Assalamualaikum & Salam Ceria semua…

Jika minggu lepas market gold turun dan membuat rejection semula untuk naik, bagaimana pula dengan pergereakan gold market pada minggu ini? Berdasarkan pemerhatian saya, perjalanan uptrend (naik) market gold kali ni nampak canti aje.  Jom lihat apakah analisis saya sepanjang minggu ini.

15 Mei 2017

Lihat chart gold pada tf H1 di bawah ini. Nampaknya market gold cuba untuk memasuki ruangan zon kuning dan memecahkan zon resistance tersebut.

 

 

Anda boleh lihat rejection yang terbina di zon kuning tersebut. Nampak cantik aje rejection tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya, market akan turun dahulu untuk mengambil nafas baru sebelum membuat sekali lagi percubaan untuk menembusi zon kuning tersebut.

16 Mei 2017

Nampaknya market follow the trend seperti yang dijangkakan. Kalau anda lihat, pergerakan market semalam sangat cantik. Jika price bergerak masuk semula ke dalam zon kuning, ada 2 perkara yang akan dilakukan iaitu menewaskan harga price yang tinggi pada hari semalam dan market terus menaik.

Atau markert akan turun semula apabila tidak dapat memecahkan harga price tertinggi semalam.  Jika market turun, maka anda perlu rujuk direction TP pada dotted line yang saya lukiskan dalam chart di bawah ini.

Bagi saya, walaupun ada tanda-tanda reversal, namun market gold masih lagi nampak kuat untuk bullish. Saya percaya gold akan akan memecahkan zon kuning tersebut.

17 Mei 2017

Sperti yang dijangkakan. Market gold berjaya memecahkan zon kuning dan meneruskan perjalanan uptrendnya. Selepas ini sudah tentu ia akan mencuba pula zon kuning yang kedua seperti dalam gambar chart di bawah ini.

Untuk melihat secara long term, anda kena lihat pada tf yang lebih besar. Lihat tf H4 dan D1 di bawah ini.  Kedua-duanya menunjukkan market dalam trend bullish.

18 Mei 2017

Tahniah kepada yang ada masuk posisi buy semalam. Market gold meletup-letup semalam. Kini gold sedang mencari price $1270 berpandukan kepada roadmap yang saya lukiskan. Nampaknya zon kuning kedua semalam dengan mudah aje dia tembus.

Adakah gold akan memecahkan juga zon kuning pada area $1270 tersebut?

Jika anda perhatikan, dari pagi hingga ke tengah hari market dalam keadaan dah nak continue untuk bear, cuma setting candlestick masih belum mengizinkan market untuk turun. So, anda perlu berhati-hati di zon kuning tersebut.

Lihat tanda-tanda reversal pada candlestick dan lihat panel tg4m. Jika anda dah nampak tanda dan signal untuk sell, anda sudah boleh standby untuk masuk posisi sell pula.

Nampaknya market gold dah mula membuat pergerakan menurun.

19 Mei 2017

Lihat pada chart dalam tf H1 di bawah ini. Berdasarkan pemerhatian saya, market akan naik semula untuk mengambil nafas sebelum meneruskan downtrendnya.

Lihat tf m15 di bawah ini. Garis merah tersebut adalah prediction saya terhadap perjalanan market gold. Ia akan pergi ke price $1255 dan $1258.

Lihat pergerakannya menuju ke price yang sebutkan tadi.

.

.

Keseluruhan pergerakan market minggu ini memang seperti apa yang saya jangkakan. Jika sebelum ini market telah membuat penurunan dan pada minggu ini ia telah membuat pendakian semula. Selain itu, market gold juga telah memecahkan beberapa zon kuning yang menjadi garis resistance bagi perjalanan market tersebut. Market gold juga membuat penurunan semula selepas tidak berjaya melepasi zon kuning $1270.

Dan kini, sekali lagi ia cuba untuk menembusi zon tersebut setelah membuat penurunan hingga ke zon support $1246.

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.