Mana Adab Kita Pada Guru?
Dalam nak menuntut ilmu, ada beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu supaya ilmu yang kita perolehi tu berkat. Siapa kat sini yang tak nak ilmu dia pelajari diberkati kan! Semua orang kalau boleh nak ilmu dia orang tu berkat sebab kalau berkat, barulah senang aje nak faham dan dipermudahkan segala urusan.
Jadi, kalau anda nak ilmu anda berkat ketika menuntut ilmu pastikan anda mematuhi adab-adab dalam konsep berguru ni. Of course lah kan kalau menuntut ilmu ni mesti ada guru yang ajarkan. Lain lah kalau anda menuntut ilmu lain yang tak ada guru.
Jadi, anda kenalah jaga adab-adab anda terhadap guru anda. Tidak kira siapa pun yang memberikan ilmu kepada anda, anda harus amalkan konsep berguru ni. Walaupun orang tu lebih muda dari anda, tapi anda terima ilmu daripada dia, anda tetap perlu jaga adab anda. Barulah ilmu yang anda dapat tu diberkati.
Konsep 1: Hormat guru anda sepanjang masa
Perkara paling utama sekali dalam konsep berguru ni, anda perlu menghormati guru anda sepanjang masa. Tidak kiralah di dalam kelas ke, di luar kelas ke, depan mata anda ke, belakang anda ke. Jangan jadi talam dua muka pula. Depan-depan hormat, belakang kutuk pula.
Saya tengok anak mudah sekarang ni banyak yang macam tu. Dok cerita pasal guru masing-masing. Tu tak bagus, tu tak pandai, ajar tak best, macam-macam lah. Macam mana nak berkat kalau dengan guru sendiri pun anda tak hormat. Anda rasa ilmu tu nak masuk mudah-mudah je ke kalau anda tak hormat pemberi ilmu tu?
Sebab tu kalau anda perasan, ada orang tu cepat je faham apa yang diajarkan. Dan ada pula yang lambat faham. Saya tak kata semua yang lambat tangkap apa yang diajar ni tak hormat guru mereka. Tapi ada seetengah nya berperangai macam tu lah. Mereka bajet bagus. Kutuk-kutuk guru mereka, kata tak pandai ajar. Macam mana ilmu nak masuk kalau anda sendiri menolak ilmu tersebut dengan fikiran negatif anda tu?
Sebab tu, tak kiralah macam mana pun perangai guru anda, baik ke tidak, anda kenalah hormat. Sebab keberkatan ilmu tu terletak pada keredhaan guru anda terhadap ilmu yang dia berikan kepada anda.
Konsep 2: Bercakap menggunakan bahasa yang sopan
Dalam menuntut ilmu, bukan sahaja perlu hormat guru anda. Tapi anda juga perlu menjaga pertuturan anda. Tuturlah kata-kata yang sopan kepada guru anda. Kerana kata-kata yang mengguriskan hati guru anda akan membuatkan ilmu yang diberikan tidak berkat.
Sebenarnya sama aje macam konsep adab seorang anak terhadap ibu bapanya. Seorang anak tak boleh mengguriskan hati kedua ibu bapanya, bahkan untuk berkata 'Aaah!' pun jatuh dosa sebab keredhaan Allah terletak pada redha ibu bapa. Sama jugalah bila anda menuntut ilmu. Anda perlu jaga kata-kata anda terhadap guru anda. Terguris hati guru anda, gugur-gugurlah ilmu yang diberikan.
Tidak kiralah guru anda tu muda dari anda atau tua dari anda. Asalkan anda menuntut ilmu dari beliau, anda perlu hormati mereka. Barulah ada keberkatan dalam ilmu tersebut. Keberkatan ini lah yang kita nak sebab hanya ilmu yang berkat boleh membawa kita ke arah kejayaan.
Konsep 3: Lakukan tugasan yang diberikan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh
Apabila guru anda memberikan kerja latihan ke, tugasan ke, assignment ke, pastikan anda buat kerja anda tu dengan ikhlas dan bersunguh-sungguh. Jangan buat sambil lewa aje. Kata nak menuntut ilmu. Kalau nak menuntut kenalah buat cara betul-betul menuntut.
Kalau orang-orang dulu menuntut, lagi dahsyat cara dia orang tunjukkan kesungguhan menuntut tu. Sebab tu orang dulu-dulu ilmu dia lagi power kot. Ha ha ha..
Siapa-siapa yang nak menuntut ilmu dengan saya, kalau tak boleh ikut apa yang saya suruh buat, lupakan ajelah nak tuntut ilmu dengan saya. Saya pun tak nak anak murid yang tak ada kesungguhan dalam diri dia orang. Sebabnya kalau dia orang sendiri tak ada kesungguhan, macam mana dia orang nak berjaya?
Saya bagi aje lah latihan, tapi kalau tak dibuat langsung, macam mana mereka nak tahu tahap diri mereka. Anda rasa ilmu yang diamalkan boleh berbuah ke? Anda sendiri pun pernah dengarkan pepatah 'ilmu yang tak diamalkan ibarat pokok yang tak berbuah'!
Jadi janganlah anda mengharapkan kejayaan datang bergolek kalau anda sendiri tidak ada usaha.
Konsep 4: Berlapang dada ketika menerima teguran
Guru mana yang tak nak anak muridnya jadi lebih baik? Setiap guru pun nak tengok anak muridnya berjaya sebab itulah kunci kebahagian mereka. Bahagia melihat kejayaan anak-anak muridnya.
Sebab tu sekiranya guru anda menegur kesalahan anda, jangan berkecil hati sebab teguran yang diberikan adalah untuk mengubah diri anda jadi lebih baik. Berlapang dadalah dan jadikan teguran tu sebagai teguran yang membina.
Anda sendiri akan dapat lihat bahawa dari teguran guru anda itu lah anda dapat perbaiki diri anda jadi lebih baik. Sebab hanya guru anda nampak apa salah silap yang anda lakukan. Hanya guru anda nampak di mana kelemahan anda yang anda boleh perbaiki lagi.
Jadi, mengapa perlu bermasam muka kerana ditegur oleh guru anda?
Konsep 5: Ucapkan terima kasih apabila perolehi kejayaan
Satu perkara yang anda perlu ambil tahu iaitu jangan pernah lupakan jasa guru anda setelah anda berjaya kemudian hari. Sebagai seorang anak murid, anda perlu tunjukkan adab yang baik. Ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mengajar anda, memberikan ilmu kepada anda.
Kalau anda boleh balas jasa mereka, balas lah. Berikan hadiah ke atau doakan yang baik-baik buat mereka. Ini lah dia konsep berguru yang anda perlu fahami. Tidak mungkin anda boleh pandai dan berjaya dengan sendiri nya tanpa ada yang memberikan tunjuk ajar dan ilmu.
Sebab tu kena ada give and take dalam berguru. Guru bagi kerja, anda bagi balik tugasan yang dah anda siapkan. Guru memberikan ilmu, anda mensyukuri dan ucap terima kasih kepada mereka. Sekiranya anda menjaga konsep dan adab berguru ni, nescaya ilmu yang disampaikan kepada anda akan mudah anda serap.
Oleh itu, anda haruslah menjaga tutur kata dan tingkah laku anda terhadap guru anda. Semoga dengan anda memelihara hubungan anda dengan guru anda, Allah akan memelihara ilmu yang ada dalam diri anda. Inilah keberkatan dalam menuntut ilmu. Keberkatan ini lah yang akan memabawa anda ke puncak kejayaan.
Jangan lupa SHARE ye dengan sahabat lain.