TA & FA VS Trading?
Teknikal Analisis & Fundamental Analisis
Teknikal Analisis (TA) dan Fundamental Analisis (FA) adalah ilmu untuk kita 'membaca' pergerakan market. Ilmu ini bertujuan untuk mencari 'arah trend' pergerakan market. Anda boleh belajar dan fahami tentang market dari semua sudut.
Banyak sumber yang anda boleh pelajari untuk ilmu ini samada dari buku, dari magazine, artikel, youtube, ebook atau berguru untuk mempercepatkan pemahaman anda tentang banyak perkara yang asing dari kehidupan seharian kita. Ya.. Inilah situasi saya waktu mula-mula cuba mengenali market dulu.
Dengan ilmu yang ada ni kita akan dapat melihat keadaan market yang besar dan kita juga akan dapat melihat keadaan naik dan turun pasaran. Kalau bagi anda yang baru aje berjinak-jinak dengan 'chart', mesti anda akan lihat pasaran ni macam tidak keruan dan lintang pukang.
Tapi bagi anda yang dah ada background tentang market maybe dari study dulu memang dah ambil course yang berkaitan ini memanglah ia satu bonus buat anda. Akan tetapi bagi orang baru macam saya dulu pada tahun 2011 memang terasa asing sangat.
Tapi demi untuk challange diri sendiri, syukur Allah izinkan dan sampai sekarang saya masih lagi belajar sebab ilmu Allah kan luas. Lagi dalam kita gali lagi banyak kita tak tahu sebernarnya. Malah bukan sahaja dalam market tapi dalam apa-apa juga bidang lain termasuk kerja kita.
Apa yang penting adalah kita tahu nak guna ilmu tersebut untuk apa. Bukan saja-saja belajar dan tak tahu untuk apa gunanya. Kita tahu kat mana nak apply kan dia. Bukan dah belajar, tapi tak apply pun tak guna. Kita tahu apa kelemahan terhadap ilmu tersebut dan apa kelebihannya (limitation sesuatu topik). Dan ianya dapat kita guna pakai untuk 'pakaian' kita.
Kalau tidak nanti, akhirnya kita akan jadi macam professor. 'Professor serba tahu' tapi ilmu tak apply. So macam mana nak apply ???
Pastinya ilmu tersebut kita belajar ada matlamat! Sama ada kita nak guna untuk nak buat duit dari stock market ke, trade currency ke, trade commodity ke, dan macam-macam lagi lah yang boleh membuatkan ia mencapat matlamat asal kita dulu!
Ye laaaa kan! Duit dan masa dah habis guna untuk belajar. So kini tiba masa untuk buat duit la pulak! Kalau professor tu tak apa laaa. Dia ada gaji dari universiti untuk mengkaji dan menguraikan rahsia yang masih tersembunyi. Itu memang kerja dia kan!
So pastinya sasaran kita adalah untuk dapatkan income kepada kita sama ada secara full time atau pun secara part time dan mengikut kehendak sasaran kita. Kan mudah untuk kita nak faham sebab dan asbab ini. Betul kan!
Tapi ada satu isu yang menyelubungi trader. Kebanyakkannya mereka ini fikirkan hendak 'TEKAN' butang buy sell aje. Kalau stock market tu, nak cari stock apa? Lepas tu nak kena tekan buy berapa lot? Kalau gold pula, pantang mengadap chart, asyik nak buy sell aje. Sedangkan ilmu FA TA yang sepatutnya mereka kuasai itu dah mereka tolak tepi. 'Janji dapat tekan' katanya!
Ada juga yang kata, dia dah belajar TA & FA tapi sebab apa masih lagi banyak kesilapan dan kerugian yang dia hadapi? Apa sebenarnya yang berlaku eh?
Ini ada kaitan dengan cara kita trading. Adakah kita trading ni berdasarkan ilmu TA dan FA atau kita main hentam semberono aje tanpa peduli akan ilmu analisis yang kita ada?
Trading
Jika TA dan FA adalah ilmu yang kita belajar untuk kenal market. Trading ni pula adalah satu SKILL yang kita boleh dapat hasil daripada pengalaman berhadapan dengan market. Setelah kita apply ilmu TA dan FA, sudah pasti kita akan dapat cara trading yang TERSENDIRI.
Inilah dia yang dipanggil skill yang mana kita dapat dari pengalaman trading. Skill ini termasuklah style kita trade, cara kita lihat market, dan cara kita trade market.
Saya boleh bagi kes study mudah sebagai contoh untuk anda semua mudah faham akan perbezaan antara TA, FA dan Trading.
Kes Study 1:
Bayangkan semua orang boleh bawa kereta. Tapi berapa ramai yang boleh bawa kerera laju-laju? Berapa ramai yang boleh berlumba atau buat drift dengan kereta mereka? Berapa ramai yang boleh main cilok-cilok dengan kereta mereka?
Tidak semua kan! So ilmu bawa kereta ni tidak menjanjikan anda boleh jadi champion F1. Mahupun macam si Dominic Fast Furious tu. Atau pun jadi macam raja drift macam tengku Djan.
Jadi, apa yang membezakan anda bawa kereta dengan berhemah dan mereka yang terrror drift ni? Sudah semestinya SKILL. Hanya mereka yang ada skill dan selalu apply skill tersebut baru mereka boleh bawa kereta seperti apa yang mereka inginkan.
Kes Study 2:
Jom lihat contoh dalam kes study kedua ni pula. Saya bagi contoh diri saya aje. Saya ni seorang graduan engineering. Tapi antara ramai-ramai graduan engineering berapa ramai yang keluar akan terlibat dalam industri ni nanti? Anda rasa berapa ramai yang jadi authority? Berapa ramai yang jadi professional dan consultant? Berapa ramai yang jadi kontraktor? Dan berapa ramai yang tukar bidang jadi cikgu untuk mengajar?
Apakah ilmu yang masa kita belajar dulu tak sama? Sebenarnya semuanya sama aje. Cuma minat dan kehendak kita yang berbeza dan pastinya menghasilkan SKILL masing-masing yang berbeza.
Kes Study 3:
Bagi kes study yang ketiga, saya bawakan contoh mengenai Champion tinju iaitu Muhammad Ali dan Mike Tyson. Mereka pastinya belajar asas untuk menjadi peninju kan! Tak caya? Cari lah pak cik google untuk tengok equipment mereka berlatih.
Tapi apakah yang membezakan antara mereka ini dengan peninju-peninju yang lain? Sudah pasti yang membezakan mereka adalah SKILL. Cara bagaimana untuk mereka membaca pergerakan badan pihak lawan mereka, cara bagaimana mereka boleh mengelak tumbukan yang padu dan pada masa yang sama mereka dapat melakukan serangan balik dan macam-macam lagi.
So, apa yang mereka lakukan sebelum bertanding?
1) mereka berlatih utk fitness
2) mereka menonton video 'lawan' mereka pada siri2 perlawanan yang lepas-lepas
Dari situ mereka akan nampak ada pattern tersendiri pada pihak lawan mereka. Mereka juga nampak di manakah titik kelemahan pihak lawan dan dengan skill yang mereka ada mereka cuba memenangi pertandingan yang telah dirangka.
Kes Study 4:
Lagi satu kes study yang lebih best. Pastinya anda pernah menonton cerita Ip Man kan! Cerita Ip Man ni ada beberapa siri kan. Kalau kita lihat masyarakat Cina terkenal dengan kung fu mereka. Kung fu mereka ni pula ada macam-macam jenis. Ada Shaolin, Tai Chi, Weng Chun dan macam-macam lagi dan mereka menguasai beberapa teknik termasuk pertempuran tangan kosong dan bersenjata.
Latih tubi mereka ini yang mematangkan hasil buat mereka dan akhirnya mereka ada SKILL tersendiri bagaimana untuk berhadapan dengan musuh.
Jika anda lihat video ini, kita akan dapat rasakan bagaimana sukarnya untuk menundukkan musuh dan perlunya kombinasi ilmu dan teknik serta daya tahan dan semangat juang yang tinggi untuk menang.
Intipati Kes Study
Apa yang anda dapat dari kes-kes study yang saya kongsikan?
Bagi anda yang pernah terlibat dengan stock market, currency market, commodity market, index dan lain-lain, anda akan lebih faham apa yang saya sampaikan. Sebab fakta menyatakan bahawa 90% dari orang yang bernama trader telah kecundang diterajang oleh Mr. Market.
Hanya 10% sahaja yang berjaya dan mereka ini adalah orang yang sedar siapa diri mereka. Mereka belajar untuk memperbaiki diri mereka, mereka belajar di mana kesilapan mereka, dan mereka membuat come back bukan untuk membalas dendam terhadap market, tetapi mereka tahu apa yang mereka hendak dari market.
So, apa yang saya kongsikan dalam kes study ini adalah benda ni sama aje macam trading. Setiap orang mempunyai ilmu TA dan FA tetapi cara pembawakan trading mereka tidak sama. Sebab mereka sendiri dah jumpa rentak bagaimana cara mereka nak trade.
Kalau anda tanya saya, TA dan FA ni memang boleh belajar. tapi kalau anda nak belajar cara trading, anda kena laluinya sendiri. Baru anda akan tahu bagaimanakah cara trade yang sesuai buat anda.
Dalam program yang saya anjurkan iaitu Trade Gold For Money (TG4M), anda akan diajar cara untuk entry dan mencari arah market untuk short term. Manakala dalam program advance iaitu Simplified Trading Signal (STS), anda akan diajar cara untuk membaca selok-belok gerak tari market yang sudah semestinya mempunyai pelbagai ragam dengan kaedah tertentu.
Inilah sajian ilmu terbaik yang saya boleh sajikan buat anda yang nak belajar ilmu tentang TA dan FA. Pintu-pintu ilmu ini dibuka untuk anda dapat melihat susur galur dan prosedur dalam memahami market.
Tapi!
Untuk anda mendapatkan SKILL, anda perlu buat latih tubi berkali-kali. Anda perlu buat back test dalam akaun demo. Anda perlu membaca market yang terdahulu. Anda perlu membuat analisa performance trading anda walaupun hanya dalam akaun demo. Anda perlu cari mana lompang-lompang ilmu yang kurang untuk anda update dengan situasi terkini. Baru akhirnya adan dapat bertanding dan bergusti dengan Mr. Market.
Kalah atau menang??
Serahkan semuanya pada Allah sebab bukankah rezeki itu milik Dia. Jika segala persiapan telah dibuat terlebih dahulu, insyaallah, anda akan tergolong dalam golongan 10% trader yang berjaya. Sekiranya anda berjaya, jangan lupa diri dan ingat kembali siapa yang MEMBERI.
Namun, jika anda kalah. Jangan putus asa. Muhasabah diri anda kembali. Cari semula punca kegagalan anda. Adakah anda terlepas pandang perkara yang penting? Atau adakah anda emosi semasa trade? Perbaiki kembali cara trading anda.
.
.
Artikel ini adalah olahan dari petikan asal di FB Pages : IrSofianFan
Ada 3 posting berkaitan artikel ini yang anda boleh dapatkan dari Fb Pages tersebut;
Bab 1: Apa beza antara 'Muhammad Ali' dan 'Mike Tyson'?
Bab 2: Apa beza antara 'Muhammad Ali' dan 'Mike Tyson'?
Bab 3: Apa beza antara 'Muhammad Ali' dan 'Mike Tyson'? Ip MAN?
.
Jangan lupa SHARE ye pada sahabat yang lain..