Assalamualaikum & Good Morning Traders.

Sekiranya minggu lepas mood market gold dalam keadaan menurun, bagaianakah minggu ini? Adakah gold masih ingin menurun? Sebelum ini saya ada kata yang gold sebenarnya cuba untuk mencari tempat yang sesuai untuk dia naik semula. Jom lihat apakah analisis saya sepanjang minggu ini.

8 Mei 2017

Pagi ni awal pembukaan market gold ada sedikit kepelikan yang saya nampak pada pergerakan gold. Kalau pelik, mesti ada something akan berlaku.

Inilah penyebabnya. Ada pilihanraya di Perancis. Oleh sebab itu market gold kelihatan pelik. Pada mata saya, gold akan turun lagi untuk hari ni. Kalau minggu lepas pun, mood gold macam susah aje nak naik semula.

Kan ada saya post yang gold ada buat double bottom dalam tf H4, sepatutnya gold ada ruang lega sikit untuk bernafas dan naik semula. Akan tetapi, gold tiada pilihan dan terpaksa buat penurunan paling rendah dan memecahkan benteng support yang agak kuat.

Dalam tf H4 ni, saya nampak gold cuba untuk memecahkan price $1220. Kalau lepas, memang dia akan turun lagilah.

Ini pula adalah road map saya bagi tf daily. Selalunya tf daily ni untuk lihat pergerakan market gold dalam jangka masa panjang. Saya lihat gold sekarang ni dalam dilemma sama ada nak masuk zon $1220 ke $1200 atau pun tak.

Adakah mungkin selepas memasuki zon ini, gold akan buat pendakian semula?

9 Mei 2017

Saya lihat hari ni market masih lagi sedang turun. Tapi masih lagi belum masuk ke kawasan $1220.

Market dah mula bergerak macam nak memecahkan $1220. Waktu sesuai untuk anda scalper secara sell. Sekurang-kurangnya dapat sedikit profit sementara tunggu confirmation pergerakan market nak up atau down lagi.

10 Mei 2017

Semalam dah ada confirmation, market gold dah breakout memecahkan zon support $1220. JOm lihat roadmap di saya bawah ni.

Dalam tf daily ni menunjukkan market gold masih lagi dalam keadaan bearish iaitu menurun. Anda boleh lihat tf di bawah ini yang menunjukkan price gold telah memecahkan garisan trendline yang saya lukiskan dalam chart tersebut.

Ada kesan rejection pada market gold. Nampaknya ada tanda-tanda market gold akan naik semula.

11 Mei 2017

Cuba lihat chart di bawah ini. Pada awal minggu ni saya dah mention yang market akan turun sebentar sebelum buat kenaikan semula. Saya juga ada cakap yang market akan tembus zon $1220 ke $1200. Anda boleh lihat bagaimana pergerakan market gold adakah sama seperti apa yang saya katakan sebelum ini.

Lihat pula pada tf H1 ni, market gold betul-betul telah berubah arah. Market gold telah naik semula. Nampaknya zon $1220 - $1200 adalah benar-benar zon support tempat market gold buat rejection. Inilah dia tempat yang saya katakan sebelum ini, di mana gold mencari satu tempat untuk dia buat lantunan semula.

Di sinilah anda dah boleh masuk posisi buy follow kepada trend market gold sekarang.

12 Mei 2017

Tahniah kepada yang entry buy. Sebab market gold sekarang memang tengah cantik bull (menaik). Lihat tf di bawah ini, market nampak masih nak naik lagi.

14 Mei 2017

Lihat pada roadmap saya di bawah ini. Anda boleh lihat pergerakan market gold dalam tf daily dan H1. Saya letak kawasan resistance di atas price semasa tu. Kita akan lihat sama ada price tembus atau tak.

.

.

Keseluruhan pergerakan market minggu ini memang seperti apa yang saya jangkakan. Sebelum ini saya melihat market gold akan membuat corretion iaitu dia akan turun sebentar dan kemudian dia akan naik semula. Sepanjang tepoh seminggu ini, gold benar-benar turun pada zon support yang kuat iaitu $1220-$1200 dan membuat rejection.

Kini market gold dalam keadaan menaik.

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.