Duit Raya Oh Duit Raya

Raya tinggal lagi 3 bulan sahaja, macam mana dengan persiapan? Anda dah start kumpul duit untuk raya nanti ke? Haa.. kalau belum lagi, bahaya tu. Raya nanti nak pakai banyak duit tu. Lebih-lebih lagi bagi anda yang nak pulang ke kampung halaman yang jauh. Kalau naik kereta, nak tanggung kos minyak kereta lagi, tol lagi, duit kecemasan pun nak kena stand by takut-takut kereta rosak masa dalam perjalanan.

Yang tak balik raya pun sama juga. Nak beli lauk pauk untuk raya lagi, Kueh raya lagi. Lagi-lagi yang nak buat rumah terbuka. Haa.. semuanya perlukan duit. Betul tak? Belum lagi kalau ada budak-budak atau sedara datang beraya. Nak kena hulur duit raya kan, paling kurang pun RM 1.00 dalam sampul angpau kan?

Budak zaman sekarang ni dah lah lain macam. Bagi seringgit pun kata sikit, kedekut. Betul tak? Haa... Jadi, bulan-bulan macam ni lah anda dah kena buat persiapan untuk kumpul duit raya. Nanti nak beli baju raya lagi kan? Lagi-lagi yang nak sedondon. Betul tak?

Jadi, jom  follow saya. Kita tengok apa dia tips-tips nak buat duit raya ni. Orang kata, tak dapat beraya sakan pun tak apalah, janji dapat rasa betul-betul macam beraya.

Untuk buat duit raya ni, anda ada 2 teknik yang anda boleh gunakan sama ada anda buat duit raya secara face to face atau anda buat duit raya secara atas talian (online). Selain daripada anda kumpul duit tiap-tiap bulan, anda boleh tambah lagi pendapatan untuk duit raya anda melalui 2 teknik ini.

#1 Main Duit Kutu

Haa.. kalau anda rasa susah sangat nak kumpul duit raya ni tiap bulan, apa kata anda ajak kawan-kawan anda atau sedara mara anda untuk sama-sama join anda main duit kutu. Lepas tu, anda pilih lah giliran dapat duit kutu masa puasa atau masa raya. Masa anda nak guna duit raya tu lah. Tapi main duit kutu ni, nanti bergaduhlah. Semua nak dapat duit untuk raya. Kan?

Kalau ambil masa puasa, boleh buat tambang balik kampung. Kalau ambil masa raya, boleh buat rumah terbuka. Haa.. nampak tak? Cara macam ni mudah sikit tanpa anda perlu bersusah payah atau berpenat lelah. Berapa banyak anda nak dapat itu terpulang kepada berapa nilai wang yang anda main. Banyak anda letak, ramai orang join, banyaklah anda dapat.

Dari sini pun anda dah boleh buat bajet. Aturkan macam mana cara anda nak uruskan duit kutu anda masa raya nanti. Perancangan yang bagus ni boleh menyebabkan anda tidak sesak masa beraya nanti. Kiranya, janganlah anda perabis duit kutu tu masa puasa. Simpan sikit untuk raya atau lepas raya.

#2 Menyediakan Perkhidmatan

Anda juga boleh buat duit raya dengan menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai. Perkhidmatan yang macam mana ni ye?

Haa.. anda fikirkanlah sesuatu perkhidmatan yang boleh dapat duit segera. Macam contohnya, anda ambil upah basuh baju, bersihkan kebun, kemaskan rumah, ambil upah hantar orang ke pasar atau ke suatu tempat macam driver uber, dan banyak lagi lah perkhidmatan yang anda boleh berikan.

Kalau anda ada kemahiran tertentu, lagi bagus. Anda boleh gunakan kemahiran anda untuk buat duit raya. Macam anda ambil upah ambil gambar kahwin, buat kelas tuisyen, buatkan tesis orang, buatkan ujikaji spss student, ambil upah welding atau wiring rumah orang, upah mengecat rumah atau kereta, dan banyak lagi.

Apa pun, kalau anda nak buat duit raya dengan sediakan perkhidmatan ni, pastikan anda fokus pada satu perkhidmatan aje. Jangan tamak atau melebih-lebih. Takut nanti anda sendiri tak boleh nak cover buat semua benda. Dah jadi satu masalah nanti.

Orang kata, pentingkan kualiti bukan kuantiti. Anda pun setuju kan?

#3 Jadi Agen atau Dropship

Untuk jadi agen atau buat dropship ni, anda kenalah ada internet sebab nak tarik pelanggan yang ramai kenalah secara online. Sekarang ni ramai dah orang beli secara online je. Bak kata pepatah, semuanya dihujung jari. Betul tak?

Kalau anda dapat jual 1 barang dapat upah RM10, sehari anda dapat jual 5 barang anda dah dapat RM50. Kali pula dengan sebulan ada 30 hari, anda dah dapat Rm1,500. Itu baru sebulan. Kalau 3 bulan ni? Haa.. anda dah dapat RM4,500. Itu baru anda jual 1 barang. Kalau anda dapat jual lebih? Beraya sakan lah anda nanti.

Cumanya, kalau anda jadi agen dropship ni anda kenalah rajin post barang-barang jualan anda. Dapatkan tips-tips pemasaran daripada stokis atau HQ anda. Barulah anda boleh tarik lebih ramai pelanggan bila kena dengan caranya.

Macam ayat yang selalu saya bagitahu sebelum-sebelum ni, nak buat sesuatu biar ada ilmunya. Jangan main semberono aje. Nak buat iklan pun kena ada teknik. Jadi anda kena dapatkan fast tarck punya teknik sebab nak dapat duit raya kan?

Anda perlu berguru dengan orang yang ada menyediakan produk yang sedang 'hot' dalam pasaran macam barangan hipster ataupun tudung. Kalau boleh anda bertalakki dengan orang ini. Jikalau tidak, anda akan buat mistake dan kesannya lagi parah. So, start dari sekarang teropong siapa yang boleh membimbing anda.

#4 Berniaga atau Berbisnes

Haa... ini perkara paling koman sekali kalau cakap pasal nak buat duit raya. Asal nak buat duit raya aje, mesti kena berniaga atau buat bisnes. Tak kisah lah berniaga secara online ke, atau meniaga di bazaar Ramadhan ke, niaga rumah ke rumah ke, buka gerai ke, atau anda jual baju raya ke, ambil upah menjahit ke, semualah yang anda boleh niagakan sewaktu musim nak puasa atau raya ni.

Sekiranya anda pandai berniaga, sudah tentu anda senang-senang aje dapat buat duit raya. Saya pasti ramai orang di luar sana yang hampir 80% jadikan perniagaan atau bisnes sebagai salah satu punca pendapatan untuk dapatkan duit raya. Anda setuju tak?

Ada yang sanggup belajar buat kueh raya, belajar cara pemasaran yang betul, belajar uruskan kewangan dan bisnes, dan macam-macam lagi sebabnya mereka tak nak perniagaan mereka jadi sia-sia. Anda pula macam mana orangnya?

Lagi best kalau dari sekarang anda sudah usahakan untuk dapatkan gerai di bazaar ramadhan. Untuk tujuan gerai ramadhan ini, anda boleh buat 2 strategi sama ada anda sendiri nak berniaga atau anda sewakan kepada orang lain yang memang sudah ada perniagaan. Hendak seribu daya kan! So cer start risik-risik sebelum terlambat.

#5 Melabur Jangka Pendek

Selain daripada anda buat bisnes untuk cari duit raya, anda juga boleh membuat pelaburan jangka pendek. Pelaburan macam mana tu? Kalau melabur ASB pun nak kena tunggu setahun baru boleh dapat keuntungan, yang ini macam mana pula?

Sebenarnya tips yang ini adalah hasil perkongsian student saya yang berjaya buat duit raya pada tahun lepas  selepas menyertai program TG4M. Amount yang beliau dapat dalam RM32,000 hanya dalam masa sebulan. Tips ini kami share kan dari kes study yang betul.

Anda boleh baca posting tentang beliau di SINI..

Beliau buat duit raya hanya dengan trading GOLD. Trading GOLD ini adalah salah satu pelaburan dalam perdagangan online. Anda ada pc, ada internet, ada sistem yang baik dan teknik yang betul, anda dah boleh buat duit raya.

Macam anda semua tahu lah, GOLD ni adalah precious metal. Dalam dunia perdagangan, harga gold ni akan ada naik dan turunnya. Tapi, anda tak perlu risau sebab walaupun harga gold ni naik atau turun, anda tetap dapat buat duit dengan kedua-duanya.

Ini bukan scam. Ini saya cakap benda yang betul. Sebelum anda melakukan apa-apa pelaburan, anda nak kena ada ilmu pelaburan tu dulu. Baru lah pelaburan yang anda lakukan berada di landasannya. Sama juga kalau anda nak berniaga, berbisnes, anda nak kena ada ilmu berniaga. Baru lah anda bisnes anda berjaya.

Anda ingat kalau nak berniaga ni boleh main hentam niaga je ke? Tak payah ada ilmu? Salah tu! Ramai je orang yang berfikiran macam tu, tapi akhirnya kecundang. Lepas tu katalah niaga ni tak laku, ada orang buat lah, itu lah , ini lah, Tapi sebenarnya cara dia yang tak betul.

Kalau anda kata 'alah, nak melabur mesti nak kena ada modal'. Adik, kakak, abang, meh sini saya nak bagitahu. Anda buat apa pun sekarang ni, semua memerlukan modal. Nak berniaga kena ada modal, nak main kutu pun nak kena ada duit nak bayar tiap bulan, nak bagi perkhidmatan kat orang pun anda nak kena dahulukan wang anda untuk barang atau alatan service tersebut. Nak jadi agen dropship pun anda nak kena modal untuk internet.

Sebenarnya ini adalah soal mind set. Kalau mind set anda tak betul, agak sukar untuk anda buat duit raya dalam masa 3 bulan ni. Tapi, sekiranya anda boleh mengubah mind set anda dan berusaha ke arah tersebut, saya pasti selepas tu anda akan tersenyum puas dengan apa yang anda dapat balik. Betul tak?

So apa tindakan anda lepas ni?

Anda boleh pilih mana-mana saja tips di atas untuk buat duit raya anda tahun ni. Kalau anda berminat nak buat duit raya dengan melabur dalam trading gold, jangan segan silu. Hubungi aje admin saya dan maklumkan. Saya dan team saya akan guide anda buat duit raya.

Anda boleh klik SINI.

Jika anda tak biasa dengan trading gold, anda juga boleh gunakan platform stock market kerana buat masa sekarang ni market nya tengah cantik. Anda boleh melabur di situ.

Apa pun, pokok pangkalnya adalah dari hati anda dan tindakan anda sendiri untuk mendapatkan ilmu. Masih belum terlambat lagi untuk anda mengorak langkah dan memilih di antara 5 tips yang saya sediakan tadi untuk anda dapatkan duit raya.

Anda juga boleh apply kan lebih dari satu tips seperti anda main duit kutu dan anda jadi agen dropship. Semuanya terserah kepada diri anda. Sekiranya anda rasakan anda boleh lakukan, teruskan usaha anda. Saya mendoakan anda berjaya dan saya berharap raya kali ini anda akan dapat pengalaman yang manis bersama keluarga.

"Orang yang berjaya adalah orang yang sanggup bertundak untuk berubah. Adakah anda orang itu?" -Ir Sofian-

Anda boleh SHARE kan ilmu bermunafaat ini. Lepas ini kami akan berikan lebih banyak lagi ilmu dan tips-tips yang bermunafaat untuk anda.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.