Skim Oh Skim!
Pagi ni lepas solat subuh, seperti biasa saya akan membaca apa-apa berita terkini secara atas talian. Saya terbaca satu berita yang panas yang saya nak kongsikan kepada anda semua iaitu berita mengenai skim pelaburan forex. Ya…Forex..

Macam sebelum ni, saya selalu war-warkan, saya selalu bagitahu anda di luar sana agar berhati-hati dengan scammer. Sebabnya inilah.... Saya tak nak anda tertipu dengan janji manis scammer. Walaupun saya bercakap dari sudut skim pelaburan emas, tapi anda boleh lihat teknik dan cara yang digunakan oleh mereka ini sama aje. Tak ada beza.
Kononnya dengan melabur dalam pelaburan mereka, anda akan dapat keuntungan setiap hari, atau setiap bulan. Ini semua adalah teknik mereka. Anda lihat balik artikel saya yang saya pernah share kan sebelum ni mengenai scammer. Baca dan kaji balik sama ke tidak dengan apa yang scammer ini tawarkan. Rujuk SINI.
Kes Skim Pelaburan Forex

Dulu, ramai yang bertanyakan saya, kenapa skim ini masih ada. Kenapa masih wujud. Saya dah pernah terangkan. Selagi mana ada lagi orang yang bersifat tamak, ada yang nak cepat kaya dengan jalan mudah, maka orang-orang scammer ini akan tetap wujud. Tapi bukan untuk mengkayakan golongan nak cepat kaya ni. Tapi untuk menghakis wang mereka lagi.
Sebab apa??

Sebab hanya orang yang nak cepat kaya dengan jalan mudah ini aje yang mudah ditipu. Mereka tak ada ilmu, jadi mudah ditipu. Mereka cepat percaya dengan janji manis scammer, jadi mudah ditipu. Mereka teruja nak cepat kaya, jadi mudah ditipu. Mereka malas nak usaha sendiri, jadi mudah ditipu.
Jadi salah siapa??
Tepuk dada, tanya diri anda sendiri.
Bertukar Arah

Mungkin dulu orang sibuk buat skim pelaburan emas sebab ramai orang percaya dengan emas. Bila dah terlalu banyak scammer emas ni, mereka stop sebentar. Mereka lihat Forex trading mula menjadi popular. Ramai yang mula bermain dengan forex.
Maka, mereka mula bertukar subjek. Mereka memilih medium skim pelaburan forex pula. Sebab mereka tahu ramai yang sudah tahu dengan trade forex boleh dapat banyak keuntungan. Tapi mereka juga tahu, ramai yang tak ada ilmu forex. Jadi senang aje lah nak tipu golongan-golongan nak kaya ni.

Lihat aje jumlah laporan polis yang diterima berhubung kes skim pelaburan forex ini. 408 laporan polis dibuat. Bukan sedikit. Tapi, dari seramai 23,259 orang pelabur yang menjadi mangsa skim ni, hanya 408 yang telah membuat laporan polis. 23 ribu bukan satu angka yang sedikit. Anda sendiri boleh lihat berapa ramai orang yang ditipu oleh scammer ni.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hampir RM80 juta kerugian yang dialami oleh kesemua mangsa skim pelaburan forex ni. Syarikat yang mengendalikan skim ni dikenai sebagai VenusFX.
Hasil siasatan pihak Bukit Aman, mereka dapati syarikat VenusFX ni menipu mangsa untuk buat pelaburan minimum RM2,000 hingga RM40,000. Kononnya akan dapat keuntungan setiap hari. Tapi, keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar pun.
Anda boleh lihat video pendedahan tentang Skim Pelaburan Forex VenusFX ini di bawah ini.
VenusFX Tumpas
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tak gitu?
Disebabkan sudah banyak aduan dan laporan polis, pihak polis telah menjalankan Operasi Nuri bagi membenteras jenayah komersial tersebut.

Pihak polis berjaya menahan enam orang suspek termasuk seorang wanita warga tempatan berumur lingkungan 28 hingga 38 tahun. Kesemua mereka ditahan reman selama 21 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 Pindaan 2014 (Akta 297).

Polis juga berjaya merampas satu unit komputer riba, 10 telefon bimbit pelbagai jenama, 10 keping kad ATM dan lima kenderaan pelbagai jenis dianggarkan berjumlah RM750,000 dalam serbuan yang dijalankan
Siapa yang berputih mata??
Anda-anda yang tertipulah. Rm2,000 bagi keluarga yang susah bukan satu nilai yang sedikit tau. Meminjam sana sini hanya untuk menyertai skim yang dapat untung hari-hari. Tapi akhirnya, wang lesap begitu aje.
Saya bukan tak kesian. Tapi mentaliti masyarakat kita ni sendiri yang tak nak berubah. Saya cuba sedaya upaya ajarkan dan dedahkan kepada anda semua tentang scam sebab saya tak nak anda leburkan wang yang anda susah payah cari selama ni begitu aje.
Sebab tu saya buat kelas ajar macam mana nak trade supaya anda sendiri boleh trade tanpa meletakkan wang anda pada orang lain untuk trade kan.
Siapa yang tak geram. Saya pun geram. Dari anda leburkan duit untuk sesuatu yang tak pasti, kenapa anda tidak melabur untuk mendalami ilmu pelaburan tu sendiri? Sudah tentu ia akan memberikan anda nilai tambah. Ilmu memang susah nak dicari. Tapi, bila anda dah ada ilmu, anda rasa anda akan ditipu ke?
Sumber: Sinar Online
SHARE kan berita in ipada rakan-rakan anda supaya mereka tidak tertipu..