Siapakah Warren Buffett Asia?

Jika sebelum ini saya telah menghadiri seminar Value Investing dari Warren Buffett versi wanita iaitu menantu kepada Waren Buffett. Kini ada pula kisah Warren Buffett versi Asia. Wow!! Siapakah beliau??

Jom Berkenalan dengan Warren Buffett Asia ni...

Datuk Seri Cheah Cheng Hye yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang ini dikenali sebagai Warren Buffett Asia kerana beliau menjadi salah satu pengurus dana yang paling berpengaruh di Asia.

Walalupun dahulu beliau hanyalah seorang bekas wartawan bagi surat khabar Bintang, kini beliau menjadi pengerusi bagi Value Partners Group yang berpangkalan di Hong Kong.

Hebatkan?

Anak kelahiran Malaysia membina nama dan empayar sendiri di Hong Kong. Bukan calang-calang orang ni!

Pelaburan Saham di Malaysia

Baru-baru ini, Datuk Seri Cheah berkongsikan kepada media tentang pasaran Malaysia dan China serta strategi pelaburan yang syarikat mereka ingin dilakukan.

Oleh kerana Ringgit Malaysia mula menunjukkan tanda-tanda untuk pulih semula, perkara ini telah menimbulkan rasa minat pada Datuk Seri Cheah untuk melaburkan lebih banyak wang dalam pasaran Malaysia khususnya minyak sawit dan minyak mentah yang merupakan komoditi yang diperdagangkan diperingkat antarabangsa. Beliau melihat kedua-dua komoditi ini sebagai komponen yang sangat penting bagi menstabilkan dan meningkatkan ekonomi negara.

Selain itu, Datuk Seri Cheah mengganggap tahun 2017 ini adalah tahun sedang membaik. Walaupun ekonomi global tidak berkembang dengan cukup pantas, namun beliau menjangkakan ekonomi global akan berkembang sebanyak kira-kira 2.5% setahun.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini terdapat beberapa penambahbaikan dalam pertumbuhan ekonomi global dan Datuk Seri Cheah merasakan ekonomi Malaysia mungkin berkembang 4.5% pada tahun ini. Jadi, beliau tidak gentar untuk melabur pada pasaran di Malaysia.

Walaupun dalam tempoh 3 ke 4 tahun ini sudah banyak pelabur asing yang keluar dari melabur di Malaysia kerana kenaikan matawang, namun bagi Datu Seri Cheah, beliau percaya akan kemunculan pasaran baru dan beliau menjangkakan sudah sampai masanya Malaysia akan ada lebih banyak aliran wang asing yang masuk. Sebagai pengurus dana, keputusan yang diambil bukanlah atas dasar suka-suka, tetapi adalah berdasarkan terhadap analisis dan kajian yang beliau telah lakukan.

Dunia Pelaburan

Datuk Seri Cheah menggunakan gaya pelaburan stokckpikers di mana beliau hanya melihat kepada saham individu. Oleh sebab pasaran saham ini melibatkan ramai pemain kerana ia didagangkan satu dunia. Maka, ramai juga pelabur dan pedagang yang terlibat dalam pasaran ini membuat pilihan yang tidak logik dan terlalu beremosi.

Oleh itu, beliau tidak mudah percaya kepada spekulasi-spekulasi yang wujud dan masih tetap melihat kepada nilai pelaburan  jangka panjang bagi sesuatu saham tersebut. Hal ini kerana sudah menjadi tugasnya untuk membuat wang secara konsisten dari semasa ke semasa.

Dari sudut penilaian dalam pemilihan saham, Datuk Seri Cheah melabur berdasarkan 3R iaitu Right Business, Right People, & Right Price. Tetapi Right People adalah yang paling sukar sekali untuk dinilai kerana sifat manusia itu sendiri yang sukar untuk dinilai.

Manakala, dari sudut sektor pelaburan yang diminati oleh Datuk Seri Cheah ialah sektor teknologi, kesihatan dan pendidikan kerana ia saling berkait dengan keadaan semasa. Dunia kini semakin membangun bersama teknologi, maka pelaburan dalam teknologi juga satu pilihan yang bagus bagi beliau.

Apabila ditanya mengenai kolaborasi Malaysia dan Jack Ma untuk membangunkan DFTZ, beliau menyatakan ianya satu usaha yang positif untuk mengubah cara masyarakat berfikir selain membuka ruang pekerjaan dan mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih cekap.

Krisis Kewangan Global

Saya rasa kita semua sudah tahu bahawa dunia akan mengalami kitaran krisis kewangan sekali lagi dan dijangkakan ianya akan lebih teruk daripada apa yang berlaku oada taun 2008.

Namun, bagi Datuk Seri Cheah, beliau berpendapat krisis kewangan global yang bakal berlaku ini sebenarnya berpunca daripada perbelanjaan negara yang tidak mampan dan politik yang tidak stabil. Keadaan politik negara adalah lebih penting daripada ekonomi negara kerana ia menentukan hala tuju dan kemakmuran negara. Bagi beliau, Malaysia perlu mencari jalan sendiri untuk menyelesaikan isu krisis kewangan ini.

Role Model

Bagi Cheah, hanya ada satu perkara yang boleh menjejaskan kerjaya sebagai pengurus dana iaitu sifat ego. Bagi beliau, ego yang tinggi adalah penyakit yang hanya akan menjadikan sesetengah orang berfikir mereka ini adalah tuhan kerana boleh mengawal begitu banyak wang, mereka boleh mencetak lebih banyak wang. Ini adalah kesilapan besar yang pengurus dana harus elakkan.

Untuk berjaya, walaupun bukan sebagai pengurus dana, seseorang itu haruslah mempunyai sifat rendah hati dan tidak lupakan asal usul dari mana mereka datang. Sifat inila yang diterapkan oleh Datu Seri Cheah dalam dirinya walau di mana beliau berada.

Sejak dari bekerja sebagai wartawan lagi, idola yang selalu dijadikan sebagai penguat semangat dan role model oleh Datuk Seri Cheah ialah Warren Buffet. Beliau selalu membaca berita mengenai shareholder yang dimiliki oleh Warren Buffet dan memikirkan bagaimana Buffett boleh menjadi seorang yang berjaya.

Datuk Seri Cheah berhasrat agar Value Partners Group yang dikendalikannya dapat menjadi perintis di seluruh dunia yang menghasilkan produk pengurusan aset yang berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutuan dan margin keuntungan yang rendah. Sememangnya ini adalah cabaran profesinal bagi beliau, tetapi beliau tetap akan cuba untuk menuju ke arah tersebut.

.

.

Anda pula macam mana?

Tak teringin nak jadi Warren Buffett gak ke?

Jangan lupa SHARE posting ni ye supaya kita sama-sama dapat kongsi munafaat darinya..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.