Assalamualaikum dan Salam Jumaat..

Hari ni saya nak kongsikan kepada anda 5 SEBAB kenapa anda perlu hadir program Trade Gold For Money (TG4M) yang dianjurkan oleh saya.

Kalau anda nak tahu apa itu TG4M, anda boleh dapatkan info berkenaannya di SINI. Nak diikutkan, banyak lagi sebab kenapa anda kena join Program TG4M ni. Tapi cukuplah sekadar anda tahu 5 sebabnya dahulu. Mungkin selepas anda mendengar 5 sebab ni, terdetik di hati anda untuk turut serta.

Sebab 1: Sistem Trading Yang Terbukti Berkesan

Sistem trading yang saya ajarkan di dalam program TG4M ini adalah sistem trading yang saya sendiri cipta. Setelah melakukan banyak kajian dan pantauan, setelah banyak berhabis wang dan tenaga, akhirnya saya telah memperolehi sistem trading yang bukan sahaja tidak merumitkan, bahkan ia memudahkan anda untuk keluar masuk pasaran dengan memperoleh keuntungan.

Haa.. Syok tak?

Kalau ditanyakan kepada student saya, mereka fahamlah macam mana mudahnya tu. Asalkan mereka tahu akan fungsi kegunaannya, ia sangat mudah untuk dikendalikan.

Sebab apa saya kata mudah? Sebab orang yang Zero Knowledge tentang trading juga boleh membuat keuntungan melalui sistem yang saya ajarkan ni. Oleh sebab bukan semua student saya ni adalah seorang trader, ramai juga antara mereka yang tidak tahu tentang trading dan nak ubah hidup mereka dengan trading. Namun, saya syukur kerana mereka mampu untuk memahami sistem trading saya ni dan dapat memunafaatkannya di dalam trading.

Apa yang saya ajarkan di dalam program TG4M ini anda tidak akan jumpa ditempat lain. Pergilah ke mana pun kelas trading, anda tidak akan dapat sistem trading yang saya ajarkan di dalam TG4M. Saya hanya berikan khusus buat pelajar TG4M saya aje.

Bagi saya, sistem trading yang saya ciptakan ini adalah antara sistem trading yang terbaik di mana semua peringkat umur dapat mengetahui trend pasaran dan mengetahui bilakah waktu yang sesuai untuk trade hanya berdasarkan kepada sistem yang saya berikan.

Mungkin bagi anda ada juga sistem trading yang terbaik di luar sana. Saya tak nafikan, tapi cukuplah dulu saya lalui sendiri bagaimana naik dan turun di dalam trading. Bagaimana wang saya lebur hanya kerana indikator yang terlalu delay dan tidak tepat. Semua inilah yang menyebabkan saya ingin mencipta sistem trading tersendiri yang lebih mudah difahami. Indikator yang saya gunakan saling menyokong dan membantu satu sama lain.

Saya sangat gembira apabila ada juga student yang jadikan sistem saya ini sebagai salah satu teknik untuk buat duit poket setiap hari. Mudah-mudah aje mereka dah dapat $10-$20 USD sehari. Dan yang paling best, ada yang boleh dapat sehingga $200USD sehari. Ni kira gempaklah.

Sebab 2: Anda Jadi Mesin ATM

Di dalam trading ni ada 4 jenis bentuk trader iaitu:

  1. Momentum Trader
  2. Swing Trader
  3. Intraday (Daily) Trader
  4. Scalper

Untuk program TG4M ni, teknik yang saya ajarkan nanti adalah menggunakan jenis trader yang ketiga dan keempat iaitu jenis Intraday Trader dan Scalper. Jenis Intraday Trader adalah trader yang masuk posisi pada hari ini dan tutup pada keesokan paginya iaitu trade selama 1 hari. Manakala jenis Scalper pula trader yang keluar dan masuk pasaran dalam masa 2 ke 3 jam. Paling cepat sekali adalah 10 minit. Ini adalah jeis Scalper, mereka tidak akan berada lama dalam pasaran.

Oleh kerana sistem trading yang saya ajarkan adalah khusus untuk kedua-dua jenis trader ini, sebab itu anda akan dapat cetak wang anda dengan cepat dan mudah. Bagi yang mempunyai masa terluang, mereka boleh menghadap chart pasaran dan menggunakan teknik Scalper.

Teknik ni mudah aje. Anda hanya luangkan 2 jam di depan chart pasaran dan masuk posisi pada waktu yang sesuai. Dapat aje untung dah boleh tutup balik posisi anda. Senang tak buat duit?

Paling syok, anda boleh keluarkan wang anda bila-bila masa aje tanpa perlu hingga hujung bulan. Haa.. Sebab itulah saya selalu kata buat duit poket sendiri. Sebabnya macam anda tahulah kan, kalau bekerja atau makan gaji kena tunggu cukup bulan. Kadang-kadang tu awal bulan lagi kita dah sesak. Betul tak?

Inilah dia cara untuk anda buat mesin ATM sendiri dengan usaha anda sendiri. Tak perlu nak bersusah payah buat dua tiga kerja, lepas tu tak ada masa untuk family. Jangan biarkan hidup anda hanya untuk bekerja aje!

Just trade dan get profit!

Dah tentunya ini bukan scam!

Saya tahu ramai di luar sana yang asyik tertipu dengan scammer. Kali ni, saya nak ajar anda berdikari dan buat sendiri duit poket anda tanpa bergantung kepada orang lain. Jangan harapkan orang lain dapatkan keuntungan untuk anda. Tapi anda sendiri cuba untuk belajar dan dapatkan keuntungan sendiri.

Saya dan team Akademi JL akan berikan guideline dan support melalui group support Telegram selepas anda hadiri kelas TG4M. Terdapat alumni-alumni TG4M di situ dan anda dapat bertanyakan soalan di dalamnya.

Best ke tak best dapat buat mesin ATM sendiri?

Sebab 3: Cara Penyampaian Yang Mudah Difahami

Bagi anda yang nak turut serta dalam program TG4M ni, anda tidak risau sekiranya anda zero knowledge dalam bidang trading ni kerana bahasa dan cara penyampaian yang saya sampaikan dalam sesi pembelajaran nanti mudah dan senang difahami aje.

Saya hanya akan bertutur mengikut kepada level dan tahap pemahaman (IQ) masing-masing. Anda tak perlu risau kerana anda juga boleh bertanyakan soalan sekiranya anda tidak memahami apa yang telah diterangkan. Asalkan anda tak malu-malu lah. Kalau malu macam mana nak belajar?

Saya juga akan gunakan pelbagai contoh untuk anda mudah faham atau bak kata omputeh, senang nak 'absorb'. Saya tahu, hanya dengan bagi contoh anda akan cepat faham apa yang diterangakan. Selain itu, saya turut menjalankan sesi perkongsian bersama rakan untuk membantu mempercepatkan kefahaman. Buat masa ni, semua student saya suka dengan cara perkongsian (sharing) ni.

Dari pemahaman yang mendalam, sudah tentu lebih mudah bagi anda untuk membuat latihan demi latihan di dalam akaun demo dan merasai sendiri bagaimana menggunakan segala sistem trading saya untuk anda trade.

Janji kena usaha dan rajin.

Betul ke Betul?

Sebab 4: Dapat Ilmu Trading Yang Betul

Anda akan diajar untuk memahami selok belok dunia trading, pastikan anda mendapatkan ilmu yang betul dan lengkap untuk trade seperti bilakah waktu untuk anda masuk dan keluar pasaran, bilakah waktu anda tidak boleh masuk ke dalam pasran. Tanpa ilmu yang secukupnya anda bagaikan memperjudikan wang anda.

Jangan anggap dunia trading seperti kasino. Hanya disebabkan kerana anda menganggap dunia trading sebagai kasino dan bersikap begitu, habis rosak seluruh dunia trading. Mengapa anda perlu pertaruhkan wang dan merosakkan hidup anda dengan trading tanpa ilmu?

Bukankah lebih baik jika anda laburkan wang anda untuk mendapatkan ilmu trading yang betul? Cari mentor yang pakar dalam bidang trading. Ikut dan follow apa yang mentor anda ajar dan sampaikan. Rajin-rajinkan diri anda untuk melakukan ulangkaji dan latihan selepas anda belajar. Saya pasti anda akan berjaya.

Oleh sebab itu, saya sedia membantu anda yang nak dapatkan ilmu trading yang betul dan mudah. Saya dan Team Akademi JL berharap anda akan berada pada allignment yang betul untuk menjadi trader berjaya. Ramai student saya yang dah berjaya. Anda hanya perlu curahkan seluruh usaha anda untuk memperoleh kejayaan di masa akan datang. Bukan kah usaha tu tangga kejayaan?

Sebab 5: Dapat Follow Checklist Kejayaan

Selain mendalami ilmu trading yang betul, anda perlukan beberapa chekclist untuk pastikan anda sentiasa berada di landasan kejayaan yang betul. Jika anda mengikuti kelas TG4M saya, saya akan bongkarkan kepada anda apakah checklist yang perlu anda follow untuk menjadi trader berjaya.

Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah tersebut dan patuhinya dengan penuh disiplin. Hanya orang yang berdisplin follow checklist kejayaan tersebut sahaja yang boleh memperoleh kejayaan. Itu tak bermakna yang tak follow tak berjaya, cuma jalan mereka akan lebih sukar untuk berjaya.

Saya dan Team Akademi JL doakan anda semua menjadi Magnet Emas pada tahun 2017 ni.

Sekiranya anda berminat untuk saya guide, anda boleh daftar program TG4M di SINI..

Jangan lupa SHARE pada rakan yang lain ye..