Assalamualaikum & Good Morning All..

Bagi yang terlepas maret gold minggu lepas, anda boleh refer balik kepada catatan saya di bahagian Trade the Trends. Minggu lepas, market telah membuat kenaikan setelah news NFP dan hampir mencecah harga $1300 yang merupakan harga psiko yang terdekat.

Namun, dalam tf yang lebih besar, market sudah berada di bahagian upper channel dan berkemungkinan besar market gold akan membuat penurunan. Bagaimanapun, anda perlu lihat semula akan fundamental analisis yang mungkin menyebabkan market gold terus membuat kenaikan dan melepasi level $1300.

Bagaimana pula dengan minggu ini? Adakah market gold masih akan berjalan mengikut prediction yang saya jangkakan?

12 Jun 2017

Perhatikan chart Daily di bawah ini. Sudah wujud 3 batang candlestick bewarna merah yang menunjukkan selama 3 hari juga market gold telah membuat penurunan.

 

Anda boleh rujuk semula pada direction arrow yang saya lukiskan dalam chart di atas. Buat masa ini, tiada perubahan terhadap prediction yang saya jangkakan.Market masih berjalan mengikut prediction.

13 Jun 2017

Lihat tf H1 di bawah ini. Jika anda perhatikan, sudah 4 hari market gold dalam keadaan bearish.

Apabila market gold masih belum ada tanda-tanda untuk membuat reversal, atau saya menyatakan market dalam keadaan bearsih, anda boleh aimkan untuk sell position aje. Sebab saya rujuk kepada keadaan market dalam tf yang lebih besar.

So, untuk anda yang nak scalping, cari setting untuk entry pada sell aje. Cuma semalam market accumulate sebab tak dapat nak pecahkan support.

Anda perlu faham akan perbezaan antara Teknikal Analisis danTrading. Ia adalah 2 perkara yang berbeza.

Begitu juga dengan Teknikal Analisi dan Fundamental Analisis.  Kedua-dua ini adalah ilmu untuk membaca pergerakan market untuk membolehkan kita trading.

Tapi trading pula adalah 1 SKILL yang boleh kita dapat hasil dari pengalaman kita berhadapan dengan market. Sebagai contoh, ramai orang boleh membawa kereta. tapi tak semua orang boleh berlumba atau membuat drift.

Ilmu TA & FA kita boleh belajar. Setelah kita fahami semua angle tu then kita apply. Akhirnya anda akan dapat cara trading anda TERSENDIRI iaitu style anda sendiri, cara anda tengok market dan cara anda bertindak kepada market. Itu yang saya katakan ianya akan jadi skill.

Begitu juga jika kita lihat pada pemain boxing macam Mohd Ali dan Mike Tyson. Mereka ada ilmu tentang bagaimana nak jadi boxer. Tapi cara mereka bertinju adalah berbeza. Mereka mencari rentak cara bagaimana untuk menumbangkan pihak lawan mereka. Inilah skill. Jika anda tengok cerita Mohd Ali atau dokumentari tentang peninju ni, mereka akan melihat dan mengamati cara dan gaya pihak lawan mereka dalam siri-siri perlawanan yang lepas dan dia cari kelemahan mereka.

Bagaimana? Anda faham kan?

Market sudah macam semakin berat dan telah berada pada zon support. Kita tengok samada market boleh lepas atau tidak garis support tersebut.

Nampaknya market cuba untuk berubah arah.

Percubaan untuk bull tidak menjadi.

Anda boleh lihat pada tf H4 dalam setting panel kipas yang saya berikan. Masih belum ada confirmation lagi ke mana arah market. Tapi seperti ada harapan untuk naik semula.

14 Jun 2017

Gold membuat lajak dulu semalam. Nampakny gold cuba bermain-main/. Tetiba market naik semula. Apa nak buat. Inilah dia Mr. Market. Anda kena faham akan ragam Mr. Market. Anda boleh cari semula tempat untuk entry buy. Insyaallah, dia akan turun semula mencari kaki baru untuk melompat naik tinggi lagi.

Petanda reversal yang cun dalam tf H4 ni.

Cuba anda sekali-kali lihat pada tf yang lebih besar. Bagaimana dengan perjalanan market dalam jangka masa yang lebih panjang.

Lihat analisa saya ini. Dalam masa terdekat ni, saya lihat market akan pergi ke price $1281. Sebab apa? Sebab journey nya untuk turun tu masih panjang lagi. Kat bawah tu price $1239 - $1240.

Untuk long run, market akan pergi ke $1200 dan $1140 seperti yang saya gariskan dalam chart Daily di bawah ini.

Cuba anda perhatikan dotted line kat belakang chart tu. Ia adalah direction awal saya dalam Daily Chart.
tengok dotted line kat belakang chart tu. Jika anda lihat, market benar-benar telah naik hampir ke paras yang saya lukiskan pada dotted line tersebut.

15 Jun 2017

Lihat chart pada hari ini. Gold telah membuat correction. Tahniah kepada yang telah profit dengan memasang PO Sell Limit pada price yang saya sebutkan semalam iaitu $1281.

Cuba anda lihat pada chart saya yang bawah ini.

Ada 2 perkara yang anda perlu ambil perhatian.

1) Garis channel yang line tebal

2) Kawasan zon support yang bewarna kuning

Nampak tak zon support tu dah basi sebab dia dah pecah. Jadi, gold memang akan turun lagi. Cuma situasi sekarang ni, anda kena lihat samada dia akan naik semula selepas rejection pada 2 garisan tu iaitu channel dan zon support.

Anda boleh standby untuk sell di bahagian upper channel.

16 Jun 2017

Nampaknya hari ni market masih lagi bergerak berdasarkan prediction saya. Tahniah kepada yang profit semalam.

Lihat pada tf yang lebih besar. Market dah retrace.

Jika pada awal minggu ni saya katakan yang market telah berada pada upper channel dan akan membuat penurunan ke lower channel, sehingga ke hari ini market dalam keadaan downtrend mengikut prediction saya. Price juga telah sampai di kawasan pertengahan channel dan semakin dekat dengan lower channel.

Anda perlu faham bahawa pergerakan market gold memang ada turun naiknya. seperti dalam chart di atas, apabila price telah sampai pada upper channel, dia membuat penurunan ke lower channel pula. Begitulah keadaan itu berulang sehinggalah price berjaya melepasi garis support atau resistance pada channel tersebut. JIka Pirce berjaya melepasinya, maka market gold akan membuat trend atau perjalanan yang baru pula. Tetapi, selagi mana ia masih lagi bermain-main dalam kawasan channel tersebut, dengan mudah ada boleh buat duit dengan standby untuk position buy atau sell berdasarkan kepada pergerakan market.

Hadamkan apa yang saya katakan ini!

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.