Assalamualaikum & Good Morning..
Minggu lepas market gold sedang dalam keadaan uptrend, cuma price masih belum berjaya untuk membuat penembusan pada zon kuning $1270. Dan nampaknya market cuba membuat correction dahulu sebelum mencuba sekali lagi pendakian. So, macam mana pula dengan keadaan market gold pada minggu ni?
22 Mei 2017
Pada awal pagi ni market gold telah dipengaruhi oleh seller. Sudah tentu kalau ada seller yang banyak, price akan turun kan. Kalau anda perasan, waktu akhir malam jumaat yang lepas memang berlaku pergaduhan yang sengit dan hebat antara buyer dan seller. Tapi akhirnya buyer menang dan gold naik.. Yay…
Dan pagi ni menunjukkan ramai seller dari kalangan asia. Yang pasti, pergerakan market gold cantik seperti jangkaan saya pada minggu lepas.
Anda boleh lihat updated chart dari saya di bawah ini.
Sebenarnya, banyak sentimen yang menyatakan gold akan naik disebaban isu politik. Tapi sebagai chartist, saya just follow apa kata chart. Sebaai trader, kita kena follow ke mana arah chart. Dan kita juga kena ambil tahu akan isu fundamental yang boleh dijadikan sebagai panduan asas untuk faham kenapa gold bergerak ke sesuatu arah tersebut.
24 Mei 2017
Selepas gold membuat kenaikan pada isnin lepas, hari ni gold sudah menunjukkan pembentukan 2 top selepas berlaku rejection malam tadi di harga tertinggi.
Kadar penurunan saya jangkakan tidak berapa besar kerana mood bullish masih ada lagi. Untuk tf H4 mungkin anda nampak lagi jelas.
Anda perlu faham akan fungsi zon-zon kuning yang saya lukiskan. Zon kuning yang telah berjaya dilepasi sudah dikira basi tau. Maksudnya anda perlu fokus pada zon kuning yang baru pula. Saya jangkakan price akan pergi ke $1252.
25 Mei 2017
Market gold masih dalam keadaan sideway dan bermain-main di zon kuning semalam. Lihat pada tf D1.
Nak tahu akan pergerakan gold, anda juga kena selalu tengok-tengok pergerakan pasaran Dow Jones untuk USD sebab gold pasangannya USD.
Lihat pada chart Dow Jones di bawah ini. Dow macam nak pecahkan zon kuning tersebut.
Kalau Dow berjaya memecahkan zon kunig tersebut, maka gold akan membuat terjunan seperti jangkaan saya. So, buat masa ni, kita tunggu confirmation direction. So far, saya tak nampak lagi direction.
USD Index pula buat masa ni masih follow prediction.
Lihat road map terkini market gold. Mungkin price akan pecah resistance kali ini untuk percubaan kali ketiga di zon kuning.
26 Mei 2017
Kemanakah market hari ni? Perjalanan market gold semlaam memang boring. Pergerakannnya lembab sangat. Seperti yang saya jangkakan, gold mempunyai kekuatan untuk naik dan memecahkan resistance level semalam.
Kalau ikutkan, dah nak masuk 3 kali. Dan untuk 2 kali sebelumnya memang ada sela masa berjarak. So, kalau kali ni memang gold akan shoot up maybe sampai ke price $1300-$1375.
Anda boleh lihat roadmap saya seperti dalam gambar di bawah ini. Ada tanda segitiga ke bawah yang menunjukkan target market akan pergi.
Gold dah memecahkan level resistance seperti yang saya jangkakan..
Tahniah kepada yang profit.