Perjalanan Menuju Raya

Baru start berapa hari puasa, dah nak cakap pasal raya kan. Ha ha ha.. Walaupun masih jauh lagi kita nak smapai kepada raya, tapi ada sebab kenapa benda ni perlu diceritakan awal. Sebab kebanyakan orang lupa sesuatu dalam perjalanan menuju ke raya.

Apa yang saya nak kongsikan ni adalah bagaimana anda nak menuju raya dengan selamat. Maksudnya selamat poket anda dari kering masa raya sebab dah habiskan sakan masa puasa lah. Jangan buat-buat tak tahu pula. Bermula dari puasalah anda kena buat segala persiapan untuk menghadapi raya.

Tundukkan Nafsu

Perkara utama di bulan Ramadhan selain daripada menahan lapar dan dahaga, apa yang kita perlu buat?? Sudah tentulah menundukkan nafsu. Jadi apa yang kita boleh buat untuk tundukkan nafsu kita? Jaga mata dari lihat benda tak elok. Jaga lidah dari asyik bergosip pasal orang. Dan jaga perilaku.

Bab nak jaga perilaku ni macam susah sikitlah. Dalam berpuasa ni ada 3 benda yang anda kena jaga dalam perilaku anda bagi menundukkan nafsu.

1. Makanan Berbuka

Siapa kat sini setiap kali tengok makanan kat bazaar Ramadhan, semua dia nak angkut bawa balik?? Haa.. Part ni lah yang susahnya sebab nak kena lawan nafsu nak makan ni. Bukan apa, saya tengok pun kebanyakannya sibuk membeli, tapi bila berbuka tak habis pun semua makanan tu. Lepastu kan dah membazir aje membuang makanan.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menunjukkan rakyat Malaysia membuang kira-kira 17,800 tan makanan setiap hari.

17,800 tan tu banyak tu, bukan satu jumlah yang sikit. Jadi, apa salahnya sempena bulan Ramadhan yang mulia ni anda kurangkan pembuangan makanan? Beli sekadar 1 atau 2 jenis je.

Tapi sekarang kita nak bercerita soal perjalanan puasa menuju raya ni. Selain sebab membazir, salah satu sebab utama kenapa anda kena kurangkan banyak membeli makanan berbuka ni adalah untuk menjimatkan kos perbelanjaan anda ketika puasa.

Yelah. Kan dah tak ada makan tengah hari. Ada sahur dan berbuka je. Kalau anda dapat masak kat rumah aje, dan tak beli makanan di bazaar, lagi anda dapat jimatkan wang anda. Cuba bayangkan, kalau sehari anda belanja RM10 di bazaar, sebulan kan dah RM300. Saya rasa RM300 tu dah boleh buat wang untuk balik raya kan?

Sebab tu saya sarankan anda berjimat dalam bab makanan berbuka ni. Nak lebih jimat lagi, pergi berbuka di masjid. Dah lah dapat pahala solat berjemaah di masjid, dapat juga menjimatkakn perbelanjaan anda sendiri. Tak ke gitu?

2. Perbelanjaan

Semasa bulan puasa ni lah anda sepatutnya dapat memanfaatkannya dengan sebaiknya. Kalau anda berbuka di rumah, anda hanya perlu beli lauk basah aje. Kalau masih bujang, anda boleh berbuka bersama jemaah lain di masjid. Ambil peluang ni untuk kurangkan berbelanja di bazaar Ramadhan.

Saya boleh gerenti, jika anda kurangan perbelanjaan pada makanan, atau benda-benda yang tak berkepentingan, anda dapat jimat banyak sangat wang anda. Dan wang tersebut anda boleh gunakan ke arah lain.

3. Sedekah

Sekiranya anda dapat mengawal perbelanjaan berbuka anda, wang anda akan ada lebihan untuk anda bersedekah di bulan puasa ni. Bukankah pahalanya lebih banyak?

Cuba anda bayangkan, kalau anda berbelanja sakan, beli macam-macam makanan atau barang-barang yang bukan berkepentingan, apa yang anda dapat?? Wang anda habis macam tu aje. Anda hanya merugikan wang anda. Raya nanti macam mana?? Haa.. Takkan nak meminjam sana sini?

Takkan anda nak harapkan bonus raya. Kalau tak ada bonus raya? Tak balik berayalah  anda sekeluarga? Tapi cuba pula anda bayangkan jika anda banyakkan bersedekah. Allah akan gantikan sedekah anda tu berlipat kali ganda. Itu yang telah dijanjikanNya. Anda rasa mana yang lagi syok?

Bajet Raya

Sepanjang meniti jalan di bulan puasa ni, anda juga perlu membuat persediaan dan persiapan untuk bajet raya anda. Sebab apa? Sebab pada waktu raya itu nantilah anda nak pulang ke kampung halaman, berjumpa ibu bapa, sanak saudara, rakan taulan semua bagi mengeratkan hubungan siaturrahim.

Nak beraya ni bukan main raya je. Semuanya memerlukan persiapan perbelanjaan. Tak ada duit macam mana nak balik beraya? Anda sendiri tahu kos sara hidup sekarang ni dah tinggi. Ditambah pula dengan harga tol naik dan harga minyak naik tak menentu. Kita bukan hidup di zaman P.Ramlee yang jalan kaki atau naik basikal. Semua naik kenderaan yang pakai minyak. Lalu jalan pula jalan bertol. Macam mana tu?

Bukan boleh nak elak. Macam mana pun nak kena hadap tu semua gak lah. Jadi, anda kena buat persiapan awal. Kalau boleh lagi awal dari blulan puasa. Yelah, nak kumpul duit balik kampung, nak beli barang-barang untuk sambut raya, semuanya bukan boleh kumpul dalam masa sebulan. Kalau nak ikutkan, makan berbulan-bulan kumpul.

Tapi, kalau anda dah masuk bulan puasa ni baru nak kumpul, ada dua perkara yang anda perlu fikirkan dan asingkan. Yang pertama, apa perbelanjaan yang WAJIB bagi anda. Ia adalah perbelanjaan yang merupakan keperluan raya anda. Dan yang kedua, apa perbelanjaan yang TIDAK WAJIB bagi anda, iaitu ianya hanya sekadar kehendak anda sahaja.

1. Keperluan

Apa yang anda perlu standby adalah kos perbelanjaan pergi balik kampung seperti minyak kenderaan, tol, duit raya, barang-barang basah, serta duit kecemasan. Duit kecemasan ni penting sebab takut-takut masa on the way balik tu kot-kot terjadi sesuatu yang tak diingini ke seperti kereta rosak ke, sekurang-kurangnya di tangan anda sudah anda duit kecemasan. Haru kalau tak ada duit kecemasan ni.. Takkan nak beraya tepi jalan kot?

2. Kehendak

Apa yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan kos perbelanjaan untuk raya anda nanti, anda tak perlu untuk menukar langsir baru, kusyen baru, atau beli perabot baru, perkakas baru, kereta baru, ubah suai rumah. Semua ni tak penting pun. Melainkan anda ni memang kaya, duit banyak, beli apa pun lepas raya ada lagi, lain lah ceritanya.

Tapi bagi anda yang memang gaji cukup-cukup makan, anda perlu fikirkan sesuatu agar wang anda dapat menampung hari raya anda dan selepas raya. Tak perlu sampai nak meminjam sana sini atau buat loan bank semata-mata nak beraya.

Sebenarnya, untuk menyambut raya ni apa yang penting adalah anda bersihkan rumah anda, dan deko cantik-cantik je. Kalau anda masih ada baju raya tahun lepas yang masih nampak cantik, tak salah untuk anda gunakan kembali untuk raya tahun ni. Atau, anda beli baju raya pada malam raya atau lagi beberapa hari lagi nak raya. Waktu tu memang sale atau diskaun kaw kaw punya. Jimat pun jimatkan.

Begitu juga dengan sarung kusyen atau langsir. Anda boleh basuh dan pasangkan kembali. Apa yang penting adalah ianya bersih dan kemas. Sebenarnya, dengan menjimatkan kos-kos sebegini, anda akan dapat banyak menjimatkan kos perbelanjaan untuk raya anda.

Barulah raya anda nanti anda masih mempunyai duit. Kalau masa puasa ni anda dah boros dan beli sakan itu ini, takut-takut raya nanti lepas raya anda ikat perut pula sebab duit anda dah kekeringan.

Apa pun yang anda lakukan, anda perlu fikirkan untuk jangka panjang. Bukan hanya untuk seketika sahaja.

Jom SHARE posting ni, supaya rakan anda yang lain juga boleh turut sama berjimat cermat semasa puasa ni.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.