Tak sangka dah tinggal lagi 8 hari aje lagi kita dah nak menjejakkan kaki di bulan Ramadhan. Saya rasa, semua umat Islam memang menantikan waktu puasa ni sebab ianya cuma sebulan dalan setahun aje. Waktu ini lah kita nak buat amal ibadat banyak-banyak sebab pahala kita digandakan.

Bersyukur saya kehadrat Ilahi sebab masih lagi memberikan saya umur yang panjang untuk sampai ke Ramadhan kali ini. Saya juga harap agar diberikan kesihatan yang baik supaya saya dapat melakukan amal ibadah di bulan mulia ini. Rugi rasanya kalau tak sihat waktu tu. Sebab orang Islam berlumba-lumba nak kejar pahala. Saya pun nak berlumba juga.

Sebagaimana yang kita maklum, kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan ni ada dinyatakan di dalam Al-Quranul Kareem dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183.

Allah berfirman:

 "Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa"

Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan ni akan memberikan begitu banyak munafaat kepada semua umat Islam. Oleh itu, jomlah kita sama-sama menghayati bulan Ramadhan tu nanti ye. Cuba anda bayangkan, waktu tu kita kena menahan lapar dan dahaga dari subuh hinggalah masuk waktu maghrib. Dan ia dilakukan selama sebulan.

Secara faktanya ia sangat baik untuk kesihatan kita. Yelah, jika sebelum ini, kita asyik makan makan makan aje. Semua nak sumbat dalam perut. Bila masa pula perut kita dapat berehat dari memproses makanan?

Haa.. Jadi, dengan berpuasa ni lah mampu membantu kita mengawal sistem dalam perut kita. Bolehlah siapa-siapa yang ada misi nak turunkan berat badan tu..He he he Gunakan bulan puasa tu nanti sebagai salah satu asbab untuk dapatkan berat badan yang ideal.

Menjaga kesihatan tubuh badan dan dapatkan berat badan yang seimbang pun satu ibadah tau. Kita kenalah jaga pinjaman yang Allah bagi pada kita. Kenalah guna seeloknya sebagai tanda kita bersyukur dengan pinjaman dari Allah swt.

Fadhilat lain

Dalam bulan Ramadhan tu nanti, ada banyak fadhilat dan kelebihan-kelebihannya. Sebab pada bulan itu lah pintu langit akan dibuka, pintu syurga akan dibuka, pintu neraka akan ditutup, dan syaitan-syaitan akan diikat.

Jadi, kita tak bolehlah nak kata ada syaitan yang hasut kita buat maksiat atau buat jahat sebab syaitan dah kena ikat. Kalau kita buat gak, nampak gayanya tu memang perangai kita sebab dah sebati dalam diri kita.

Pada bulan puasa ni lah kita kena perbanyakkan amalan supaya dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah s.w.t. Siapa yang tak nak dosanya diampunkan? Siapa yang tak nak di masukkan ke syurga? Semua nak kan?

Jom kita lihat apakah dia fadhilat-fadhilat yang ada di bulan Ramadhan ni lagi.

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga

2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT

3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak

4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt

5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga

6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Amalan Di Bulan Puasa

Suka tak dengan bulan Ramadhan ni? Bukan senang tau nak dapat kelebihan-kelebihan macam ni di bulan -bulan  lain. Hanya istimewa di bulan Ramadhan je ni.

Jadi, kita kenalah tingkatkan amalan kita. Buat solat tarawih, buat solat sunat, bersedekah, memberi orang lain makanan untuk berbuka, banyakkan bersabar, banyakkan membaca al-quran, beristighfar, berselawat, berzikir dan berwirid, banyakkan berdoa minta jauhkan dri azab neraka, minta jauh dari azab kubur, minta dimasukkan kesyurga, dan jauhi perbuatan maksiat atau kemungkaran yang boleh hapuskan ganjaran pahala kita.

Rugilah kan kalau kita puasa, solat sunat, buat ibadah-ibadah lain tapi dihapuskan ganjaran pahala tu sebab kita mengumpat orang, memfitnah orang, menyebarkan aib orang, dan perkara-perkara mungkar yang lain.

Oleh itu, saya nak berpesan pada anda semua dan diri saya sendiri. Marilah kita sama-sama menunaikan ibadah puasa nanti dengan hati yang ikhlas semata-semata kerana Allah swt. Marilah kita smaa-sama menghayati kelebihan bulan puasa ni agar kita diberikan pengakhiran yang baik di dunia dan akhirat.

Marilah kita sama-sama menghitung hari menanti bulan Ramadhan yang mulia ini tiba..

Salam Sayang,

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.