Assalamualaikum & Good Morning Traders.

Jika minggu lepas saya lihat market gold dalam keadaan menurun, bagaimana pula dengan minggu ni? Jom kita tengok..

25 April 2017

Saya lihat market gold sekarang ni masih bermain-main dalam kawasan bollinger band. Tapi, masih nampak kuat momentum untuk turun.

Kalau lihat pada chart, dah triple bottom gold membuat percubaan untuk pecahkan kawasan support.

Nampaknya market naik menuju ke arah daily pivot.

27 April 2017

Semalam saya lihat market bergerak naik tapi slow aje. Hari ni pula market masih lagi dalam keadaan mode sideway. Nampaknya market gold ada buat percubaan untuk naik semalam, tapi saya lihat dalam tf H1 masih tak jelas lagi pergerakan market untuk naik secara total.

Jadi, ada kemungkinan gold akan turun lagi seperti yang saya jangkakan.

Lihat aje tf H1, market bercelaru. Kalau anda nak masuk market, pastikan anda tak target profit yang besar. Kalau boleh target 100pips aje.

Maaf. Atas faktor kesihatan, saya tidak dapat untuk menunjukkan kepada anda analisis saya bagi keseluruhan minggu ini. Doakan saya cepat sembuh. Semoga saya dapat terus berkongsi munafaat ini buat anda semua.