Assalamualaikum & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa..

Minggu lepas gold telah berjaya memecahkan zon kuning dan tahniah kepada yang telah pun profit. Namun, buat sekali lagi saya melihat price gold telah sampai ke level resistance yang seterusnya selepas memecahkan zon kuning sebelum ini.

Jom kita lihat apakah analisis saya minggu ini dan kemanakah arah market gold kali ini pula?

29 Mei 2017

Untuk hari ni, gold dalam keadaan bullish.

Lihat, ia masih lagi meneruskan perjalanan setelah memecahkan resistance minggu lepas. Level $1267 telah pun pecah.

Kalau anda perasan, ada garis hijau yang saya lukiskan dalam roadmap saya tu. Itu namanya line channel. Buat masa ni gold akan bergerak dan bermain dalam kawasan channel tersebut.

Jika anda lihat, price telah berada di bahagian atas line chanel. So, sasaran saya adalah gold akan turun mencari price $1257 dan $1250 melihat kepada kekuatan market samada untuk turun atau membuat u-turn. Anda juga boleh cari kebarangkalian lain selain penggunaan channel. Bagi saya, kemungkinan besar gold akan turun ke bawah mencari pivot line.

Lihat pada tf H4, nampaknya market dah ada tanda nak turun. Tapi sebab US cuti hari ni, so jangan terlalu berharap sangat yang gold akan sampai ke pivot line.

Nak jadi chartist ni banyak benda yang perlu anda pertimbangkan. Bukan sekadar analisis secara teknikal, anda juga perlu tahu akan perkara sekeliing dan fundamental supaya analisis anda lebih tepat.

30 Mei 2017

Jika semalam saya katakan gold akan membuat penurunan ke line channel di bawah, namun hari ni nampak gayanya market gold masih lagi bermain-main di kawasan zon kuning tersebut. Itulah market. Anda boleh predict, tapi market tetap akan ikut ragamnya tersendiri.

 

Lebih-lebih lagi ia akan berubah pada tf H1. Sebab itu jugalah kita gunakan tf H1 untuk intraday dan scalper sebab lebih accurate berbanding H4.  Sekiranya market gold tak nak turun, dan menembusi zon kuning tersebut, berkemungkinan price akan mencari zon kuning yang seterusnya iaitu kawasan gap yang terbentuk sebelum ini.

 

Nampaknya H1 dan start turun. Apa lagi anda tunggu? Sauklah untuk dapat duit raya.

Seperti jangkaan saya, gold turun ke line channel di bawahnya. Dah cecah pun.

Nampak tak rejection yang dibuat pada line lower channel tersebut? Itulah namanya level support yang menyebabkan price bergerak ke atas semula.

Anda boleh lihat roadmap saya di bawah ini. Saya target price akan ke atas semula setelah menyentuh support di line lower channel tersebut.

Apa-apa pun, kita kena selalu tengok confirmation pada market gold samada ye atau tidak gold akan shoot up. Tapi, jika sekiranya gold melepasi garis support, ini bermakna gold akan turun lagi. Memang macam tu lah ragam market.

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.