Buang Kertas Ambil Emas?
Eeh.. Ni kisah apa pula ni??
Haa… Hari ni saya nak kongsi kepada anda semua tentang EMAS.. Jom tengok apa yang istimewanya pada emas ni..
Rusia
Anda tahu kan negara Rusia??
Rusia merupakan sebuah negara yang sangat kuat dan berkuasa di luar sana. Walaupun Rusia mempunyai kuasa yang kuat, tetapi ia tetap berdepan dengan musuh yang mempunyai pegangan sedikit ke atas kewangan Rusia iaitu Amerika Syarikat yang datang dalam bentuk Dolar.
Kalau anda lihat, hubungan di antara Timur dan Barat ni dalam situasi tegang lebih-lebih lagi apabila berlaku pencerobohan Barat dari segi ekonomi. Oleh itu, Presiden Vladmir Putin telah mencadangkan untu mengeluarkan negara Rusia dari sitem perbankan antarabangsa dan bergerak ke arah sistem berasaskan emas yang lebih tradisional.
Haa.. Nampak tak di situ? Kenapa pula nak pilih sistem kewangan emas pula kan? Bukan hari tu pun Trump ada kata nak tukar US Dollar dengan matawang emas kan?
Tapi... Rusia tidak berseorangan dalam hal ni sebab negara-negara BRICS eperti Brazil, India, China dan Afrika Selatan juga akan menjalankan rancangan mereka untuk keluar dari mafia perbankan antarabangsa ni untuk menikmati kebebasan kewangan yang lebih besar.
Anda boleh lihat betapa istimewa dan uniknya emas ni sebab boleh bebaskan sebuah negara daripada masalah sistem kewangan. Kalau emas boleh lindungi anda dari inflasi, kenapa pula tidak untuk lindungi sebuah negara kan? Amacam? Anda rasa Malaysia nak tak join dia orang ni? Ha Ha Ha
Selagi mana kita menggunakan wang kertas sebagai matawang, selagi itu juga ia tetap tidak menjamin kestabilan sesebuah ekonomi negara. Lebih-lebih lagi kita terikat dengan bank, undang-undang, terikat dengan pihak tertentu, dan macam-macam lagi.
Emas Kekal Bernilai
Kan Rasululah SAW pernah bersabda, akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham. Dinar tu dari emas. Dirham tu dari perak.
Mungkin sebab dunia kita pun dah berada di akhir zaman, baru ramai orang sedar yang emas ni sebenarnya sangat bernilai. Tak sama seperti wang kertas. Jika sesebuah negara mempunyai emas yang banyak, sudah tentu negara tersebut dapat terus berdiri teguh ketika kegawatan ekonomi berlaku berbandaing negara lain yang masih lagi menggunakan wang kertas. Mungkin sebab itu juga lah Rusia nak jadikan emas sebagai matawang mereka.
Saya harap dari apa yang saya ceritakan ni anda dapat sesuatu ilmu yang bermunfaat. Tak semestinya anda perlu ubah sebuah negara. Tapi anda cubalah ubah dulu diri anda dan kehidupan anda. Saya pasti jika kehidupan anda berubah, maka taraf negara tu pun akan meningkat. Tak gitu?
Jangan lupa SHARE pada rakan anda yang lain ye..