Tanya Diri Anda

Sepanjang anda menceburi bidang trading, pernahkah anda bertanyakan soalan-soalan tertentu pada diri anda sebelum anda memasuki position? Seperti anda cuba mempersoalkan beberapa perkara yang penting supaya anda tidak tersalah masuk posisi. Pernah kah?

Tahniah kepada yang pernah mengemukakan soalan buat diri anda sendiri kerana sekurang-kurangnya anda sudah tahu matlamat dan tujuan anda masuk posisi. Tapi bagi yang tidak pernah lagi melakukan perkara sebegini, saya sarankan anda untuk membiasakan diri bertanya tentang soalan-soalan yang akan saya sebutkan di bawah ini.

Oleh kerana soalan-soalan ini lah yang akan membawa anda untuk masuk posisi dalam keadaan selamat atau tidak. Saya berkongsikan soalan-soalan ini kepada anda kerana saya tak nak ada di antara anda yang gagal dalam trading kerana tersilap langkah.

Soalan 1: Saya dah bersedia ke?

Sebelum anda trade, tanya pada diri anda adakah anda sudah betul-betul sedia untuk masuk pasaran. Adakah anda sudah bersedia menghadapi sebarang potensi kerugian atau keuntungan dalam pasaran nanti.

Macam mana nak tahu anda bersedia?

Begini, sebelum anda memulakan trading, pastikan minda anda dalam keadaan tenang dan anda benar-benar telah membuat pantauan terhadap pasaran terlebih dahulu. Nak trade ni anda kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal sebabnya semua ini saling berkaitan dengan keputusan yang anda akan ambil nanti.

Sekiranya otak anda memikirkan terlalu banyak perkara, lebih baik anda jangan trade dahulu. Berikan diri anda masa untuk anda kosongkan kembali minda anda dan kemudian baru berikan sepenuh tumpuan dan fokus kepada trading anda.

Cukup ke sedia mental fizikal aje?

Selain dari persediaan mental dan fizikal, anda juga harus pastikan anda telah mendapat ilmu trading yang betul serta anda juga telah membuat latihan yang secukupnya. Semua persiapan ini adalah untuk memastikan anda memahami perjalanan market dan membina keyakinan anda terhadap keputusan trading anda.

Soalan 2: Saya dah buat analisa tak?

Salah satu soalan yang anda perlu tanya pada diri anda iaitu adakah anda sudah membuat analisa terhadap market. Jangan sesekali anda trade kalau anda tidak mempunyai sebarang asas tentang macam mana untuk mengenali pasaran.

Ada trader jenis suka main hentam masuk dalam market tanpa membuat analisis terlebih dahulu. Jika sebelum ini anda lakukan sebegitu, sila berhenti kerana anda hanya merosakkan dunia trading dan meleburkan wang anda sahaja.

Kenapa perlu nak analisis?

Sepatutnya sebelum anda trade, anda perlu check segala indikator dan buat analisa anda. Jika kesemua indikator sudah mula menunjukkan ada signal yang bagus untuk anda trade, dan anda sendiri telah membuat analisa tentang keadaan market, baru anda boleh buat keputusan untuk masuk ke dalam pasaran. Sekurang-kurangnya anda dah tahu ke mana hala tuju pasaran.

Saya cakap begini sebab dunia trading ni sememangnya high risk high return. Sebab itu anda kena lebih peka dan letakkan lebih usaha anda untuk mempelajari cara untuk menganalisa pasaran. Wang yang anda laburkan dalam trading ni buka wang untuk anda sia-siakan begitu aje. Rugi..

Kalau anda tak tahu nak analisa sendiri, belajar! Cari mentor yang pakar dalam trading yang anda ceburi. Dari analisa pasaran lah anda akan dapat tahu ke mana hala tuju pasaran selepas itu. Dari sini anda sudah dapat meminimakan kerugian anda dalam dunia trading.

Soalan 3: Market tengah ada trend ke?

Sebelum anda trade, adakah anda sudah melihat adanya tanda-tanda market dalam keadaan ada trend? Tidak kisahlah uptrend atau downtrend, anda kena pastikan dahulu akan trend pasaran. Jangan sesekali anda masuk dalam market kalau anda tak tahu apakah trend pada market.

Ada masa market dalam keadaan tengah ada trend dan ada masa market dalam keadaan sideway. Jadi anda kena berhati-hati sebab teknik untuk anda trade bagi kedua-dua keadaan trend ini adalah berbeza.

Perkara ni penting untuk anda tahu sebab sekiranya anda tidak tahu trend, kemungkinan besar anda akan melakukan kesilapan semasa trade nanti. Apabila ada trend, pastikan anda masuk posisi tidak berlawanan arah dengan trend tersebut. Follow aje trend. Tapi kalau market tengah sideway, anda boleh gunakan teknik scalper. In & out lepas dapat 100 pip.

Soalan 4: Berapa banyak kerugian saya sanggup tanggung?

Nak masuk dalam pasaran, anda kena tahu berapa banyak kerugian yang anda sanggup tanggung sekiranya market berubah arah. Perkara ini anda perlu tentukan awal-awal lagi sebelum anda masuk ke dalam pasaran lebih-lebih lagi jika anda menggunakan lot saiz yang besar.

Macam saya, saya selalu nasihatkan student saya agar letakkan target kerugian mereka separuh daripada target profit yang mereka inginkan. Saya gunakan nisbah Risk:Reward = 1:2. Anda pula macam mana?

Menentukan kerugian yang anda sanggup tanggung ni penting sebab sekurang-kurangnya anda rugi setakat yang anda masih mampu lagi. Berbanding jika anda tidak menetapkan berapa banyak kerugian yang anda sanggup tanggung, mungkin anda akan menanggung kerugian yang lebih teruk lagi.

Imagine kan...

Bayangkan anda tidak meletakkan berapa kerugian yang anda sanggup tanggung. Semasa anda trade, tiba-tiba market berubah arah dan bergerak jauh dari profit yang anda inginkan. Disebabkan anda tidak meletakkan Stop Loss, dan anda tidak memikirkan soal berapa banyak kerugian yang anda nak tanggung, akhirnya anda cuba untuk mengejar market. Akan wujud rasa tidak puas hati dan anda masih juga nak tunggu market kembali kepada profit anda. Benda ini yang akan menyebabkan anda menanggung kerugian yang lebih teruk.

Macam saya cakap, dunia trading ni tinggi risikonya. Sesiapa pun tak boleh lari dari risiko yang wujud di dalamnya. Tapi anda boleh kurangkan risiko tersebut. Letakkan siap-siap berapa banyak SL anda dan trade dengan senang hati. Kalau anda rugi pun, akaun anda masih selamat.

Soalan 5: Saya nak trade sebagai scalper ke swing trader?

Nak masuk posisi, anda kena tahu anda nak trade secara long term ke atau short term. Kalau anda nak trade secara long term, anda kena guna teknik in & out sebagai swing trader. Manakala kalau anda nak trade secara short term, anda kena guna teknik scalper.

Kedua teknik ini berbeza sebab kalau anda trade secara scalper, anda perlu menghadap chart selama beberapa jam. Tapi kalau anda seorang yang sibuk, anda boleh masuk secara long term dan anda cuma perlu pantau sekali sekala aje.

Soalan 6: Berapa target profit anda?

Sebelum anda trade, anda kena tetapkan berapa banyak profit yang anda ingin kan untuk setiap kali trade. Perkara ini penting supaya apabila price telah capai kepada harga yang anda inginkan, anda sudah boleh keluar dari pasaran.

Meletakkan target profit ini penting bagi mendidik diri anda bersyukur dengan rezeki yang anda dapat. Anda kena faham benda ni betul-betul sebab apabila anda mula rasa tamak dan inginkan lebih dari  target yang anda dapat, akhirnya anda kecundang. Ramai aje trader yang kecundang sebab tak nak tutup posisi walaupun dah profit.

Salah sendiri

Akhirnya apabila market membuat reversal, profit yang mereka dapat tadi telah hangus bersama wang yang mereka laburkan. Inilah sebabnya saya selalu terapkan dalam minda student saya agar jangan tamak. Dah profit, close position. Mr, Market kan! Dia selalu ikut ragam dia sendiri.

Soalan 7: Saya tengah emosi tak?

Sebelum masuk posisi, anda kena pastikan diri anda bukan dalam keadaan beremosi. ni Sebab apa? Sekiranya anda dalam keadaan emosi, berkemungkinan besar anda boleh tersalah masuk posisi. Saya lebih sarankan anda agar jangan trade kalau emosi anda sedang terganggu.

Tak kisahlah emosi anda terganggu sebab apa. Saya tak nak anda trade dalam keadaan fikiran yang berkecamuk. Apabila fikiran anda berkecamuk, susah untuk anda nampak keadaan market dengan betul. Lagi-lagi kalau anda tengah marah. Maunya anda marah market sebab rugikan duit anda aje.

Ramai aje trader yang tersungkur sebab mereka trade ketika emosi menguasai diri. Jadi, kalau anda nak jadi trader berjaya, kenalah kawal emosi. Kalau anda rasa perlukan masa bertenang dari market selama beberapa hari, silakan bertenang. Biar kemudian nanti anda datang dengan mood dan energy yang baru.

Tanya! Jangan Tak Tanya Pula

Saya berharap sangat agar anda mampu menjadi trader yang berjaya. Amalkan soalan-soalan ini sebelum anda trade. Saya pasti, anda akan dapat rasai kelainannya. Selain ia mengajar dan mendidik anda untuk lebih memahami perjalanan market, ia juga membantu anda untuk trade dengan lebih yakin.

Sebab sebelum anda trade, anda kena jawab dulu kesemua soalan ini. Jika masih ada jawapan yang kabur, anda kena dapatkan kepastian dalam jawapan tersebut. Ia sangat membantu anda yang blur tentang pasaran. Sekurang-kurangnya, anda boleh gunakannya sebagai salah satu cara untuk meminimakan kerugian anda ketika berada di dalam pasaran.

Bukan kah anda trade sebab nak cari duit lebih? Apa guna anda trade kalau anda asyi mengalami kerugian? Betul kan? Jadi, bertindak sekarang. Soal diri anda supaya anda lebih faham. Soal diri anda supaya anda tahu ke mana arah tuju trading anda. Soal diri anda supaya anda tidak mensia-siakan wang pelaburan anda.

Anda mampu mengubah diri anda menjadi trader yang bijak!

Sila LIKE dan SHARE posting ini jika ianya bermunafaat buat anda ya.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.