Assalamualaikum & Salam ceria buat semua.
Tak sangka dah hari Jumaat kan. So, hari ni last market berjalan sebelum dia off esok dan lusa.
Apa cerita Market Gold ni ye?
Semalam gold cuba untuk mencari point reversal tapi tak berjaya. Walaupun signal reversal dah ada, tapi gold masih lagi menanduk price untuk terus naik lagi.
Pagi ni saya nak kongsikan kepada anda analisis terkini saya dengan melihat keadaan market sekarang.
Anda boleh lihat pada tg H4 di bawah ini.
Anda fokuskan pada area $1223-$1237.
Pada pemerhatian saya, gold akan pergi ke zon warna emas (atau kuning) tu. Selepas tu kita kaan lihat tanda-tand areversal. Jika terdapat reversal, maknanya market akan turun kembali. Jika tidak, gold akan menyambung naik tangga ke zon yang lebih besar iaitu $1253-$1263 yang mana price $1260 berada dalam area tersebut.
Jangan lupa untuk melihat market dalam tf yang lebih besar seperti yang saya share semalam.
Cuba anda fahamkan perjalanan gold ni. Bagi anda yang pernah attend program Simplified Trading Signal (STS), saya rasa anda tiada masalah untuk memahami apa yang saya cerita ini. Cuma jika anda tidak faham, anda boleh rujuk kembali buku nota anda dan buat ulangkaji semula.
Buat masa ini, tf H1, M30, M15, M5 semua indikator ADX < 25, so markert tidak rancak. Tak ada momentum. Untuk entry buat masa ini , semua signal tidak sekata dari segi trend. So stay away aje. Just pantau aje. Bila nanti dah ada perubahan pada market baru anda masuk position.
Untuk tf H1, anda boleh lihat dan kaji sendiri.
Anda boleh lihat dengan lebih dekat keadaan market.
Ini kalau dari jauh. Cuba anda zoom in lagi.
======
Semalam saya sempat scalping. Dan percubaan saya untuk sell dari atas tidak berjaya, kena stop loss. Dalam trading ini macam yang selalu sy katakan, ia bagaikan kita berniaga. Ada untung ada rugi. Kita hanya boleh merancang Allah yang menentukan rezeki kita. Tiada magic show dalam trading.