Logam Kuning Berharga

Seperti yang anda maklum, emas merupakan logam kuning semula jadi yang sangat berharga di muka bumi. Kita semua berebut-rebut nak memiliki logam berharga ni. Sebab apa? Sebab kita tahu 'value' emas ini. Suatu hari nanti, harganya akan meningkat berkali ganda dari harga sewaktu kita beli dahulu.

Seperti sekarang ini, harga emas adalah sekitar RM210 per gram. Bagaimana pula dengan dahulu? 10 20 tahun yang lepas? Harganya baru sahaja mencecah RM30 -Rm40 per gram. Dan sekarang, harga emas dijangkakan akan meningkat sehingga RM400 lebih dalam 2 ke 3 tahun lagi.

Sangat beruntungkan orang yang memiliki emas ini? Kerana dia boleh meningkatkan kekayaan hanya dengan beli dan menyimpannya untuk satu jangka masa. Tapi, sebelum saya bercerita lebih jauh, tahukah anda akan kisah awal mengenai logam emas ini?

Macam zaman kita, memang dah kebanyakan orang hanya tahu yang emas ini logam berharga kerana ianya ada nilai jika ditukarkan kepada tunai, tapi bagimanakah kisah awal logam kuning ini? Adakah sama juga penerimaan mereka mengenai emas ini?

Zaman Purba / Kuno

Untuk pengetahuan anda, emas merupakan logam pertama yang dijumpai oleh orang purba pada peradaban kuno suatu masa dahulu.

Oleh kerana ianya boleh di dapati dalam bentuknya yang tulen dan asli iaitu seperti bentuk ketulan (nuggets) atau kepingan (flakes). Tahukah anda bagaimana bentuk tersebut? Lihat 2 gambar di bawah ini yang menunjukkan contohnya.

Namun, saya tak pasti bagaimana cara mereka mendapatkan emas ini. Adakah sama seperti zaman kita sekarang ni atau pun tidak, wallahua'lam. Tapi, mungkin mereka menggunakan cara yang sama, iaitu melombong bagi mendapatkan emas. Sebab zaman dahulu kan zaman di mana banyak hamba abdi yang menjadi buruh mereka. Hamba ini akan dikerah untuk bekerja untuk tuan-tuannya.

Walaupun tidak diketahui tarikh yang tepat mengenai penemuan emas oleh orang purba, namun sudah semestinya orang purba ini hidupnya pada zaman tahun sebelum masihi lagi iaitu ribuan tahun dahulu. Tersangatlah jauh dengan zaman kita sekarang ni. Anda sendiri boleh lihat melalui penemuan-penemuan artifak emas yang dijumpai oleh pakar kaji arkeologi, lebih kurang begitulah tahun lamanya artifak emas yang dijumpai oleh mereka.

Emas Sebagai Perhiasan

Apakah kegunaan emas pada waktu dahulu? Adakah sama seperti sekarang?

Emas pada awal zaman dahulu pertama kali digunakan sebagai perhiasan kerana ciri-ciri logamnya yang mulur dan mudah dibentuk. Nampaknya keistimewaan emas sebagai perhiasan tetap kekal dari dulu sampai sekarang. Sama seperti apa yang terkandung di dalam al-Quran, bahawa emas dan perak merupakan perhiasan dunia.

Walau bagaimana pun, emas yang kekal dan berkilau ini telah dikaitkan dengan konsep royalti (kerabat diraja) dan keabadian kerana ia merupakan logam yang tidak mencemarkan dan tidak mengakis. Andai sahaja emas ini terbakar, ia tetap tidak akan terjejas kerana emas tidak akan binasa, tetapi hanya mencair sahaja.

Oleh itu, kebanyakan kerabat diraja zaman dahulu mempunyai pelbagai perhiasan daripada emas bagi menunjukkan mereka ini adalah golongan yang mulia dan harus disanjung tinggi.

Sehinggakan pengakhiran hidup golongan ini juga dimakamkan dengan pakaian dan perhiasan daripada emas. Sebab tu kalau anda perasan, kebanyakan makan-makan seperti Firaun dan seumpanya mempunyai logam berharga ini. Begitu gahnya nilai emas ini bagi mereka sehingga mereka juga cuba membawa kemegahan ini bersama setelah mereka tiada.

Seperti yang saya katakan tadi bahawa emas ini pada permulaannya digunakan sebagai perhiasan. Mungkin tak secanggih atau secantik perhiasan pada zaman kita ni, tetapi ia tetap memiliki keunikannya apabila emas diturut sertakan sebagai salah satu perhiasan pada barang kemas mereka. Anda sendiri boleh melihat bagaimana masyakarat pada zaman dahulu kala menjadikannya sebagai barang kemas mereka.

Kebanyakan tamadun awal menggunakan emas dalam bentuk barang kemas termasuklah tamadun Mesir Purba, tamadun Yunani dan tamadun Mesopotamia yang di dalam sejarah kita merupakan tamadun awal yang wujud sebelum masihi.

Dari semasa ke semasa, logam emas mula menjadi sinonim dengan konsep kekuasaan dan kekayaan kerana nilai logam emas tersebut yang tiada tara bandingnya dengan logam-logam lain. Cuba anda bandingkan antara emas dan kuprum, mana anda lebih minat? Sudah tentu emas kan! Kerana nilai emas itu tersendiri.

Sudah pasti orang yang memiliki emas ini dianggap kaya dan berkuasa kerana memiliki logam kuning yang juga boleh dijadikan sebagai alat pertukaran barang yang menggantikan kelemahan sistem barter. Bukan sahaja pada zaman dahulu, zaman sekarang  juga ramai yang menggunakan emas untuk mendapatkan sesuatu keperluan yang lain. Mereka menggunakan ar-rahnu atau pajak gadai untuk mendapatkan cash, dan hasil wang tersebut mereka membeli apa yang mereka inginkan.

Bersambung...

.

.

Nantikan siri seterusnya ye.. Jangan lupa SHARE pada yang lain..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.