Emas Logam Berprestij

Bila aje sebut perkataan prestij, mesti yang terbayang di fikiran dan minda anda adalah mengenai anugerah-anugerah besar seperti ABPH, AJL, dan seangkatan dengannya yang dijalankan secara gilang gemilang.

Namun, tahukah anda dalam banyak-banyak logam, ada satu logam yang sangat berprestij juga. Ia bukan sekadar menjadi perhiasan, tetapi ia juga menjadi model pelaburan yang sangat berpotensi tinggi.

Saya rasa anda sendiri dah tahu logam apa. Sebab saya selalu sebut-sebut tentang logam ni di dalam kebanyakan enrty saya. Ya.. betul tekaan anda tu.. Logam EMAS lah logam berprestij tu.

Logam emas ini jugalah merupakan salah satu logam yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan. Sebenarnya, sekiranya anda tahu betapa berisiko rendahnya pelaburan logam emas ni, sudah tentu anda akan berebut-rebut melabur dalam logam emas ni. Setuju tak dengan apa yang saya katakan ni?

Oleh kerana ia berada dalam kategori pelaburan berisiko rendah, ini tidak bermaksud yang pelaburan logam ini tidak menguntungkan. Walhal ia menjadi antara pelaburan yang memberikan keuntungan yang tinggi. Bahkan boleh lebih tinggi lagi dari pelaburan yang lain kerana keuntungannya ini boleh mencecah 3 kali ganda dari pelaburan biasa.

Amacam? Rasa teruja tak? Saya sendiri sudah jatuh cinta dengan logam emas ni sejak saya mula melibatkan diri dalam bidang pelaburan emas dan perak. Kalau anda juga tahu akan keistimewaannya, saya pasti anda juga akan jatuh cinta terhadapnya sebagaimana saya.

Tidak saya nafikan, walaupun pelaburan emas ni nampak macam mudah bagi orang ramai, tetapi sekiranya anda tahu akan perjalanannya menuju ke peringkat yang lebih tinggi, anda akan dapati betapa ilmu tentangnya sangat penting. Bukan boleh main labur begitu sahaja.

Yelah. Mungkin sebab ia berprestijkan! Sudah tentu untuk mencapai dan mendapatkan sesuatu yang sangat unggul ini kita memerlukan persediaan dan pengorbanan dari sudut yang lain. bersedia fizikal dan mental dan berkorban wang, masa dan tenaga untuk pelajari dan dalami lagi ilmu pelaburan emas ini. Dari situ, baru anda akan nampak di manakah keuntungannya dan bagaimanakah untuk menggandakannya lagi dan lagi.

Untuk anda terlibat di dalam pelaburan logam berprestij ni, ada 3 perkara yang anda perlu tahu iaitu emas dalam bentuk fizikal, emas dalam bentuk buku dan emas dalam bentuk trading. Sekiranya anda tahu dan jelas tentang pelaburan yang mana satukah yang anda lakukan, barulah anda boleh gunakan teknik yang bersesuaian.

1. Emas Fizikal

Emas fizikal ni adalah emas yang nyata. Orang kata trang tang tang, yang nampak di mata, yang boleh dipegang dan dirasa.  Ada emas berbentuk bar atau jongkong, ada emas dalam bentuk coin (dinar), dan emas dalam bentuk barang kemas.

Saya rasa anda mesti dah biasakan dengan emas ni sebagai barang kemas. Yelah, dari kecik sampai ke besar, bila sebut aje emas, apa yang terlintas difikiran kita cuma barang kemas. Tak kisahlah rantai ke, gelang ke, cincin ke sebab kita dah terlalu biasa dengan situasi tersebut. Tapi apa yang anda perlu tahu bahawa emas ni bukan hanya sekadar perhiasan ni aje. Ia lebih dari itu.

2. Buku Pelaburan Emas

Buku pelaburan emas ni adalah bukan emas fizikal. Ia hanyalah nama aje bagi sebuah buku. Kebanyakan bank menawarkan jenis buku pelaburan emas ini untuk menggalakkan orang ramai menyimpan emas, tapi seperti menyimpan wang di bank.

Walaupun ramai yang melibatkan diri dalam buku pelaburan emas ini, tapi bagi saya ia hanyalah sia-sia kerana anda tidak akan dapat the real gold depan mata. Pihak bank menyimpannya dan sekiranya anda hendak jual, anda juga tidak perlu untuk melihat emas. Hanya maklumkan pada pihak bank, dan mereka akan berikan anda wang jualan emas tersebut.

Anda tak rasa seperti apa yang saya rasa ke? Sebab ia umpama pihak bank tidak menjual emas kepada anda tapi mereka hanya menjual sekeping kertas atau buku yang dinilaikan dengan harga emas semasa. Anda beli buku dengan harga emas, dapat buku, bawa balik. Bila anda perlukan wang, anda jual buku tu balik pada pihak bank, dan aanda dapat duit. Sekirnya buku anda hilang atau rosak, atau terbakar, wang anda di bank burn begitu sahaja sebab tak ada bukti lagi dah.

Kalau anda sendiri melihat pada hukum melabur di dalam emas yang tidak mempunyai bentuk fizikalnya, ia dikategorikan sebagai haram. Lebih-lebih lagi jika pihak bank menyatakan anda beli emas dari mereka sedangkan mereka sendiri tidak mempunyai simpanan emas di bank. Ia jadi haram kerana memperdagangkan benda yang tak wujud.

Jika sebelum ni, memang pihak bank ada mengeluarkan emas fizikal, tetapi setelah mereka telah melakukan beberapa perubahan di atas beberapa faktor, emas fizikal sudah tidak keluarkan lagi untuk diserahkan kepada pemilik buku pelaburan emas. Melainkan bank KFH dan Al-Rajhi yang masih mengekalkan pengeluaran emas fizikal kepada pembelinya.

3. Trading Emas

Trading ni bermaksud membuat urus niaga saham di mana berlaku urusan jual beli menggunakan platform trading. Jenis pelaburan trading ni agak berisiko berbanding dua di atas kerana ia memerlukan ilmu yang lebih mendalam dalam bidang teknikal analisis, fundamental dan sentimen.

Hanya mereka yang mempunyai ilmu analisis ini aje yang dapat menjangkakan kemanakah arah pergerakan pasaran emas. Kesemua ini penting supaya mereka tidak tersilap langkah kerana sekali anda tersalah, wang anda akan lebur begitu sahaja.

Oleh sebab itu jugalah saya adakan program TG4M dan STS untuk educate orang yanga nak melabur dalam trading emas ini. Sebab saya tak nak mereka ni jadi trader yang gagal dan menjadikan platform trading ini sebagai perjudian.

Ya.. Perjudian! Sebab apa? Sekiranya anda tidak tahu apa yang anda lakukan, anda tidak tahu kemana arah pasaran, anda tidak tahu tindakan dan posisi apa yang anda perlu ambil, anda hanya memperjudikan wang dan hidup anda aje.

Trading ni bukan ruangan untuk anda try anda error. Tapi ia adalah ruangan untuk membuat pendapatan sampingan dan menaikkan taraf hidup anda dan keluarga anda. Jadi, nak jadi trader pun kenalah bijak. Kena ada ilmu. Kena ada mentor.

Kepentingan Ilmu

Dalam ketiga-tiga jenis pelaburan di atas, saya lebih memberikan penekanan kepada pelaburan emas fizikal kepada anda yang tidak ingin menanggung risiko yang tinggi dalam pelaburan. Kerana ianya lebih mudah berbanding yang lain. Umpama anda membeli kereta dapat kereta, beli rumah dapat rumah. Dan anda memilikinya secara fizikal. Bukan hanya bayangan di atas sekeping kertas.

Dalam membuat pelaburan emas fizikal, anda perlukan ilmu. Hanya ilmu yang boleh menentukan sama ada anda boleh mendapat keuntungan dalam pelaburan atau tidak. Jika anda tidak mempunyai ilmu, anda telah mempersia-siakan aje keistimewaannya yang bukan sekadar perhiasan.

Oleh sebab tiada ilmu juga, ramai orang telah terpedaya dengan skim-skim cepat kaya yang menjadikan logam emas sebagai material mereka. Dan anda pula hanya menyumbang kepada peratusan mangsa skim pelaburan emas ini. Sebab itulah saya katakan yang ilmu itu sebenarnya sangat penting. Dan sebab itu jugalah saya keluarkan buku Magnet Emas Magnet Kekayaan untuk mendidik orang ramai tentang emas ni.

Jangan lupa SHARE ye supaya ramai lagi orang dapat kesedaran tentang kepentingan ilmu.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.