Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua..

Jom kita tinjau apakah keadaan market gold pada minggu ini pula. Jika minggu lepas, gold membuat penurunan, adakah pada minggu ini trend gold masih sama? Atau sudah ada tanda-tanda untuk gold membuat kenaikan semula?

19 Jun 2017

Untuk melihat trend dalam jangka masa yang pendek, anda boleh lihat pada tf H4 atau H1.

Lihat tf H4 di bawah.

Dalam tf H4 tersebut masih menunjukkan yang gold dalam keadaan downtrend dan price masih bergerak mengikuti channel yang saya lukiskan.

Jika anda lihat pada formation tu, gold sebenarnya tengah menunggu masa untuk turun lagi tu. Masih ada beberapa halangan yang perlu dipecahkan bagi membolehkan gold membuat penurunan lebih lagi. Anda boleh lihat pada zon kuning yang saya lukiskan dalam chart tersebut.

Manakala, bagi tf Daily pula,

Jika anda perasan, pada Daily Chart keadaan market gold masih lagi dalam formasi uptrend. Selagi mana price tidak memecahkan garis lower channe yang saya lukiskan, selagi itu gold masih dalam keadaan uptrend.

Sebab tu penting bagi anda untuk mengetahui akan trend bagi long term dan short term sebab tak semestinya ia membawa trend yang sama.

Jika dalam short term, trend tengah down. Tapi dalam long term, trend tengah up. So, pastikan anda pasti dengan posisi yang anda ambil supaya entry yang anda lakukan bersesuaian dengan posisi anda.

22 Jun 2017

Hari ini, saya lihat tf H1 sudah mula ada tanda-tanda untuk gold naik membuat correction.

Jika anda hadamkan betul-betul, anda akan lihat yang gold masih tidak berjaya menembusi garis lower channel yang saya lukiskan tu. Ini bermakna garis tersebut menjadi paras support untuk gold. Seperti biasa, secara alaminya, jika price tidak berjaya melepasi garis support, dia akan membuat kenaikan semula untuk mengambil nafas dan kekuatan baru sebelum mencuba sekali lagi memecahkan garis support tersebut.

So, jika anda bijak membuat perhitungan, anda boleh lihat pada keadaan trend pada waktu itu. Sekiranya trend menunjukkan gold dalam keadaan downtrend, anda boleh untuk cuba entry sell di paras upper channel yang bewarna hijau gelap tersebut dan target profit di garis support tersebut.

Semua ini memerlukan analisa dan pemantauan yang teliti agar anda tidak tersilap masuk posisi.

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.