Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jika minggu lepas, saya ada menyatakan yang gold akan shoot up berdasarkan kepada garis hijau yang saya lukiskan dalam roadmap saya. Dan nampaknya market gold besar-benar shoot up apabila NFP pada jumaat malam lepas membawa gold meletup naik hingga memecahkan kawasan zon gap yang telah lama terbiar.
Tahniah kepada yang profit.
Untuk minggu ini, apakah yang akan terjadi pada market gold pula? Adakah gold akan meneruskan kenaikannya? Atau membuat penurunan?
5 Jun 2017
Melalui pemerhatian saya pada hari ni, dalam tf H4 gold nampaknya akan galak bergerak dalam keadaan bull.
Lihat zon kuning di atas, kawasan gap yang besar hampir tertutup dan tidak jauh dari itu price $1295.50 yang berada pada radar harga psiko $1300.
Cuba anda lihat pula possibility pergerakan market dalam tf Daily pula.
Jika anda lihat kedua-dua gambar di atas, terdapat perselisihan antara price $1300 dan $1375.
Saya menjangkakan pada hari ini atau esok kita akan dapat membuat jangkaan bahawa market akan naik lebih tinggi atau hanya tersekat di level $1300.
Buat masa ni, USD nampaknya masih lemah dan membolehkan gold membuat continuation bullish last week.
Jika anda melihat kepada tf H1 sekarang ini..
Ini adalah situasi untuk gold cuba untuk memecahkan garisan trendline di atas price sekarang. Jika price tidak berjaya, maka gold akan turun seketika dan mencari kembali momentum untuk memecahkan benteng resistance tersebut.
Saya rasa anda sendiri dah boleh faham akan ragam mr. market ni. Apabila price tak dapat tembus level resistance, dia akan buat penurunan sebelum naik semula. Begitu juga sebaliknya apabila price tak dapat menembusi level support, maka dia akan naik semula untuk mengambi momentum baru.
Reaksi seterusnya nanti kita akan lihat apa yang akan berlaku selanjutnya dari keputusan market. Jika anda sudah terlepas untuk entry buy, jangan gopoh-gopoh untuk masuk. Nantikan peluang untuk entry di paras support nanti. Cuba lihat peluang tersebut di panel tf H1 pada indikator BB - mid band.
Dalam tf H1 sekarang ni saya lihat sudah ada rejection. Rejection pada garis trendline yang saya sebutkan tadi.
Kalau anda perasan, pagi tadi market open dengan ada gap up dan pivot pula di bawah open pagi ini. So ada possibility price akan turun untuk anda mencari setting position buy di area mid band H1. Macam tu lah cara yang betul nak entry jika anda dah terlepas peluang untuk entry.
Tapi, jangan lupa apa yang saya sebut tadi. USD masih lagi lemah dan gold pula sudah berada di kawasan zon open gap bulan 4 dahulu. Maknanya market still bull. Cuma anda kena mencari position buy yang terbaik.
Lihat pergerakan market gold dalam 8 jam.
Lihat pula pergerakan market gold dalam 11 jam.
6 Jun 2017
Lihat pagi ni punya market.
Jika anda perasan, ada satu bentuk chart pattern yang terbentuk sejak semalam iaitu chart pattern flag. Dan ia berlanutan hingga ke hari ni.
Nampaknya market gold fly hari ni sampai ke puncak. Buat masa ni tf H1 ada tanda market dah lemah. So, kita tunggu candlestick jam 10pm nanti. Kalau pecah level $1300 standby untuk fly lagi.
Anda boleh lihat roadmap saya terkini. Price dah dekat dengan target level yang saya tandakan.
Maybe akan terbentuknya 2 top untuk next move.
Situasi sekarang gold tengah strong dan USD masih melemah. Lihat chart USD index di bawah ini.
USD bergerak sebagaimana prediction saya pada garis gold tersebut. Tapi dia dah berada pada lower channel. Sama macam keadaan market gold yang sudah berada pada upper channel.
So fahamkan geraknya? Jika ikut pada chart di atas, gold akan turun dan USD index akan naik untuk sementara waktu ini.
7 Jun 2017
Ke mana market hari ini?
Ini situasi market sekarang ni:
1) Rejection lewat malam semalam dah cantik. Tetapi pergerakan awal pagi ini perlu diperhatikan sebab ada tanda2 buyer sedang accumulate untuk masuk pasaran lagi.
2) USD nampaknya pagi ini masih lemah dan ia memberi kesan secara tidak langsung untuk menyokong gold untuk naik lagi.
3) Pada tf H1 sudah nampak divergence yang memberi maksud gold akan membuat pergerakan bearish. Namun tf H4 bull masih strong.
4) Price highest semalam $1295.97. Jika dibandingkan dengan previous high $1295.38 ia menunjukkan ada tanda-tanda gold akan naik lagi.
5) Lihat price $1295.97 vs $1300.00. Bermakna ada kemungkinan gold akan mencari price $1300 hari ini untuk TEST resistance level $1300.
6) Nanti cuba perhatikan dan fahamkan candlestick di tf D1 yang akan saya sharekan di bawah nanti. Ia memberi maksud pergerakan market hari ini penting untuk memberitahu next movement gold. Selepas semalam marubozu terbentuk. Anda tahukan fungsi cs marubozu? Ia menunjukkan market tengah strong.
7) Dalam long term chart saya, cs telah keluar dari sarangnya. (Nanti tengok chart tf D1).
Namun mengikut sistem STS, breakout yang berlaku tidak begitu strong untuk push gold market melonjak ke price $1400. Candlestick marubozu semalam memang kita kena tunggu partner dia hari ini untuk lihat hala tujunya esok.
Anda cuba hadamkan apa yang saya sampaikan ini.
Anda lihat pada line pink yang saya lukiskan. Itu adalah prediction saya pada pergerakan market gold. Sebab gold dah sampai pada line upper channel. So, dia akan turun semula ke lower channel. Dan kalau momentum seller, dia akan turun lagi ke garis merah bawah tu.
8 Jun 2017
Lihat pada tf yang lebih besar. Market menunjukkan tanda yang dia akan membuat penurunan.
Masa yang di tunggu semalam menampakkan tanda-tanda market akan turun. Saya harap anda semua faham dan belajar something tentang membaca pergerakan market.
Insyallah market akan turun. Kalau naik pun untuk membuat pull back sementara. Setakat ini masih dia follow prediction yang saya buat.
Dah 3 kali jumpa resistance become support.
Market dah start turun dalam tf H1.
Lihat! Market gold dah turun dari line upper channel melepasi garis merah dan hampir tiba di lower channel.
Buat masa ni tf H1 nampak tanda nak bull semula. Ada rejection di lower channel. Tahniah kepada semua yang entry sell dari upper channel. Dah boleh belanja makan dah.. Ha Ha Ha..
9 Jun 2017
Untuk hari ni anda perlu berhati-hati sebab banyak sentimen akan berlaku untuk election UK nanti. Untuk gold, saya lihat pergerakan pullback semalam. Dari chart yang saya post untuk hari semalam, nampaknya masih follow market. Overall saya melihat gold kemungkinan besar akan naik semula mencari price $1300.
Sebab apa? Jika anda lihat akan harga tertinggi sebelum ini, market gold masih belum berjaya mencecah $1300. So, pergerakan sekarang adalah bersifat correction (turun) untuk pergerakan bullish. Tapi apa-apa hal, kita perlu melihat pergerakan hari ini dan kalau tidak ada keputusan kena tunggu isnin untuk melihat sampai mana pergerakan gold untuk naik ke atas.
Samada hari ini gold akan membuat low yang baru dari low semalam atau market akan sampai pada traget yang saya jangkakan dan terjun semula.
Untuk pergerakan setakat petang ini saya melihat gold nampaknya akan turun lagi.
Kalau anda nak entry, anda boleh cari entry di setting TG4M. Entry di tf M5 dan refer juga kepada pivot line sebagai TP.