Ada sesiapa yang follow berita FOMC pagi ni? Saya sendiri tak sangat. Sangat mengejutkan pergerakan market semasa FOMC.
Saya sendiri menjangkakan market gold akan turun sebab fundamental banyak menyatakan US akan hike rate. Macam biasa, kalau US menaik, gold pasti akan menurun.
Tapi, macam biasa. Mr. Market kan! Kita tak dapat nak jangka. Dia akan ikut pergerakan dia sendiri.
Anda sendiri boleh lihat bagaimana keadaan market sebelum dan selepas FOMC seperti di bawah:
Sebelum
Selepas
Anda sendiri boleh lihat macam mana berita FOMC ni mampu menyebabkan volatile pada market gold. Sebab tu saya tak bagi student saya trade waktu berita. Tengok price sekali pergi sampai hampir 2000 pips.
Ikutkan dalam chart saya sebelumni dah ada dah figure2 tu. Malah pada pandangan peribadi saya, gold memang sepatutnya akan naik atas sebab wave dia dah cukup tinggi. Macam baru-baru ni dia cuba naik, tapi separuh jalan tak sempat naik dah kena tarik semula ke bawah.
Anda boleh tengok chart tf H1 di bawah.
Kenapa jadi macam tu?
Pada pandangan saya, ada 2 kemungkinan.
- Gold 'dipaksa untuk naik sebab nak buat correction sebelum ia turun lebih jauh lagi untuk menyambung bearish trend. Yelah, sebab hukum wave dalam chart ia memang perlukan turun dan naik untuk membentuk trend.
- Gold akan terus naik sebab di dalam news tindakan trader adalah bukan seperti yang kita boleh jangkakan. Kan satu dunia menonton pergerakan chart malam tadi. Masing-masing menunggu keputusan FOMC. Jadi, maybe ada pihak tertentu planning something untuk bawa hala tuju market gold.
Tapi pada kebiasaannya FOMC akan membawa trend untuk tempoh yang lama bukan macam NFP yang berkesan dalam tempoh 1 bulan aje.
Tak apa. Kita tengok aje macam mana pergerakan market gold hari ni.
Untuk pivot kita tak boleh pakailah hari ni sebab semalamnya news buatkan pergerakan market besar. So, ia jadikan level supprot dan resistance tak berapa tepat.
Lihat, dah ada signal reverse.
Walaupun dah ada signal sell, tapi gold market masih lagi strong bull. Cuba anda lihat pada tf yang besar seperti Daily Chart.
Kalau anda lihat macam mana pegerakan market gold semasa FOMC, anda boleh klik di SINI.