya membawa kerugian kepada mereka.

Sebenarnya pandangan mereka ini silap. Emas bukan jatuh, tapi emas sebenarnya cuba mengambil nafas baru sebelum membuat sekali lagi pendakian yang lebih tinggi.

Ini memang lumrah perjalanan pasaran emas yang mempunyai naik dan turun. Bagi yang tidak biasa mungkin mereka tidak faham mengapa emas turun. Tapi ini lah dia perjalanan emas.

Saya berikan kepada anda perumpamaan yang mudah untuk anda dapat lihat dengan jelas bagaimanakah lumrah perjalanan pasaran emas ini.

Ia umpama seperti mana anda mendaki sebuah bukit yang tinggi. Selepas anda membuat pendakian, anda akan berhenti berehat seketika untuk mengambil nafas dan mengumpul tenaga kembali bagi meneruskan pendakian yang lebih tinggi. Jika anda tidak berhenti, anda tidak akan mampu sampai ke puncak kerana tenaga anda telah kehabisan.

Begitulah samanya ragam pasaran emas yang ada naik dan ada turunnya. Setelah naik, ia akan turun sebentar untuk mengambil nafas dan tenaga baru. Setelah cukup mengumpul tenaga, baru emas akan naik semula dengan lebih tinggi dari sebelumnya.

Selain itu, anda boleh lihat lagi satu perumpaan yang lebih dekat dengan 'wave gold' ini. Cuba anda lihat orang yang bermain dengan wind surfing. Mereka menggunakan papan luncur dan cuba bermain-main dengan ombak. Setiap kali ombak datang, mereka akan cuba mengikuti ombak tersebut.

Jika anda lihat akan ada satu ombak besar yang datang hanya sekali. Dari situ mereka akan ambil peluang untuk masuk ke dalam wave tersebut.

Namun, jika orang tersebut tidak mempunyai skill, maka mereka akan tenggelam di dalam wave tersebut. Hanya latihan dan kecekalan yang akan membawa mereka berjaya keluar dari wave tersebut dalam keadaan masih berdiri teguh di atas papan luncur mereka.

Begitulah juga pada emas. Sekiranya anda ingin masuk ke dalam wave gold, anda kena lakukan persiapan awal agar apabila wave gold tersebut sampai, anda sudah mempunyai segala kelengkapan diri.

Biarpun krisis melanda, anda sudah bersiap sedia dengan memegang emas sebagai aset anda.

#Gold Naik & Turun

Apakah sekiranya emas naik dan emas turun akan merugikan anda? Atau bagi anda jika emas naik anda akan untung dan jika emas turun anda akan rugi?

Tidak! Emas ini sebenarnya sangat unik dan istimewa kerana walaupun harganya naik atau turun, ia tetap memberi munafaat kepada kita. Bagaimana?

Saya tunjukkan kepada anda dua contoh yang mudah.

1. Bagi anda yang melabur di dalam emas fizikal

Sekiranya harga emas turun, anda boleh beli emas dengan harga yang murah. Lagi rendah harga emas turun, lagi banyak gram yang anda boleh beli. Maka, anda akan mempunyai emas yang lebih banyak dari harga yang biasa.

Namun, apabila harga emas naik, nilai emas yang anda miliki telah menjadi lebih berganda. Untung tak anda? Untunglah, sebab anda dapat keuntungan dari kenaikan harga emas. Nak jual emas anda kembali pun boleh.

Tapi saya sarankan anda simpan lagi emas tersebut dalam tempoh beberapa tahun untuk anda dapat keuntungan yang lebih tinggi. Ini bagi pelabur emas yang berminat untuk jual beli emas lah.

Bagi pelabur emas yang minat membeli dan menyimpan emas, ia tidak menjadi satu masalah untuk anda terus menyimpan emas anda. Mungkin suatu hari nanti anda boleh wariskan emas anda kepada anak-anak anda sebagai penerus kekayaan anda. Sebab mungkin zaman anak-anak anda harga emas dah jauh lebih tinggi dari zaman sekarang.

2. Bagi anda yang melabur dalam perdagangan online

Bagi anda yang trading gold, ia memang satu peluang yang besar buat anda untuk mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Sebab apabila harga emas naik atau turun, anda dapat masuk posisi buy atau sell. Dari sini anda akan dapat keuntungan hasil trading anda.

Tidak kira sama ada anda trade secara scalper atau secara swing trader, anda tetap dapat membuat keuntungan dari pergerakan naik dan turun harga emas tersebut.

Jadi, adakah anda akan rugi sekrianya emas naik dan turun lagi??

#Rebut Peluang 'Wave Gold'

Apa yang anda tunggu lagi??

Gelombang emas akan tiba tidak lama lagi. Jadi, anda harus membuat persiapan awal bagi merebut peluang dari gelombang emas ini. Bila nak mula??

Mulalah dari sekarang kerana bila-bila masa sahaja harga emas boleh shoot up. Sekiranya anda tidak tahu bagaimana cara untuk memulakan pelaburan anda, anda boleh mulakan dengan membeli emas bar 1 gram atau beli syiling emas 1 auns.

Inilah saatnya untuk anda merubah hidup anda menjadi lebih baik kerana di saat harga emas naik, keadaan ekonomi dunia akan berada dalam situasi yang sangat lemah. Oleh itu, hanya emas sahaja yang mampu mengekalkan kekayaan anda dan menelan inflasi yang tengah berlaku.

Bukan sekali saya sebut mengenai perkara ini. Tapi sudah berkali-kali saya nyatakan betapa pentingnya untuk anda memiliki emas, atau melabur dalam emas agar anda dapat melindungi kewangan anda dan keluarga anda dengannya nanti.

Isu krisis ekonomi dunia bukanlah satu isu yang biasa-biasa. Ia akan menyebabkan ramai orang terpaksa diberhentikan kerja dan banyak syarikat atau kilang yang terpaksa juga ditutup atau dijual. Setiap kali krisis berlaku, memang inilah situasinya yang akan terjadi.

Oleh itu, saya ulang sekali lagi. Gelombang emas akan datang tidak lama lagi. Mungkin tahun ini atau mungkin dalam tahun depan. Apa pun, saya mengharapkan anda agar sentiasa mengambil peluang terbaik ini untuk mengubah cara hidup anda supaya hidup anda tidak terus berada dalam kesempitan.

Jangan biarkan diri anda menyesal dikemudian hari kerana anda tidak ingin bertindak sekarang.

Anda boleh SHARE posting ini supaya ia memberi munafaat kepada orang lain juga.

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.