Anda Pilih Yang Mana??
Pilih??? Pilih apa pula ni ye??
Macam ni, pernah tak anda dengar cerita atau baca kisah tentang ‘The Parable of the Pipeline’?
Tak pernah??
Haa.. Saya nak cerita sikit hari ni tentang kisah ni pada anda semua supaya anda boleh ambil teladan-teladan yang ada dalam kisah ini. Anda boleh lihat bagaimana kisah antara 2 orang sahabat yang bernama Publo dan Bruno ini saling berkait dengan apa yang anda lakukan dan ia boleh dijadikan sebagai satu anjakan paradigma untuk anda merubah diri anda menjadi lebih baik.
Publo Atau Bruno?
Dalam sebuah kampung, ada dua orang sahabat yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi anak mudah yang berjaya. Mereka ialah Publo dan Bruno. Mereka saling bertukar-tukar idea dan pendapat serta berusaha keras untuk capai apa yang mereka hajati.
Suatu hari, air di dalam tangki takungan kampung tersebut mula kehabisan. Maka, ketua kampung mewarwarkan ingin mengaupah dua orang pemuda yang mampu mengangkut air dari atas gunung ke kampung mereka. Mereka ini akan diberikan upah dengan setiap liter air yang mereka dapat salurkan kepada penduduk kampung.
Oleh itu, Publo dan Bruno mengambil peluang ini untuk membuat duit dan mencapai impian mereka. Dari sehari ke sehari mereka berdua terus mengangkut air dari gunung ke kampung tersebut.
Suatu hari, Publo terfikirkan satu idea iaitu untuk membina saluran paip yang boleh menyalurkan air dari gunung ke kampung mereka tanpa perlu lagi dia bersusah payah untuk mengangkutnya hari-hari. Ideanya itu dikongsikan kepada sahabatnya Bruno untuk mengajak Bruno sama-sama mengusahakan pembinaan saluran paip tersebut.
Namun Bruno menganggap ia satu idea yang mengarut dan menghabiskan duit, masa dan tenaga sahaja. Apa yang dia nampak ialah wang hasil mengangkut air tu dapat digunakan untuk membeli haiwan ternakan dan membeli sebuah rumah.
Akhirnya Publo pun membina saluran paip itu berseorangan. Pada hari bekerja dia mengangkut air, dan pada hujung minggu dia melakukan kerja pembinaan tersebut. Bruno dan orang kampung hanya mentertawakan akan tindakan Publo. Bagi mereka Publo hanya melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat.
Bulan berganti bulan, Bruno telah mempunyai haiwan ternakan dan rumah yang diidamkan. Dia terus dan menerus berulang alik mengangkut air dari gunung ke kampung. Manakala, Publo pula walaupun dia juga turut sama mendapat ganjaran dari mengangkat air, tetapi duitnya dilaburkan untuk membuat saluran paip air tersebut. Bagi Bruno ia adalah sesuatu yang merugikan kerana Publo tetap kekal seperti dulu.
Setelah bulan berganti bulan, maka tahun berganti tahun. Kesihatan Bruno mula terjejas. Daripada dapat mengangkut air yang banyak, semakin hari, air yang dapat diangkut semakin berkurangan. Badannya sudah terlalu penat dan kesihatannya sudah mula merundum. Maka, makin hari pendapatannya dari mengangkut air semakin berkurangan.
Pada waktu itu juga Publo dan pembinaan saluran paip air nya sudah siap sepenuhnya. Dengan mudah Publo dapat menyalurkan air dari gunung tersebut ke kampung mereka. Akhirnya, Publo tidak perlu bersusah payah lagi untuk mengangkut air atau berpenat lelah. Dengan hanya duduk di rumah sahaja duit tetap masuk.
Haa... Macam mana?? Faham tak teladan dari kisah Publo dan Bruno ni?
Anda rasa anda nak jadi Publo ke Bruno?
Perspektif Pekerjaan
Kalau anda lihat dari perspektif pekerjaan, anda akan dapat lihat terdapat 2 mentaliti pada pekerja tersebut iaitu satunya bermentaliti makan gaji dan satu lagi bermentaliti usahawan. Hanya orang yang mempunyai mentaliti sebagai usahawan sahaja mampu mengubah nasib hidup mereka menjadi lebih baik.
Jadi, anda pilih yang mana?
Perawan atau janda?? Ha ha ha.. Tak ada lah.. Saya gurau aje. Lagu ni tiba-tiba jadi macam trend pula sekarang ni.
Berbalik pada kisah tadi, anda pilih yang mana? Mentaliti makan gaji atau usahawan?
Pernah tak anda dengar tentang teori Robert Kiyosaki mengenai cara untuk mendapatkan income?
Beliau mengutarakan terdapat 4 cara untuk anda dapatkan income iaitu anda makan gaji (employee), anda kerja sendiri (self-employed), anda buat bisnes (bussines) dan anda melabur (investor). Singkatannya ialah ESBI. Anda boleh lihat teori ini seperti di bawah ini.
Inilah dia mentaliti yang terkurung di dalam kerjaya. Bagi saya, sekiranya anda ingin berada dalam tahap kewangan yang selesa, anda perlu pilih pekerjaan di bahagian kanan iaitu sama ada ada bisnes atau melabur. Sebab itu kalau anda perasan ramai usahawan yang muncul kini banyak menceburkan diri dalam Bussines dan Investor.
Memang pada mula-mulanya mereka dari bahagian Employee dan Self-Employed dan mempunyai mentaliti makan gaji. Namun mereka sanggup tukar mentaliti mereka kepada mentaliti usahawan kerana mereka tahu hanya dengan berhijrah mereka akan dapat capai apa yang mereka impikan termasuk financial freedom.
Sama juga macam kisah Publo dan Bruno yang saya ceritakan tadi. Memang pada mulanya Publo ni makan gaji dengan mengangkut air, tapi setelah dia menukarkan mentalitinya dan menzahirkannya walaupun terpaksa mengerahkan seluruh wang, masa dan tenaga, akhirnya kehidupannya menjadi lebih baik selepas itu.
Anda juga pasti boleh merubah diri anda!
Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di bawah ini: