Assalamualaikum & good morning traders.

Mungkin ada yang tertunggu-tunggu posting chart saya kan.. Sebelum-sebelum ni saya lihat market gold nampak senyap aje. So, saya pun senyaplah bersama market.. Ha ha ha..

Apa pun, pagi ni saya nampak ada kelainan pada market. Pagi ni market gold buat gap-up lebih kurang 300 pip. Untuk market gold, memang tak sama macam stock market.

Kalau dalam stock market, gap up atau gap down ni satu benda biasa. Banyak rongak-rongakny. Tapi, market gold sangat cantik.

Macam anda ada gigi lah. Market gold giginya cantik aje. Tapi gigi stock market banyak rongak. Sebab tu saya lebih suka market gold. Dia hanya rongak bila ada something aje.

Kalau anda lihat, hari ni market dah balik pun rumah. Price nya betul-betul cecah pada Daily Pivot.

Market masih lagi uptrend. Setakat ni belum nampak signal market nak bear.

Anda boleh lihat analisis yang saya lakukan pada chart di atas ni. Signal up & down, dua-dua ada. Kena tunggu next signal untuk tahu ke mana direction market. Price yang tertinggi sebelum ni pada $1295, kalau ikut radar asal patutnya $1300. Jadi kita tunggu aje lah ye sama-sama signal untuk next action.