Takut Inflasi?

Siapa kat sini yang tak takut dengan inflasi? Saya rasa, kalau anda orang yang melabur dalam emas, sudah pasti anda tidak akan gentar dengan inflasi kerana emas kalis inflasi. Emas pasti mampu melindungi kekayaan anda di saat kekayaan wang ringgit orang lain hilang ditelan inflasi.

Apabila menyebut soal inflasi, tahukah anda apa itu inflasi sebenarnya?

Inflasi ini adalah peningkatan harga barang yang berlaku secara terus menerus dan ia bukanlah melibatkan kenaikan sekadar 1 2 barang, tetapi majoriti kesemua harga barang dan perkhidmatan seperti bahan makanan, perumahan, kesihatan, pengangkutan dan lain-lain.

Apabila harga mula cenderung naik, anda perlu berwaspada kerana kenaikan harga barang ini akan menjejaskan sistem kewangan anda. Mana tak terjejas. Kalau dulu pun anda beli barang baru dalam RM50 dapat macam-macam, sekarang hampir RM50 hanya untuk satu barang. Belum lagi soal kenaikan minyak dan kenaikan barang keperluan lain.

Apakah yang menyebabkan berlaku inflasi ini? Untuk pengetahuan anda, inflasi ini berlaku apabila kenaikan permintaan telah melebihi penawaran, terdapatnya kenaikan kos pembuatan, meningkatnya jumlah wang dicetak seperti lebih banyak nilai ringgit, berkurang jumlah barang di pasaran, serta berlaku inflasi dari luar dan dalam negeri.

Di Malaysia sendiri, inflasi Malaysia telah mencecah paras tertinggi pada bulan Mac 2017 ini dalam tempoh 8 tahun ini apabila peratus inflasi telah cecah 5.1%. Tapi perkara ini tidak mengejutkan ahli ekonomi kerana harga bahan api yang telah meningkat dan faktor Ringgit Malaysia yang lemah menjadikan peratusan peningkatan inflasi ini berlaku.

Cuba anda bayangkan apabila harga petrol meningkat, kos pengangkutan terpaksa dinaikkan kerana harga pengangkutan terikat kepada petrol. Begitu juga kos pembuatan yang memerlukan bahan bakar api, perkara ini telah menyebabkan kos barang dan pengangkutan semakin meningkat. Macam mana kita nak elak dari inflasi?? Kena harung jugalah kan!

Jenis Inflasi

Oleh sebab inflasi ini ada jenis kategori-kategorinya, jom kita lihat apakah 4 jenis kategori inflasi ini iaitu inflasi ringan, sederhana, berat dan sangat berat. Malaysia di tahap mana ye? . Anda boleh lihat huraiannya seperti di bawah;

  • Inflasi Ringan (Creeping Inflation): inflasi kurang dari 10% bagi setahun. Inflasi ini tidak memberikan pengaruh yang besar terhadap kegiatan perekonomian.
  • Inflasi Sederhana (Galloping Inflation): inflasi antara 10% - 30% bagi setahun. Inflasi jeni sini belum merbahaya tapi telah menurunkan kesejahteraan masyarakat.
  • Inflasi Berat (High Inflation): Inflasi antara 30% - 100% bagi setahun. Inflasi ini akan menyebabkan keadaan ekonomi negara terganggu.
  • Inflasi Sangat Berat (Hyper Inflation): Inflasi lebih dari 100% bagi setahun. Pada saat ini, masyarakat tidak mahu lagi menyimpan wang mereka kerana nilai wang telah turun secara drastik. Ramai yang membelanjakan wang mereka kerana takut ia sudah tidak laku lagi.

 

So, bersediakah anda menghadapi inflasi? Memang sekarang ni dah ada sikit-sikit, tapi saya rasa sekarang ni pun anda dah mula terasa kesannya kan? Macam mana pula anda nak hadapi inflasi yang lebih teruk ye?

Bagi saya, tak ada benda lain yang mampu membantu anda ketika inflasi melainkan emas. Sebab pada saat itu nilai matawang akan jatuh dan mungkin aje hampir tidak laku. Apa guna wang ribu-ribu anda simpan di bank jika ia jadi tidak bernilai lagi?

Lain kisahnya dengan emas. Sekiranya anda menukarkan wang ringgit anda kepada emas, sudah pasti kekayaan anda terjamin. Lebih-lebih lagi harga emas akan melambung tinggi saat inflasi berlaku.

Apa tunggu lagi? Jom sama-sama kita melabur dan simpan emas. Kalau anda tak bertindak sekarang, bila lagi kan? Inilah satu-satunya persediaan yang anda boleh lakukan bagi melindungi kekayaan anda dari dimamah inflasi.

Nak Elak Inflasi?

Saya pasti, pasti ada juga di antara anda yang nak elak daripada inflasi ni kan? Sebab setiap orang mempunyai kapasiti masing-masing. Ada yang boleh bertahan dengan inflasi, dan ada yang kecundang. So, say anak kongsikan kepada anda di luar sana yang rasa akan kecundang kalau berdepan dengan inflasi.

Anda boleh ambil beberapa tips di bawah ini dan gunakannya untuk mengelakkan daripada inflasi yang berlaku.

1. Kembangkan Pendapatan

Tak kiralah dari pendapatan tetap anda ke, atau pendapatan sampingan, anda perlu kembangkan lagi hasil pendapatan anda supaya ia bercambah. Dengan memperkembangkan lagi pendapatan, anda dapat mengurangkan diri daripada terasa dan terkesan dengan inflasi yang berlaku.

Ya, memang pada waktu inflasi harga barang pasti mahal. Tetapi dengan pendapatan anda yang dah bercambah, anda boleh beli barang tanpa risau akan masalah wang tidak cukup.

2. Pelbagaikan Sumber Pendapatan

Anda juga boleh buat lebih kerja untuk tambahkan lagi sumber pendapatan anda. Saya pasti, kerja yang anda ada sekarang ni pun belum tentu mampu untuk anda tampung perbelanjaan sebulan. Sebab itu lah perkara yang berlaku sekarang ini disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Jadi, anda boleh buat kerja part time yang mampu memberikan anda income sampingan selain gaji tetap anda. Sekurang-kurangnya ia mampu menampung perbelanjaan anda ketika sesak.

3. Pelbagaikan Saluran Pelaburan

Selain itu, anda juga boleh membuat beberapa bentuk pelaburan yang boleh mengembangkan duit yang anda miliki. Cara pelaburan ini mungkin lebih mudah bagi anda seperti anda melabur  di dalam saham yang selamat.

Selain saham, anda juga boleh membuat pelaburan dalam hartanah seperti menjadikan hartanah anda sebagai aset yang memberikan pulangan wang kepada anda. Tambahan pula, nilai hartanah akan semakin meningkat jika inflasi meningkat. So, anda tak rugi pun.

Kalau anda tahu teknik untuk melabur dengan bijak, saya pasti anda akan dapat mengembangkan duit anda melebihi dari kadar inflasi pada tahun yang akan datang.

4. Tukar Mindset

Selain tips-tips di atas, apa yang anda perlu lakukan adalah anda perlu tukar mindset anda. Jika sebelum ni anda tak ambil tahu pun soal ekonomi, apa kata selepas ini anda ambil cakna soal ekonomi. Sekurang-kurangnya dari pengetahuan anda, anda boleh membuat persiapan awal.

Anda juga boleh pelajari ilmu yang berkaitan dan ambil tindakan yang bijak supaya anda dapat mengelakkan kekayaan diri anda daripada ditelan oleh inflasi.

Sayangilah diri anda dan keluarga anda. Memang wang bukanlah segala-galanya untuk anda hidup, tapi untuk meneruskan kehidupan, anda memerlukan wang. Walau bukan dalam bentuk matawang seperti emas, rumah, tanah, ia tetap berharga.

Bersediakah anda menghadapi inflasi?

.

.

Jom SHARE pada rakan-rakan yang lain.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.