Bitcoin Currency?

Sejak akhir-akhir ni saya asyik melihat berita mengenai Bitcoin. Yang terbaru adalah nilai matawang Bitcoin ini telah mengatasi nilai Gold di pasaran. Wow.. Apa yang menarik mengenai Bitcoin ni?

Bagi orang di luar sana, mungkin ramai lagi yang masih blur dengan matawang Bitcoin ni. Tak pernah dengar pun sebelum ni. Jadi, di sini saya nak kongsi serba sedikit tentang apa itu matawang Bitcoin supaya anda tidak ketinggalan sesuatu info yang sangat berguna.

Mungkin lebih mudah untuk anda faham jika saya buat info ini berbentuk questionnaire sebab ia adalah persoalan-persoalan yang selalu bermain di minda kita sebenarnya.

1. Apa itu Bitcoin?

Jawapan: Bitcoin adalah merupakan cryptocurrency dan sejenis sistem pembayaran secara digital. Ia adalah sejenis matawang digital yang dicipta dan digunakan secara elektronik.

Kalau anda lihat zaman sekarang ni, ramai yang sudah mula membeli barangan melalui atas talian (online). Oleh itu, kewujudan Bitcoin memudahkan pengguna yang ingin membeli barangan secara online dengan syarat pihak penjual juga mempunyai akaun Bitcoin.

Untuk pemahaman lanjut, anda boleh saksikan video di bawah ini mengenai Bitcoin.

2. Apa tu cryptocurrency?

Jawapan: Crypto currency atau matawang crypto adalah aset digital yang direka untuk bekerja sebagai medium pertukaran menggunakan kriptografi untuk memastikan urus niaga berjalan lancar dan untuk mengawal penciptaan unit tambahan mata wang sepertimana yang dilakukan pada wang kertas.

Jika anda lihat penggunaan matawang kertas, pihak bank yang akan mengawal pengeluaran matawang kertas. Namun tidak pada Bitcoin.

3. Siapakah yang mencipta matawang Bitcoin ni?

Jawapan: Matawang Bitcoin ini dicipta oleh seorang software developer yang bernama Satoshi Nakamoto. Walaupun beliau memperkenalkan Bitcoin, namun selepas setahun, beliau telah menghilangkan diri dari sebarang penglibatan dalam Bitcoin.

Pada awal-awalnya, beliau dianggarkan telah dilombong sebanyak 1 juta Bitcoin. Sebelum menghilangkan diri, beliau telah menyerahkan segala tugasnya kepada Gavin Andresen yang kemudiannya menjadi pemaju utama Bitcoin di Yayasan Bitcoin. Hingga kini, tiada siapa yang tahu akan wajah sebenar pencipta Bitcoin ini.

4. Bilakah matawang Bitcoin ini dicipta?

Jawapan: Matawang Bitcoin ini dicipta pada 31 Oktober 2008 dan di keluarkan secara rasmi pada tahun 2009.

5. Apa tujuan Bitcoin ini dicipta?

Jawapan: Tujuan Bitcoin ini dicipta adalah sebagai langkah alternatif untuk sebarang pembelian barang secara online. Disebabkan dunia semakin maju dengan teknologi, maka semakin hari semakin ramai yang berurusan hanya melalui maya.

Jadi, kewujudan Bitcoin ini sudah pasti mampu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi akan datang. Ia memudahkan urusan transaksi atas talian dengan hanya memiliki dan menggunakan matawang Bitcoin.

6. Adakah nilai Bitcoin ini dikawal oleh pihak bank seperti mana Ringgit Malaysia?

Jawapan: Tidak. Nilai Bitcoin ini tidak dikawal oleh mana-mana pihak bank mahupun sesiapa kerana ianya tidak dicetak seperti matawang lain.

7. Apakah ia menjadi satu kelebihan buat pengguna jika Bitcoin ini tidak dikawal oleh pihak bank?

Jawapan: Sudah tentu. Oleh kerana ia tidak dikawal oleh mana-mana sistem perbankan dunia, jadi pengguna Bitcoin boleh terus memindahkan wang mereka ke akaun Bitcoin orang yang mereka sedang berurusan tanpa melalui bank.

Apabila urusan transaksi matawang Bitcoin ini tidak melalui bank, maka tiada siapa yang akan dapat tahu tentang transaksi tersebut. Macam transaksi tersembunyilah katakan. Tiada siapa yang tahu berapa jumlah transaksi, dari siapa untuk siapa, pada waktu bila ia berlaku dan untuk apa tujuan tersebut. Semuanya adalah rahsia.

Kalau anda perasan, sistem transaksi online yang kita selalu gunakan selalunya memerlukan pihak ketiga seperti bank atau seumpama dengannya seperti Paypal untuk melakukan sebarang transaksi online. Namun tidak pada Bitcoin. Ia betul-betul hanya melibatkan anda dan penerima transaksi tersebut.

Inilah yang uniknya tentang Bitcoin.

8. Kalau Bitcoin tidak dikawal oleh pihak bank, adakah ia juga akan mempunyai kelemahan tersendiri?

Jawapan: Ya. Oleh sebab Bitcoin tidak dikawal oleh pihak bank, ianya lebih terdedah kepada penipuan (fraud). Bagi orang yang ada ilmu yang hebat tentang programmer coding, mereka sudah tentu saja boleh jadikan diri mereka seorang jutawan Bitcoin.

Mereka hanya perlu menggodam sistem coding Bitcoin dan memiliki Bitcoin mereka sendiri. Kalau kita, kita panggil scammer lah.

9. Bagaimana untuk menggunakan Bitcoin ini kalau ia tidak dikawal oleh mana-mana pihak?

Jawapan: Kalau anda ingin menggunakan Bitcoin, anda haruslah mempunyai akaun Bitcoin. Bitcoin anda pula akan disimpan di dalam digital wallet yang anda boleh simpan di dalam komputer atau dalam website. Anda juga boleh memiliki sebanyak mana wallet dan alamat bitcoin yang anda mahu.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan software Bitcoin di dalam Tor untuk mengelakkan daripada IP anda dijejak.

10. Adakah Malaysia juga mempunyai Bitcoin?

Jawapan: Ya. Di Malaysia juga sudah ada pengguna Bitcoin. Bermula tahun 2014, Numoni Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura telah melancarkan 2 mesin ATM pertama Bitcoin di Malaysia yang terletak di dua lokasi iaitu di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur dan juga di Gurney Plaza, Pulau Pinang.

11. Bagaimana penerimaan Bank Negara Malaysia terhadap matawang Bitcoin?

Jawapan: Bank Negara Malaysia tidak menerima dan tidak mengakui penggunaan matawang Bitcoin malah menolak sekeras-kerasnya penggunaan Bitcoin di Malaysia. Mereka menasihatkan agar masyarakat tidak terjebak dalam penggunaan Bitcoin kerana operasi Bitcoin ini tidak dikawal selia oleh Bank Pusat.

Namun, tiada sebarang halangan sekiranya ada yang menggunakannya. Cuma pihak Bank Negaar Malaysia meminta agar masyarakat berhati-hati dengan pelbagai risiko yang mereka akn tanggung akibat penggunaan Bitcoin tersebut.

12. Sekiranya Bitcoin digunapakai di Malaysia, adakah ia halal dan patuh syariah?

Jawapan: Sekiranya Bitcoin digunapakai di Malaysia, anda harus lihat ia dari dua perspektif. Sekiranya Bitcoin disepakati sebagai matawang, maka sudah tentu hukum Shariah Bai' Al-Sarf digunapakai. Bai' Al-Sarf adalah jual beli matawang dengan matawang sama ada sama jenis atau lain jenis atau kita panggil pertukaran matawang (currency exchange). Hukumnya sama seperti hukum jual beli emas, perak dan duit kertas.

Tapi, jika ia dianggap sebagai komoditi digital sahaja, maka jual beli berkaitan dengannya adalah terserah kepada anda. Apa pun, mungkin kita boleh tunggu majlis agama membuat penyelidikan tentang Bitcoin ini sebelum mengeluarkan fatwa mereka.

13. Bagaimana saya nak mendapatkan matawang Bitcoin ini di Malaysia?

Jawapan: Kalau anda ingin mendapatkan Bitcoin, anda boleh beli secara online atau melalui mesin ATM Bitcoin. Anda juga boleh mendapatkan Bitcoin dengan melombong (mining) Bitcoin.

Namun, melombong Bitcoin ni tak sama macam orang melombong emas atau perak tau. Melombong Bitcoin ini perlukan mesin yang akan run coding untuk Bitcoin. Sebenarnya kalau kat Malaysia tak ramai yang nak buat mining ni sebab kos nya mahal. Penggunaan mesin yang mining Bitcoin ni akan bergerak 24 jam.

Selain bunyi bising, mesin ni juga akan menarik penggunaan elektrik yang sangat tinggi. Kos elektrik kat Malaysia pun dah tinggi, tak berbaloi buat mining sendiri. Sebab tu saya lihat ramai pengguna Bitcoin yang join miner dari luar seperti di China.

Macam mana dengan info tentang Bitcoin ni?

Kalau anda rasa info ini bermunafaat, anda boleh LIKE dan SHARE posting ini..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.