Assalamualaikum wmt wbt..

Hi Traders… Apa khabar??

Dah tengok market Gold hari ni?

Jom kita tengok sama-sama pergerakan market gold dalm tf H4.

Macam mana anda nak faham dengan Mr. Market ni?

Nak faham kenalah banyak buat ulangkaji. kaji balik pattern pergerakan Gold. Tengok balik previous history Gold. Kalau dalam teknikal analisis, ada 1 Teori Dow yang menyebut 'Market repeat by it self'.

Maksudnya??

Maksudnya Mr. Market ni akan kembali ke price yang lepas-lepas. Hanya orang yang rajin buat ulangkaji akan dapat memahami Mr. Market ni.

Sambil-sambil nak kaji pergerakan Mr. Market untuk Gold ni, anda nak kena juga tahu ada news berkaitan dengan US ke tidak. Sebab Gold ni dia berlawanan dengan USD.

Jom kita tengok news yang ada.. Time news, anda kena hati-hati. Kalau boleh elakkan dari ada position.

====

Ke mana arah gold hari ni?

Market gold masih nampak bertenaga. Cuma seharian ni gold asyik bermain-main di dalam range yang kecil.

Kalau anda lihat chart saya ni, market gold bermain-main di range 2 garisan channel tu. Tadi dia dah cuba test zon kuning. Ada chance untuk break ni kalau test sekali lagi.

Tapi, pada masa yang sama saya juga melihat kepada pivot level. Anda lihat tak?

Selalunya market gold ni akan balik rumah 4x dalam seminggu. Kiranya akan ada 1 hari dia tak balik. Jom kita rewind balik market gold.

Hari isnin, gold tak balik rumah. Hari selasa gold balik. Hari ni macam mana? Anda rasa balik ke tak? Buat masa ni belum ada kesudahan lagi ni. So nanti kanlah..

Anda boleh lihat pada Bollinger Band di atas. Nampak tak bb dah mula mengecil? Itu tandanya trend dah habis.

Kalau anda perhatikan bentuk candlestick dia pun kecil-kecil dah. Itu pun salah satu tanda market nak sideway.

Ikut penilaian saya, dengan keadaan sekarang ni, situasinya adalah 50/50.

1) 50% market akan naik sebab gold masih lagi nampak shape trend nya still strong bull

2) 50% market akan turun untuk ke pivot sebab market masih berada di bawah zon kuning . Setelah 2 kali percubaan untuk tembus, mungkin ia akan turun untuk mengambil tenaga untuk pecahkan tembok tu sekali lagi.

====

Market gold dah buat new high! So, dia akan cari price $1250 tempat R1. Final dia akan stop dekat price $1260.

Anda boleh lihat kembali chart analisa saya malam tadi tentang hala tuju market hari ni..

Buat masa ni, kalau anda lihat pada indikator-indikator di tf H1, market nampak tanda bull. Tapi cuma cek di tf kecik macam mana pula?

Malangnya pada tf M5 dan M15 market dah overbought. Jadi macam mana? Boleh masuk posisi ke?

Jangan! stay away dulu. Kita tunggu lagi signal untuk entry.

Pada tf kecil, M15 ada tanda rejection untuk buat market turun. H1 inprogress dan cs H4 akan complete pada pukul 10pm ni.

 

 

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.