Emas Sebagai Wang?

Jika sebelum ini saya dah menceritakan bagaimana logam kuning ni menjadi revolusi perdagangan kepada sistem barter, kali ini saya ingin berkongsikan kepada anda bagaimana emas ini mula dijadikan sebagai wang oleh tamadun dulu.

Oleh kerana sifat emas ini sendirilah yang telah menjadikan ia sebagai pilihan yang tepat oleh kebanyakan tamadun untuk menjadikannya sebagai wang.

Mungkin ada antara anda yang masih lagi tidak tahu dan tertanya-tanya apakah sifat emas ni yang menyebabkan ia dipilih menjadi wang pada ketika dulu. Anda mungkin boleh baca serba sedikit huraian saya mengenai sifat emas ini yang menjadikannya terpilih sebagai wang di bawah ini.

Sifat Emas

1. Emas adalah logam yang jarang ditemui

Emas ini sebenarnya adalah logam yang susah untuk diperolehi. Yelah, untuk mendapatkannya aje mereka perlu melombong, menampi, dan kemudian menempa. Pengumpulan emas ini juga memakan masa yang lama. Sebab itu emas ni boleh dikategorikan sebagai logam yang RARE. Bekalan emas dunia pun kalau meningkat hanya sekadar 1% ke 2% setahun aje.

Anda sendiri boleh menilai betapa rare nya emas ni sehingga ianya sukar untuk diperolehi. Sebab itu ia memegang nilai yang sangat bagus.

2. Emas mempunyai nilai intrinsik

Emas ni kalau anda lihat, ia mempunyai nilai yang UNIVERSAL sejak dari awal tamadun lagi. Nilainya yang universal ini menjadikan ia logam yang boleh dijadikan sebagai pertukaran dengan apa-apa barang pun. Sebab itu juga ia dijadikan sebagai alat pertukaran yang menggantikan sistem barter kerana nilainya itu.

3. Emas ni mulur, lembut dan mudah ditempa

Antara sifat emas yang MULUR dan lembut inilah yang menjadikan ia pilihan untuk dijadikan wang. Sebab ia memudahkan emas untuk ditempa untuk dijadikan dalam bentuk syiling.

4. Emas ni kebal dan kekal

Emas ni sangat unik sebab ia tidak memberikan tindak balas terhadap udara, kelembapan atau benda-benda yang boleh menghakiskan. Oleh itu ia menjadikan ia sangat IMMORTAL dan kebal untuk ia mudah rosak. Sudah tentu sebagai wang, ia sangat berguna sebab ia boleh kekal lama.

5. Emas mudah untuk dikenalpasti

Siapa yang tak kenal emas kan? Oleh kerana ketumpatan dan warnanya yang kuning keemas-emasan tu lah menjadikan ianya sukar untuk disalah faham. IDENTITY nya juga mudah untuk dikenalpasti. Ini kisahnya pada zaman dulu lah. Kalau nak kata zaman sekarang ni lain sikit. Sebab orang zaman sekarang ni dah advance dan otaknya lagi ligat untuk menipu. Sebab tu kalau sekarang ni anda nak beli emas, anda kena buat ujikaji dulu.

6. Emas memenuhi semua ciri-ciri wang

Oleh sebab emas ni memenuhi ciri-ciri wang, jadi ia memang sangat sesuai untuk dijadikan wang. Antara ciri-ciri wang ialah emas ini boleh jadi sebagai MEDIUM alat pertukaran. Dengan emas, anda boleh tukarkan ia dengan barang keperluan anda yang lain.

Selain itu, emas juga menyimpan nilai yang tersendiri kerana walaupun ia disimpan lama ia tetap memegang nilai yang sama. Bahkan mungkin lagi meningkat. Emas juga memenuhi ciri-ciri wang yang memiliki unit akaun seperti ia boleh dibahagikan, boleh digunakan untuk tujuan lain, dan mudah di alih.

Oleh kerana keunikan sifat emas ini lah menjadikan emas telah dicipta menjadi sebagai alat matawang mereka. Bahkan, sejak ia digunakan secara meluas ketika tamadun Rom, tamadun-tamadun lain juga terus menerus menggunakannya sebagai wang sepanjang sejarah mereka.

Bagaimanapun, setelah penciptaan sistem perbankan dan matawang kertas, peranan emas dan perak sebagai wang mula berubah kerana matawang kertas dicipta dan mula mengambil alih tempat emas. Mungkin kerana emas ini sukar untuk diperolehi, menjadikan mereka ingin mengurangkan kos perlombongan dan penempaan, jadi matawang kertas digunapakai.

Namun, anda sendiri boleh lihat kelemahan matawang kertas ini kerana ia sendiri tidak memegang apa-apa nilai sepertimana bernilainya emas itu sendiri.

.

.

Emas hingga kini masih lagi memegang nilai sebagai wang. Hanya emas satu-satunya logam bernilai dan memnuhi ciri-ciri wang. Jika wang kertas anda terbakar atau disimpan untuk satu jangka masa yang lama, ia sudah tidak bernilai lagi. Tapi tidak pada emas!

Sekiranya anda terlepas siri-siri emas sebelum ini, anda boleh dapatkan di SINI.

Jom SHARE posting ini supaya ramai lagi mendapat munafaat darinya.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.