Kemulian Bulan Ramadhan

Sedar tak sedar, hari ni dah masuk 13 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Hampir separuh bulan Ramadhan kita dah lalui. Bagaimana dengan amalan kita di bulan puasa ni? Adakah kita telah meningkatkan amalan kita?

Sepatutnya pada bulan ini kita wajib bersyukur kepada Allah swt kerana masih mengurniakan kita kehidupan, masih mnegurniakan kita nyawa untukbernafas. Dan pada bulan puasa inilah kita sepatutnya perbanyakkan berzikir, bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah. Kurangkan daripada mengumpat, mengata dan bergossip tentang orang lain.

Mungkin sebelum ni kita tak pernah buat solat taubat. Atau mungkin jarang sekali lebih-lebih lagi sejak kita sudah mula bekerja, sibuk dengan urusan dunia, anak bini dan sebagainya. Jadi, apa kata ambil peluang yang ada di bulan mulia ini untuk kita mohon keampunannya sebab kelalaian dan kealpaan kita terhadapNya.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala isi hati kita. In Shaa Allah, Allah akan mengampunkan segala dosa kita jika kita benar-benar ikhlas memohon keampunan daripadaNya.

Kita sepatutnya sedar bahawa mati ini datang secara tiba-tiba. Kita takkan tahu bila, di mana dan kenapa. Ada yang elok-elok je pada pagi hari, tup tup meninggal pada tengah hari. Ada yang kita baru je jumpa semalam, sihat aje, tapi hari ni dengar dah meninggal.

Ajal ni tak mengira usia. Oleh sebab tu kita kena selalu memohon taubat kepadaNya sebab kita manusia ni tak sempurna, sentiasa tak terlepas daripada melakukan dosa. Apa yang saya katakan ni adalah sebagai teguran buat diri saya dan untuk anda semua juga.

Cuma terletak pada diri kita sendiri untuk memohon kepadaNya supaya mengampunkan segala dosa-dosa kita dan memasukkan kita ke syurga.

Jika sebelum ini saya ada katakan mengenai doa mustajab ketika saat hampir berbuka, adakah anda melakukannya? Adakah anda memohon kepadaNya di saat waktu mustajab tersebut? Jangan pernah sia-siakan peluang yang telah diberikan kepada kita.

Gunakanlah masa yang ada sekarang ni dengan sepenuh manafaatnya kerana mungkin akan datang kita dah tak merasainya lagi.

Saya terpanggil untuk berkongsikan dengan anda hadith berkenaan dengan bulan Ramadhan ni bulan penuh rahmat, keampunan dan pembebasan dari neraka.

Bukan sepertiga di bulan puasa, tetapi keseluruhan bulan puasa ini dipenuhi dengan rahmat, keampunan dan pembebasan neraka.

1. Hadits Abu Hurairah radhiallahu’anhu, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

من صام رمضان إيمانا واحتسابا ، غفر له ما تقدم من ذنبه

Orang yang puasa Ramadhan karena iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR. Bukhari no.38, Muslim, no.760)

2. Hadith Jabir bin Abdillah radhiallahu’anhu, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

إنَّ للهِ في كلِّ يومٍ وليلةٍ عُتَقاءَ مِنَ النَّارِ في شهرِ رمضانَ وإنَّ لكلِّ مسلمٍ دَعوةً يدعو بها فيُسْتجابُ له

sesungguhnya di setiap hari dan malam bulan Ramadhan dari Allah ada pembebasan dari api neraka. dan bagi setiap Muslim ada doa yang jika ia berdoa dengannya maka akan diijabah” (HR. Ahmad 2/254, Al Bazzar 3142, Al Haitsami berkata: “semua perawinya tsiqah”).

3. Hadits Abu Sa’id Al Khudri radhiallahu’anhu yang dikeluarkan oleh At Tirmidzi, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ، وَمَرَدَةُ الجِنِّ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ، وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ، فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ، وَيُنَادِي مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ

Pada awal malam bulan Ramadhan, setan-setan dan jin-jin jahat dibelenggu, pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Pintu surga dibuka, tidak ada satu pintu pun yang ditutup. Kemudian Allah menyeru: ‘wahai penggemar kebaikan, rauplah sebanyak mungkin, wahai penggemar keburukan, tahanlah dirimu’. Allah pun memberikan pembebasan dari neraka bagi hamba-Nya. Dan itu terjadi setiap malam” (HR. Tirmidzi 682, dishahihkan oleh Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi)

Sumber: Muslim.or.id

Jadi, gunakanlah peluang yang ada di bulan Ramadhan ini untuk anda meningkatkan amalan. Mohon rahmat daripaNya, mohon keampunan daripadaNya, mohon dijauhkan dari api neraka.

.

.

Jom SHARE supaya ramai mendapat munafaat daripadanya..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.