Emas Boleh Cungkil Bakat?
Wah… Anda nak tahu tak apa yang istimewa pada emas ni sampai dia boleh cungkil bakat semula jadi dalam diri seseorang? Sebab emas ni adalah lambang atau simbol No. 1 di dunia. Yup! No.1 tau..
Cuba anda lihat, sekiranya dianjurkan pertandingan seperti perlawanan sukan antara rumah tidak kira sejak dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke tahap sukan antarabangsa, pemenang no.1 mesti akan mendapat pingat atau medal emas. Betul ke betul?
Jika anda dapat tempat kedua atau ketiga, maka anda akan dapat pingat perak atau pun gangsa aje lah jawabnya. Tapi, siapa yang tak suka dapat pingat emas kan? Sebab emas ni lain tau. Dia ada aura dia yang tersendiri.
Oleh sebab aura dia ini lah yang menjadikan orang biasa-biasa tapi jadi luar biasa. Ehh.. Macam mana pula tu ye?
Macam ni.. Anda nak dengar kisah tak?? Kisah tentang itik hodoh yang mempunyai simbolik yang sama seperti emas.. Haa.. Kalau nak dengar angkat tangan.. Ha ha ha..
Itik Yang Hodoh
Saya pasti mesti anda tahukan kisah tentang itik yang hodoh. Dia selalu diejek oleh itik yang lain kerana hodoh dan tak secantik mereka. Namun, lama-kelamaan itik yang hodoh ini bertukar menjadi angsa yang sangat cantik.
Sebenarnya bukanlah kisah itik ini yang saya nak kongsikan. Tapi seperti yang saya katakan, ia membawa simbolik yang sama seperti emas yang boleh mencungkil bakat semula jadi dalam diri setiap orang.
Apa yang saya cuba bawakan adalah tentang kisah ramai orang yang berjaya di antara kita ini yang hidupnya seperti itik hodoh ini. Kalau dari sudut sukan, saya boleh katakan Asafa Powell yang merupakan pelari pecut dari Jamaica ini juga mempunyai sejarah seperti kisah itik hodoh ini.
Beliau langsung tidak dipandang oleh pihak kolej di Jamaica untuk mendapatkan khidmat jurulatih yang bagus dan dibawa bertanding. Mereka tidak percaya akan kebolehan dan bakat yang ada pada Powell. Namun, Powell berjaya mengejutkan dunia apabila berjaya memecahkan rekod dunia dalam larian 100m dengan kelajuan 9.77 saat pada 14 Jun 2005.
Begitu juga dengan Ederzito Antonio Macedo Lopes yang merupakan pemain bola sepak bagi negara Portugal. Pemilihan beliau untuk menyertai liga bola sepak untuk Piala Eropah bukan sahaja tidak disukai oleh Swansea, bahkan penyokong Portugal juga turut tidak menyukainya.
Bagi mereka, ramai lagi pemain elit yang berwibawa dan hebat boleh bermain dalam liga tersebut. Oleh itu, ramai peminat dan penyokong bola sepak Portugal mencemuh dan mengkritik pemilihan Eder dalam liga.
Namun, beliaulah satu-satunya pemain yang dapat melakukan shot in target daripada kaki beliau sehingga membolehkan Portugal menjuarai Piala Eropah. Dan ini adalah perkara yang tidak mampu dilakukan oleh pemain sensasi Portugal yang sebelum ini.
Bukan sahaja kisah mereka berdua. tapi banyak lagi kisah orang lain yang sama seperti mereka. Sebab apa? Sebab hanya yang menang akan dapat emas. Iaitu pingat emas yang sangat direbuti orang ramai. Bukan sekadar orang ramai sahaja, bahkan ia turut menjadi rebutan negara yang bertanding.
Hebat tak kuasa emas sebagai No.1 di dunia??
Bakat Semula Jadi
Bercakap soal bakat semula jadi, apa pandangan anda tentang ia?
Sememangnya emas yang no. 1 dunia ini boleh mencungkil bakat semula jadi. Tapi apakah perspektif dan pandangan anda tentangnya?
Bagi saya, kadang-kadang, kita tak sedar bahawa orang di sekeliling kita juga mempunyai bakat semula jadi. Mungkin kita lebih memandang kepada orang yang memang sudah sedia ada nampak kebolehannya. Biasalah.. Manusia kan! Tidak pernah terlepas dari selalu memberikan komen.
Namun, anda perlu ingat beberapa perkara mengenai bakat semula jadi ini:
1. Bakat yang bagus tidak semestinya dari bakat yang semula jadi. Kerana boleh jadi ia terhasil dari didikan dan latihan yang diterapkan dalam diri mereka.
2. Dari sudut pencapaikan yang anda lihat dalam diri seseorang. Apa yang anda lihat tidak semestinya apa yang anda nampak. Tetapi selamilah kepada kisah disebalik apa yang anda lihat. Kerana kisah itu lah sebenarnya nilai sebenar bagi apa yang anda nampak.
3. Jangan pandang tinggi pada yang ada sijil dan jangan pandang rendah pada yang tidak mempunyainya kerana sijil bukan penentu kepada kejayaan seseorang. Tapi usaha dan semangat mereka yang jitu untuk menjadi lebih baik.
Pada saya, semua orang mempunyai bakat semula jadi masing-masing. Ada yang ada bakat menyanyi. Ada yang ada bakat bertutur pelbagai bahasa. Ada yang ada bakat memasak. Ada yang ada bakat melukis. Ada yang ada bakat menganalisa. Dan banyak lagi.
Tapi, bagaimana anda mencungkil bakat anda? Itu yang anda perlu tanya dalam diri anda.
Jika EMAS mampu mencungkil bakat semula jadi dalam diri seseorang untuk menjadi ahli sukan yang hebat, anda pula?